sorrylah aku takde mood nak tulis panjang2.. puncanya.. malam semalam tidur lewat gara2 nak bestpublicdirectory domain.. so hari ni aku keletihan.. malam ni nak tidur awal.. esok nak drive ke kuantan..
Nov 26, 2009
Dinner at BB Thai
sorrylah aku takde mood nak tulis panjang2.. puncanya.. malam semalam tidur lewat gara2 nak bestpublicdirectory domain.. so hari ni aku keletihan.. malam ni nak tidur awal.. esok nak drive ke kuantan..
http://bestpublicdirectory.com activated!!

Tonight I had a MELANTAK farewell dinner for Nazlee at BB Thai.. After came back quite late, I have played around with my paid hosting domain called BestPublicDirectory. At last I managed to activated the domain and all the ground works already started by our paid programmer.. everything's paid!
This is our 2nd project to develop advertisement directory for worldwide businesses.. our first target is to get all free registration before it's become not free anymore.. maybe after the promotion period is over ( aku akan bgtau bila)..
Actual system works using directory system software and we have already hired programmer to do the settings and installation.. expected Go-LIVE by January 2010 ( Aku harap lah..)
P/s : aku akan blog pasal dinner kat BB Thai kat next posting.. janji!!
Nov 24, 2009
Makan di mana?
Hari ni aku tak tau nak makan kat mana.. nak masak? huh jauh sekali.. now weekdays are not the right time to cook.. bukan aku yg takmo masak.. tapi takde org yg nak kemas.. biasalah aku.. kalau dah masak macam tukang masak pro.. masak tinggal.. org lain yg akan kemas.. tang yg nak kemas tuh yg takde... kesimpulannya.. tak masak.. only sat and sun jer.. hungry? makan luar lah..
Balik kijer terus bergegas ke DawnCity.. jumpa En Faizal submit document kat dia and PAU sekali 3 kotak air laici kat office dia.. hehehe bukan jadi rugi pun.... pastu terus bergegas ke JJ AU2 cari mende yg buleh mengenyangkan perut dan tembolok ini.. Location? gi kat BBQ Chicken
Lupa nak cerita, siang tadi masa aku gi Public Bank, masa tengah tunggu no giliran ada sorang India salesman datang dengan budi bahasa yg amat mengharukan menghampiri aku.. dia tunjukkan aku promosi BBQ chicken.. lepas cerita dkt 5 min aku macam tertarik.. kesimpulannya senang jer.. beli kupon kat tangan dia RM25 and aku akan dapat 21 kupon Buy 1 Free 1 and 2 kupon free pencuci mulut.. dia cakap kalau aku gi BBQ Chicken, order 1 main course aku buleh dapat free main course 1 lagi.. bayangkan ada 21 kupon yg buleh di tukarkan.. mengenangkan yg BBQ Chicken ada kat Jaya One dan satu lagi dekat umah aku (AU2) aku terus bayar kat dia RM25.. kalau dia tipu nasib lah.. aku bukan buleh bangkrap kalau setakat RM25..
**Makan punya makan, Kat BBQ Chicken aku dah dapat balik modal aku bernilai RM23.90 (order fried chicken RM11.90 + Ice cream satu mangkuk besar RM11.90) berkat penukaran kupon yg dijanjikan si India tadi.. rupanya dia tak tipu.. heheh ada 20 kupon bernilai RM11.90 - RM15.50 lagi yg perlu ditukar sehingga May 2010... memang berbaloi...
Ashraff belasah sampai 4 ketul..
Yg ni betul2 sedap..
Persekitaran yg bersih.. (kenapa org tak ramai?) ahh bukan urusan aku..
Ini namanya tisu.. bukan makanan
Inilah antara kupon yg aku bawak.. siap aku susun sesatu depan waiter nak pilih makan apa..
(aku dah janji nak bg "Yenis The Manace" kupon nih.. kalau tak dia mungkin akan gigit telinga aku kalau aku mungkir janji)
Ais Kacang
Terjumpa pentas Idola Kecil.. lepak kejap..
Tugu Negara
Saya akan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Belanda.. sesiapa yg tak Faham sila duduk tepi..
P/s : Kalau diorang tau aku kijer Dutch Lady, mungkin diorang akan bg aku kijer untuk susun kotak atau punggah barang..
Nov 23, 2009
Hari yg Memenatkan..
pagi2 lagi aku dah kuar rumah.. dalam pukul 9am jugak la.. kira terlewat..
1. Buat Passport - Pergi kat Pusat Bdr Damansara.. sampai kul 9.30 terus beratur amik no.. beribu org.. dekat pukul 12.50 baru nama aku dipanggil.. berapa jam tuh tunggu? kul 4.30pm passport aku siap nasib baik aku tak tunggu kat situ.. aku lari kejap gi bank negara.. (cuba teka aku nak pergi mana dgn passport nih?)
2. Pegi Bank Negara - dalam kul 1.00pm ada urusan nak check status credit aku.. bagus jugak dapat check.. aku tau bank ni kekadang tokleh pakai.. tak ber update dgn bank negara.. so urusan settle dalam 30 minit jer. senang hati aku sebab dah clear hutang and buleh buat loan yg baru.. hehehe. terima kasih pada pegawai bank negara malaysia.
3. Pegi showroom perodua - Hari ni Alza kuar.. so aku gi tengok lah bawak anak bini.. memang best .. luas murah dan selesa.. comel jer.. macam livina pun ada jugak. yang aku tertarik sebab ciri2 myvi tu ada.. kalau duduk belakang lutut aku yg panjang tak kena seat depan... hrga max range full spec cuma RM64,190 jer.. lagi murah dari Exora yg bagak tuh.. Macam menarik jer..
Model Iklan Alza cawangan Batu Caves.
Balik Batu Pahat aka Balik Kampung
Sebelum balik ke kampung, singgah kat murtabak singapore punyer restoran.. Da Best In Town.. kt KL tu ada tapi tetap tak sama.. hehe kt Mak Tim Keramat..
satu layer telur di bubuh pulak dengan daging kisar yg berempah sakan..
Kuah bersama timun..
Ni la rupa dia..
Budak ni pun kuat makan.. Harga kecik RM6, besar RM10 special RM12.. memang murah sebab yg kecik pun buleh makan 3 org..
SECTION 2 - SANTAI DI RUMAH KG
Kuah kacang..
Sate yg di marinate dgn penuh kasih sayang.. p.s harga dah naik jadi RM0.50
Soto nasik..
Aku org pertama order sebab baru bukak..
Aku membesar dgn sate nih..
Pokok nangka yg berbuah lebat di depan rumah..
posing..
SECTION 3 - MAJLIS PERKAHWINAN
uli tepung utk roti canai..
20kg tepung..
menu sarapan untuk org yg datang bertandang bergotong royong..
preparation made ealier..1.32am in the morning beb.. tak taulah pukul berapa dia tidur untuk sediakan 400 keping..
tebarkanlah..
ayam goreng..
kalau korang nak tau.. nenas dan kelapa bersatu juga..
r
dapur tempat memasak..
rebusan ayam..
Nov 22, 2009
What the h*ll with Adsense?
Now Everyone can have a MPV ALZA

Aku baru balik dari Batu Pahat.. memang memenatkan. Tujuan asal aku balik adalah kerana perkahwinan sepupu aku dan disamping itu aku mengisi masa jugak dengan perbincangan langkah seterusnya projek Nenas/Limau Nipis bersama tuan pengurus yg akan menguruskan kebun iaitu En. Enton. Projek akan kick Off esok dan dalam masa 2 minggu aku akan balik semula untuk check status pembersihan kebun.(I'll blog pasal balik kg dalam next blog)
Kalau refer balik tajuk asal adalah tentang MPV ALZA.. kenapa aku masukkan tajuk ni kerana esok 23/11/09 pukul 5pm majlis pelancaran kat perodua akan bermula. So.. aku akan pergi tengok (sebab aku cuti) selepas aku punya urusan kat Bank Negara dan Imigration Dept. selesai..I'm so excited to see new cheapest MPV from perodua and I want to say bye2 to Exora.. buleh ke gitu?
Nov 19, 2009
Alkisah hari ini..
Aku punyelah excited terus ingat nak tukar Digi..
Pikir punyer pikir, tadi aku buat comparison dgn telco yg ada offer Blackberry.. dah kijer aku buat comparison and evaluation... hasil dari pengecaman aku.. rupa2nya offer yg ditawarkan memang murah tapi tak menarik sebab Blackberry Curve yg dioffer.. features tak ok sgt.. banyak benda yg aku ada dalam hp sekarang takde pada curve.. so lemah semangat and tak jadi nak tukar..
For Maxis and Celcom, diorang offer all range of BB and Value Plan diorang mahal sikit tapi byk range.. kira ok jugaklah... tapi kalau nak tukar bukan sekarang kut.. nak pindah umah.. nak kuar M*V baru lagi.. mana nak cekau???

Aku memang aim nak pakai BOLD.. tapi tunggu dululah.. tengah study maxis punyer BIS plan.. macam murah jer RM40/Month..
Nov 17, 2009
Tensionnyer...
So.. malam ni dapat tugasan aku baru selesai pindahkan Mortgage info ke html format untuk diupload semula ke BestRealInfo.com.. dah la webstie tu tak touch up lagi.. terpaksa jugak lah aku pindahkan.. takut kena band pulak dengan Yahoo... ada 2 lagi yg aku tak pindahkan.. satu web pun nak dekat sejam pergi edit.. hai nasib badan..
Nov 15, 2009
Petua Dikasihi Suami (Pada sesaper yg nak ikutlah)

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata’ inginkanseseorang yang dapat membantu’, jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri…ubahlah sebelum terlambat.
Layang2 tak terputus tali (Tersangkut Pokok)
Hari ni Ahad 14/11/09 aku pegi ke Taman wawasan kepong.. taman yang penuh dgn org yg main lelayang.. aku pun dah lama tak main layang2.. sebab anak nak aku tolong mainkan ajer.. kopak jugak la RM13 beli layang2 BEN 10..
mula2 memanglah seronok. masa nak naik.. bila takde angin terus menjunam tersangkut kat pokok.. marah dan geram punyer pasal. aku tinggalkan ajer.. lain kali kalau aku datang lagi aku beli lagi.. hehehe..
Yg nak di jadikan ceritanya nih.. setelah dekat 20 tahun lebih aku tak main.. aku rasa feel keseronokannya tuh.. yelah dulu masa kecik aku main.. buat sendiri lagi.. sekarang dah ada kemudahan main beli jer..
Dulu kalau nak main kena meredah bawah pokok buluh.. dekat gatal satu badan dan terluka jari masa meraut buluh tuh satu hal.. pas tu tangan akan melepuh jugak msa nak melekatkan layang2 dgn badan plastik dia.. yelah.. nak lekatkan plastik tu kena gunakan dawai yg dipanaskan .. salah letak kena jari..
kalau dekat sejam buat tak naik lagilah sakit hati.. kena letak ekor atau anting2 lagi.. seronok and feel tokleh nak kata.. sebab buat sendiri..

Kedai layang2.. kalau dipukul angin mungkin akan terbang dengan tuan kedai dia sekali.. (sumber gambar dari internet)

Dulu ini adalah pemandangan biasa kat sini.. tapi sekarang dah takde lagi.. MPS dah kacau so diorang jual layang2 pun sorok2 dekat but kereta.. dah tak best dah..

Layang2 dragon / Naga.. nak buat susah nih.. kalau jadi pun belum tau buleh naik..

Ini bukan layang2 tapi gambar pulau layang2 kat sabah.. takde kena mengena dengan cerita diatas.. sekadar hiburan semata2..
Nov 12, 2009
Don't copy if you can't paste!
Laughter and applause.
A week later, a top manager trained by the motivational speaker tried to crack this very effective joke at home. He was a bit foggy after a drink. He said loudly to his wife who was preparing dinner, "The greatest years of my life were spent in the arms of a woman who was not my wife!"
The wife went; "ah!" with shock and rage. Standing there for 20 seconds trying to recall the second half of the joke, the manager finally blurted out "....and I can't remember who she was!"
By the time the manager regained his consciousness, he was on a hospital bed nursing burns from boiling water
Moral of the story: Don't copy if you can't paste!
Nov 5, 2009
Nursing School Program
P/s Atas sebab2 tertentu aku terpaksa buang semua link ke blog adsense... dah kena warning dgn tuan pengerusi..
Nov 4, 2009
Change Of Dutch Lady Logo @ DLM PJ
Gambar contractor tuh.. aku tak dibenarkan mengambil gambar mukanya kerana takut berubah menjadi muka Rubah (Fox)
Kuil yg terbesar di PJ.. Quill 9
Sin Chiew Jit Poh. gambar dari jauh..
Kelihatan abg bangla membantu contractor mengukur.. elaun mungkin akan dibayar jika dia tekun membuat kerja...
OSIM.. dahulunya merupakan kilang pengedar Viagra yg terbesar di PJ..
Inilah dia org yang naik ke atas bumbung tapi tak membuat sumbangan apa2.. kerjanya cuma memastikan tiada kecurian bumbung dan juga memastikan contractor melakukan kerja yg sepatutnya..

Inilah gambar tempat aku bekerja.. kerja penukaran akan dibuat pada 2 logo DL dan juga tulisan Roman kepada Precious San..

Semua logo lama akan ditukarkan kepada yg nih..

Bendera FrieslandCampina yg berkibar bila ditiup angin.. Ini adalah projek terakhir penukaran logo Frieslandcampina dari name card, stationary, flag dan akhirnya signages.. aku puas sebab sekurang2nya aku tau aku dah melakukan sesuatu yg bermakna untuk warga Dutch Lady dgn menukar wajah bangunan Dutch Lady(walaupun memang dah kerja aku buat sourcing dan bukan aku yg pasang sendiri semuanya)
Nov 3, 2009
Mr Mortgage
Untuk sesapa yg nak buat loan bulehlah dapatkan tips.. tapi untuk rates dan juga bank pilihan.. semuanya khusus untuk org US aka Amerika sahaja.. kalau nak maklumat pasal Malaysia punya mortgage, mintak maaf sebab kalau aku buat pasal blog Malaysia tuh punya.. takde sapa nak bayar aku.. hehehe..
Dan satu lagi untuk pengetahuan korang, takde satu artikel pun yg aku baca sampai habis.. ini pun kira satu penipuan terancang..
p/s aku rasa org US ni pun bukan ada duit sangat.. sebab rating untuk info nih antara yg tertinggi jugak.. ramai org US nak buat loan.. duit dah habis buat perang kat Iraq kut.. tapi What do I care?
P/s Atas sebab2 tertentu aku terpaksa buang semua link ke blog adsense... dah kena warning dgn tuan pengerusi..
Supper @ sapedek (posted via Maxis mobile)

Malam ni kehabisan rokok. Mlm ni aku plan nk buat blog psl Mortgage utk US citizen(bkn aku plan sbnrnya tp ada org bg assignment tajuk tuh). Tak buat kg tak dpt duit. Kg tgh sibuk buat takda idea pulak bila rokok takda. Kuar g ma-pley cr rokok. Ada pulak budak nk ikut. Ujan lak tu, terpaksalah naik kete. Sampai je terus aje si Ashraff mintak milo ais n roti telo. Ishh.. Tak siap jugak la kije aku mlm ni nampak gayanya..