Mar 21, 2011

The cloud is Grey!

I felt so bored! Same with the appeared cloud color on the sky. Tak tahulah sebab apa. Mungkin sebab aku cuba merehatkan otak dari terus bekerja dan aku cuba utk berehat malam ni tanpa buat apa2 aktiviti pun. Bila anak2 dah masuk tidur aku mula rasa boring... Try to forget tons of office work but camaner terfikir jugak byk benda yg tak siap. Bertambah2 la boring.. So baik aku lelapkan mata..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mar 13, 2011

Avril - Innocence live in Toronto

I really loves this song...

Gold Saving Price



It's not good time to buy or topup but also not sweet time to sell.. price not really good and not really wow!

Jangan Tidur Lagi

Alhamdulillah sebab hari ni aku rasa dapat bayar balik hutang tidur aku dari berminggu2 sudah..
sebab terlalu sibuk siang malam sampai ke hujung minggu masa habis dgn asyik balik kampung, tak sempat aku nak rehat2 sambil tidur2 kat rumah ni.. Hari ni aku rasa bangga sebab dapat tidur.. hahaha (syok sendiri) dan hasilnya sekarang jam 12 malam mata aku akan terkebil2 sebab dah terlebih tidur siang.. dari aku terkebil tak tentu hal baik aku melalut pasal my activity.
Esok ada kenduri kawin umah Muni adik kwn aku dan ptg aku akan balik kampung lagi untuk urusan dgn pejabat kerajaan kat Parit sulong pada hari Isnin.. kena korban cuti la jwbnya... dan bulan ni jugak kira straight aku balik tiap2 minggu dan ini minggu ketiga aku balik kg lg dan minggu seterusnya akan balik lagi.. penat tak ? apa nak buat, ikutkan badan aku macam nak patah jugak la.. tapi masa terisi jugak la dengan benda berfaedah dan ada hasil daripada aku melangok jer tak buat apa.. hapah pun takdak... kang target tak dapat kang susah payah jugak..
Kadang2 bila aku terlalu sibuk ni kesian jugak aku dgn anak2 dan ibu anak aku.. bukan la aku takde masa langsung untuk diorang tapi masa yg aku ada kena bagi2 dan terlalu pendek.. tapi percayalah, apa aku buat semua ni untuk keluarga aku jugak dan aku sayang isteri dan anak2 aku lebih dari apa yang aku ada.. aku cuma nak senangkan hidup family aku dan aku janji bila everything stable and apa yg aku target dah dapat, aku akan lebih luangkan masa untuk korang..(macam luahan perasaan konon2nya)


Cerita pasal kerja kat Opis plak, aku rasa sayang balik dengan Decledi (basket punye ejaan).. haha sebab tahun ni kira tahun luar biasa untuk management staff.. kalau tanya sesiapa yg masih kerja semua tersenyum sampai telinga dengan kadar increment baru2 ni... mungkin sustain scheme kot.. for me terlebih bersyukur sebab jerit perih yg aku sumbang untuk company berbayar sebab I already got my "Amanah Baru" letter and aku akan cuba kerja sungguh2 lagi.. janji kurang ngular (bukan tak ngular langsung)

My xxxx letter

Lepas pasal kerja, aku nak cerita pasal my trip for backpacking. makna buleh tak ada kang buleh gila sbb kerja penat setengah mampos siang malam.. tapi takde peluang rehatkan otak utk diri sendiri.. my last trip kat Danau Toba pada January lepas dan next trip will be in April (bebudak decledi kalau nampak aku cuti panjang tu maknanya aku backpaking la) aku tokleh nak cerita kemana kali ini tapi kalau dalam blog ni ada gambar korang tekalah sendiri.. somewhere kat west of dot dot dot at seaside.. hehehe.

cuba teka kat mana?

OK rasanya dah takde benda nak share sebab aku nak sambung buat kerja sikit.. kang kalau aku ada mood nak update blog ni aku update.. sorry kalau ada sesiapa yg tak suka tengok blog aku tp aku anggap blog ni macam diary dan juga album gambar.. yang pastinya Puan Azlina Ali sangat suka baca.. sebab tu aku cinta dan sayang dia dgn sepenuh jiwa raga aku!

Mar 7, 2011

Buah Dah Masak

Akhirnya masa yg ditunggu dah tiba.. lagi 2 hari hasil pertama aku akan dituai (rabu ni) secar berperingkat2 dan penat lelah aku selama setahun mungkin akan berbalas... moga rezeki aku diberkati hendaknya..