Jul 6, 2009

Family Meeting @ Putrajaya


Bawak anak2 buah gi taman.. dah janji punyer pasal..


Ada jugak lada warna purple


Rumah abang aku..


Kari ayam kampung akak aku masak..

Hari ni aku pegi putrajaya.. ada meeting dgn abg-abg aku.. pasal tanah kat kampung yang nak diusahakan jadi ladang kelapa sawit. Abg aku yg sulong turun dari Johor and jumpa kat umah abg aku kat Putrajaya. Minutes of the meeting is very clear.. who is going to be the operations, project manager and also of coz the Admin or sometimes become runner (aku dah tau jawatan aku). Profit will be 70% (pengusaha-3 of us) and 30% landlord.. 7 years baru dapat hasil dia balik berserta modal.. august akan start so I have to prepare duit sikit..(mana nak korek nih??)

Losyen Yusmira


Model iklan losyen Yusmira pati halia..

Jul 5, 2009

Potong Rambut


Balik dari Jusco terus hantar Ashraff potong rambut sebab rambut dah panjang macam Ramli Sarip..

Sibuk...sibuk...sibuk...


Hari ni aku sibuk sikit sebab kul 12.30 aku terus kuar ASB gi pejabat pos, kekurangan duit.. kena lah kuar sikit. pastu aku aku gi makan kat old town.. Javanese mee and kopi ais..
mee jawa tu tak berapa sedap sangat..
lepas tu aku gi masjid naik motor..
hari ni nak mengadap boss pasal pms.. nasib baik lepas pms comment dari boss semuanya ok..
senin nak cuti.. kena settlekan semua kije (walaupun ada contract yg tak siap lagi..)

Jul 3, 2009

Antara BB Thai dan Ketam Telur Masin



Aku berjanji dengan Miss Limp01 untuk mengunjungi BB Thai.. dah lamer aku tak pekena ketam telur masin.. kalau dah takde soft crabs pun buleh jugak.. yummy!!

Jul 2, 2009

Kenapa suka cakap "Tunggu sekejap"





Gambar Hiasan - Ilustrasi semata-mata


Hari ni aku terasa nak makan asam pedas kepala ikan manyung betina kat Restoran Mak Usu kat TSG. aku dah buleh agak mesti lamer nak kena tunggu. Asam pedas kat sini memang da best jugak sebab kalau kita beli belah malam, dia akan masak khas as per order punya..
Selalunya aku makan kepala ikan semilang (bukan ikan sepuluh atau ikan sebelas) tapi kali nih aku nak makan ikan manyung pulak..sampai dalam pukul 8.15pm aku terus order. dgn nasik putih satu..aku layan cerita The Fugitive kat astro kat situ.. best jugak lah.. org pun tak berapa nak ramai sangat.. lepas setengah jam, kakak tukang masak tu datang kat aku terus cakap "tunggu sekejap ye dik!" aku ok jer.. tapi dekat pukul semilan barulah aku dapat order aku..
persoalan minggu ini, kenapa org kite nih suka cakap "tunggu sekejap" padahal kekadang jadi lamer jugak.. mungkin dah jadi kebiasaan.. aku lebih prefer kalau kakak tu cakap kat aku "tunggu lagi 15 minit lagi.. anda akan dilayan sebentar lagi" atau pun " tunggu lame sikit ye dik!" barulah ada kelainan sikit..
balik rumah aku terus makan sebab memang kelaparanlah.. bini aku macam biasa dgn menunya bubur nasi perisa ayam cap Zaki Tomyam..

Jul 1, 2009

Biodata Rasulullah S.A.W



Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW.Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
• Halimah As-Saadiah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.Thuwaibah 1.Hamzah
2.Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1.Halimah Al-Saidiyyah
1.Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.Syaima ' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4.' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.Begitu indahnya sifat
fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. .
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Air Sembahyang



1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Jun 28, 2009

Bangi Kopitiam




I like the old style



Roti John yg tak buleh lawan dgn pasar malam..



Mrs Air Barley Suam

1000 smile from Nur Dania Irdina




"Aku mimpi ibu aku beli menan kat aku.. bestnyer.."

Second outing at Tesco (dalam pantang curi kuar)


Latest photo isteri tersayang selepas melahirkan Dania.. We all loves you ibu!


bila nak siap nih?


Bumblebee


lepak kat station kopitiam


Ni lah wajah sebenar blogger The True Colors.. ( aku nak kurus!!)

Jun 27, 2009

I'm the Optimus Prime Minister



Baju baru beli tak basuh terus excited nak pakai..



"Dania kenapa takmo tidur?"

Jun 26, 2009

My New Pro Ace Sweetspot 1000 - Black







At last, after waiting for so long .. I bought new badminton racket. I got advise from Nazlee on what type and racket brand. He had knowledge! It's really worth even I have to pay more ( my earlier plan to get cheaper Yonex racket but already burst budget by 38% ha..ha..ha..)

Why I choose Pro ACE?

1. MATERIAL:
PRO ACE adopt the hi-tech "STRAFIL PREPREG" graphite material, which is used for missile, to manufacture PRO ACE rackets. It provides PRO ACE rackets the best basic assurance.

2. TECHNOLOGY:
A. Instead of applying the ordinary Air Blow method in manufacturing rackets which leads to weak frame, PRO ACE selects the unique D.M.S. technology. This kind of technology can control equal frame precisely by pressures during molding to greatly intensify the frame. The D.M.S. technology also allows rackets have good balance, durability, the largest Sweet Spot, the lowest torque and become more powerful.

B. PRO ACE manufactures rackets' shaft by the same way of manufacturing Golf Graphite Shaft and can accurately control shafts' quality. Moreover, PRO ACE applies Two-stage method for combining rackets' frame and therefore, its quality is matchless.

3. R&D and EXQUISITE CRAFTSMANSHIP:
PRO ACE GROUP owns the world top players who have been successively innovating and testing the rackets. Nowadays, PRO ACE GROUP has established a factory in Vietnam. Combining the sufficient labors there, strictly management and very delicate craftsmanship, every racket produced from PRO ACE reaches the superior quality and is always perfect.
Due to the features of Material, Technology, R&D, Craftsmanship, PRO ACE has developed "SWING POWER" racket in 1997 and it is ultra light with only 80g (unstrung) but is stronger than any other rackets with 92g. It offers players Maximum Maneuverability, Fast Swing Speed and Maximum Smash in the meantime.

The Above-Mentioned Features Have Made PRO ACE Rackets Become The World Best One And The Most Reliable One.

The Frame of SWEET SPOT series is 246.1mm. It is the longest frame than any other rackets of Isometric series from Yonex and this longest frame can form a maximum Sweet Spot. The larger Sweet Spot allows players to focus more on their technique and angling their high-speed smashes. Moreover, they have perfect performance even in your mis-hit. The series present excellent situation no matter in flexibility, stability, defensive or offensive playing.

P/s
aku sebenarnya bukan pandai sangat main badminton ni.. raket jer canggih.. sssshh!!!.. jgn bgtau sesaper kang kena gelak jer....

Jun 25, 2009

High Temperature




Hari ni mood aku tak berapa bagus.. entah kenapa dari siang sampai post ni di tulis, temp aku naik mendadak.. bini aku pun macam tak berani nak tegur... isshh... ada yang tak kena.. I know why ....

Jun 23, 2009

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan danmengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah. Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie. Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya.. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami² yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi.

Family Day 2009 - 20th June 2009



Candu satu...


Pukul 8 org dah beratur panjang..


Gembira tak terkira sebab dapat jumpa badut..


Kepenatan..


Majlis pelepasan belon...


Lepak kat mamak kena teh ais..

Badminton




Hari ni balik 5.30pm terus jer gi Challenger gi main badminton.. bukan pandai main sangat pun tapi bulehlah kalau nak tepuk2 buat kuar peluh.. dapat seminggu sekali dah kira ok sebab tujuan asal hanya untuk mengeluarkan peluh jantan...
Letih jugak rasanya sebab tak ramai yg main.. so kena lah pulun nak habiskan masa..
Balik umah dah dekat 8 lebih.. ajak ashraff kuar gi kedai.. hehehe cari bekalan dapur.. kang tak berasap lak..

Jun 22, 2009

Renungan



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Jun 21, 2009

Cik Yam Meninggal



Pagi aku ada family day kat Dutch Lady (gambar kemudian.. tak sempat nak upload) and dalam pukul 2 lebih cam tu Bg Har call bgtau Cik Yam adik ipar arwah bapak meninggal kat kampung.. aku call wife aku siap-siapkan brg untuk aku hantar pg umah kak Gee. aku balik sorang jer.. Bg Har ckp dia akan tunggu sampai aku datang baru balik kampung.. aku nak tumpang dia.. lepas balik.. siap2 pastu hantar bini aku.. dalam pukul 4.30 ptg aku bertolak ke putrajaya.. on average lari 130/kmj lah.. nak cepat sampai.. dekat 5.00 ptg baru bertolak dari putrajaya ke kg..
pukul 7.30ptg aku sampai kt pagoh.. makan-makan dulu (mee bandung dia sedap)..
pastu gerak terus ke rumah cik Yam untuk tahlil..Sedih jugak la.. kira aku rapat jugak dgn dia.. kena kencing manis..
Pas tahlil terus balik ke umah mak aku.. tidur... semoga Allah s.w.t menempatkan cik Yam dikalangan org2 yang beriman... amin..

Jun 19, 2009

Negotiation Skill Workshop


Discussion with The Purchasing Manager


From Left : Sook Ling, Joyce, Saifuddin, Shane, Graham Rice, Cheryl, Nazlee & Syafini


Certification


Graham explain the right process..