Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Mar 12, 2010

Supplier Visit

Sebelah pagi bertolak ke Beranang untuk melawat dan melihat2 bas yg nak di jual. Bas milik penuh DLMI ni nak di jual dengan harga yang seberapa tinggi. Walau pun kerja aku sebagai Buyer, kadang2 aku terpaksa jugak menjadi seorang Seller atau lebih lembut lagi dengan perkataan Jurujual. untuk kes ini aku sebagai jurujual bas.. In adalah benda yg paling mahal yg nak aku jual sepanjang hidup aku dengan DLMI.
Tujuan aku ke RTG Intech Sdn Bhd adalah untuk bernegosiasi (ada ke perkataan ni?) dgn MD RTG Intech En Gary Bin Chan. Setelah berbincang secara lembut dan bukannya kasar keputusan masih belum dicapai lagi. so aku look around sementara nak menghabiskan masa aku..


Kawasan pembinaan Bas


Rangka Bas


Kawasan kimpalan


Inilah bas yg dimaksudkan


Salah satu bas yg masih belum di cat.

Mar 10, 2010

The Moment Of Truth



Hari ni aku rasa macam lapang sikit fikiran aku.. banyak benda yang aku settlekan and aku rasa antara email terbanyak yg aku hantar untuk menyiapkan kerja..
Appoinment and meeting pun tak banyak so aku memang concentrate on kerja je.. aku tak banyak masa sebab esok dah full balik dengan meeting and training and sebelah petang ada project meeting lagi (kenapa aku kena join project meeting? tak aci betul lah..) jadi hari ni aku pulun seberapa banyak benda yg aku buleh closed..
sedar tak sedar tengok jam dah jam 5 petang and aku mati2 ingat baru pukul 4 lebih.. ishh..
cepat betul masa berlalu.. dan semua ni bukan pasal akhirat pulak tu.. pasal kerja dunia.. Masyaallah...masa berlalu pun aku tak sedar.. issh kerja oh kerja..
Setakat ni aku dah nak mula kurangkan beban kerja aku.. aku dah mula ajar Clerk tu tolong aku buat sourcing.. tugasan pertama, cari professional translator untuk Corp Affairs.. hehe hasil kerja dia pun memuaskan.. maklumlah temp clerk pun ada Izazah!! kata Aziz Satar..
Takpe esok kalau dah ok aku akan tambah benda lain yg aku rasa dia buleh tolong aku buat..

lagi seminggu lebih mungkin kna balik lagi ke kg pasal kebun.. ishhh penatnya.. tapi sebab taknak mengharapkan sangat DL yg bagi gaji tak seberapa sangat ni, aku kena gagahkan jugak sebab nak tambah pendapatan aku in the future. kena sabarlah sikit..