Dec 25, 2009

USB Flash 4GB & 8GB with Special Skin


Range of product.. ada banyak lagi yang lain yang aku tak masuk...


Dari kaca display pekedai..


Yang ni aku beli.. comel..


Gambar depan..


Gambar belakang..

Aku plan nak marketkan benda nih kat internet.. usb dgn skin yang menarik. harga memang menarik sangat2.. tapi sekarang tengah nego dgn company tuh untuk dapatkan approval and berapa harga yang aku buleh dapat.. range of design banyak jugak dan kali pertama wife aku gi tengok dia terus nak beli...

Cuti Hari Natal

Dah lama aku tak update blog nih (lamer ker?) sibuk sikit dgn urusan2 yang aku perlu selesaikan.. sibuk dgn BPD setting yang tak siap2. Hidung aku pun dah gatal sekarang nih.. kepala berdenyut2 dan cecair panas dah mengalir keluar dari hidungku.. di pendekkan ia dipanggil selsema..so mood pun kurang nak update blog... selain tu aku jugak menyibukkan diri melayan karenah anak-anak aku and cuti ni aku takdelah plan nak kemana.. paling kuat pun gi kenduri kawin dgn parti harijadi anak kawan aku kat shah alam.. selebihnya aku akan membutakan diri aku dengan tidur dan bangun untuk makan.. pastu mengadap laptop menyambung balik kerja aku.. itulah pusingan rutin aku untuk cuti 3 hari ni.. so dari update aku yang lepas aku akan combokan sekali gambar2 sampai hari nih..


Lunch hour at Cozy Corner


Dinner at Sakura


Coklat Gunung Berapi at Sakura (Volcano Chocolate) for Dania


Sakura's Roti Ayam for Ashraff


Dania sedang menikmati makanan dari gunung berapi


Wajah Keceriaan sebelum masuk tidur..

Dec 21, 2009

BestPublicDirectory Part 2


Website screenshot


Administrator control panel screenshot


Hari ni aku banyak habiskan masa depan pc. Pagi aku hantar wife and anak-anak aku.. tengahari aku gi lunch dgn wife aku... Bestpublicdirectory dah activated dan aku dapat arahan dari Tuan pengerusi majlis untuk study program yg dah di upload oleh programmer.. aku kena check samada apa yang aku nak tu semua termasuk atau tidak dalam program yg dah dibuat oleh programmer tuh.. terkial2 jugak aku nak play around dgn web ni..
Secara rasmi memang website dah berfungsi sepenuhnya tapi official launch belum lagi sebab aku belum habis study macamana nak jadi admin and manage website nih.. pening giler sebab banyak benda dalam nih yang aku kena study sebab nak jadi administrator website yg ala-ala ebay and lelong.com nih.. kalau dah ok mungkin dalam masa sebulan promotion akan start.. kalau sesapa nak register untuk pasarkan produk dipersilakan dan dialu-alukan..



Lunch kat Hot Asam Pedas - Asam pedas ikan jenahak..


Wife aku punyer lunch - mee udang

Dec 19, 2009

SAP Project Memories



Malam ni tengah aku melayari gambar2 lama.. aku terbelek2 gambar masa aku kat project SAP Implementation May 2007 sampai February 2008.. Kenangan manis buat kerja sesamer.. makan sesamer and pergi cuti sesamer.. sekarang masing2 dah bawak haluan masing2.. ada yang dah berhenti, ada yang dah balik Thailand, Indonesia, Philipina, holland dan sebagai.. kalau warga DL yang dah berhenti pun ramai jugak.. tinggallah aku dan beberapa ketul yang tinggal sekarang nih.. masa berlalu dan kenangan tu cuma buleh jumpa sekali jer.. All da best untuk semua yang pernah bernaung di bawah project ni.. Kalau tak kerana project ni tak mungkin aku duduk kat Purchasing nih..

Biasalah macam cerita hindustan.. mesti ada lagu.. tapi sebenarnya lagu ni takde kena mengena dgn cerita kat atas.. cuma aku suka dengar lagu nih.. layannnn....

Dec 18, 2009

Cuti Maal Hijrah


Hari ni cuti maal hijrah.. patutnya adaa azam baru tapi azam lepas pun tak tertunai maka ia cuma jadi niat jer and Insyaallah aku cuba buat.. hari ni aku ingat nak duduk umah memandangkan ada 3 hari lagi aku akan duduk rumah maka ada org yg cuba menggoda aku untuk keluar berjalan2.. kalau seorang takper.. ni sampai 3 org yg menggoda.. maka aku pun bersetuju.. destinasi aku tak tau lagi.. poket pun kena berjaga2 sikit memandangkan banyak yg dah kuar untuk DP A*Z* and projek kat kampung tuh.... so mulai hari ni kena topup balik segalanya yang aku dah korek kuar.. belanja pun kena jimat2 sikit. dapat bonus pun kena simpan.. mungkin aku akan belajar makan meggi dgn sardin hari2.. hehehe (cakap jer buleh la)?
cuti nih.. aku sebenarnya lagi suka melepak kat umah dgn membuat aktiviti memasak, makan dan juga tidur sampai tak ingat dunia tapi ingat akhirat.. kerja dah penat aku nak jugak memanjakan diri aku dengan rehat yg cukup bila cuti nih.. (wahai bini aku tolong dengar dan paham apa aku cakap..)

Dec 16, 2009

Year End


Hari ni aku tak banyak benda yang aku kena source kat opis.. maklumlah dah hujung tahun.. mood kerja pun dah berubah sikit.. dok asyik memikirkan cuti jer.. esok ada sehari lagi aku kerja and pstu 3 hari akan aku habiskan untuk tidur dan berjalan2 menghabiskan masa dgn kuarga aku..
dalam bulan 12 ni aku betul2 menunggu2 3 benda yg aku rasa tak sabar sangat bila nak sampai masanya.. pertama application aku dgn Public Bank..(bukan loan tau) kedua menunggu pulak kereta baru bila nak kuar..(semua benda dah settle including DP and aggreement) dan ketiganya aku akan flight abroad by end of this year.. berbalik pada semangat, benda2 nilah yang buat aku tertunggu2 bila la agaknya,,, 2 minggu lagi nunggu macam 2 tahun rasanya..
Biasalah kalau dah hujung tahun productiviti akan mula turun sebab dan pulun untuk KPi.. nasib baik semunya dah archive and I'm going to get my contractual bonus by this coming 24 Dec.. tentang perfrmance pulak aku tak berani jamin.. untuk warga DL jangan mimpikan performance bonus yang tinggi untuk Feb 2010 memandangkan kompeni punyer KPi dah banyak masuk ke longkang dan diserang oleh weevil.. hahaha.. bulan feb 2010 kalau dapat lagi setengah bulan pun dah kira bagus.. better than nothing.. orang kijer kerajaan pun belum tau dapat apa kan? jadi bersyukurlah wahai umat...
Pasal kesibukan kerja pulak.. kerja aku dah mula slow jugak sebab banyak benda aku dah settlekan.. pasal routine work, pembantu aku Cik Leeya clerk baru tuh dah banyak bantu aku tolong handle pasal documentation / Po.. cuma kekadang ada jugak ribut yang datang menyerang.. sekaligus 4-5 barang harga puluhan ribu yang nak kena source.. terduduk kat bawah meja kalau semuanya jadi urgent.. bukan aku tak biasa cuma aku baru nak start belajar buat kerja yg melibatkan technical purchase.. dulukan org lain buat.. since si Naili dah berenti so aku lah macai yg paling layak kena buat.. sapa lagi kalau aku tak buat?
Pasal boss baru.. Purchasing Manager dah pun dapat.. seorang lelaki berbadan tak berapa sasa berbangsa melayu.. ikut kata si gebu dia ni nice guy jugak.. nama aku tokleh reveal kat sini.. he's from MNC jugak..
To Basket Pharma, tolong tanya dengan lelaki berbadan kecik tuh.. ada tak seorang lelaki yg membuat bejesin ket tempat kijer dia berhenti kerja dan masuk ke DL... tolong bgtau namanya dalam ruangan comment dibawah supaya saya buleh bgtau jawapanya betul atau salah.. it's become more surprise now.. saya nak tau perwatakkan dia macamana sebelum dia on-board this coming 15 Jan 2010..
Pasal part time job.. aku berjaya meng"close"kan satu job minggu lepas kat "Bangi Kopitiam" Tmn Melawati Wangsa Maju.. deadline End of Jan 2010 and progress payment 2 kali.. yang bagusnya aku belum start buat satu benda pun.. cuma duduk terkangkang main game dan juga melayan facebook.. aku ingat minggu depan baru nak start buat.. material semua dah ada cuma takda masa. (masa banyak abis dekat layan anak dan main game)

Dec 15, 2009

NVIDIA GeForce



Lunch time aku pegi Digital Mall cari CD game.. sesajer jenjalan sambil buang masa dgn Rosli.. tujuan aku nak beli CD Dirt-2 (Rally Game) dan untuk pengetahuan semua semasa blog ini ditulis.. aku sedang menginstall game tersebut.. org kata macam bebudak jer main game nih.. tapi persoalannya bebudak mana tau main high-end game?


Yg ni 9 series punyer.. tapi cukup hebat jugak.. ( aku punyer 100 series)

Aku teringat satu situasi tetiba ada seorang kawan tanya aku.. ceritanya bermula begini.. minggu lepas aku ada beli cd jugak.. NFS undercover and Street Fighter IV.. so dia tanya aku kenapa dia beli cd rally (dia pun macam bebudak jugak ker walaupun umur dah 35 tahun?) tapi tokleh install kat laptop dia.. bila install tokleh guna and hang lap top dia.. so aku kena terangkan kat dia satu persatu pasal Geforce.. dan kenapa dia tokleh main game tu kat lap top dia..
Zaman sekarang semua game majority memerlukan speed atau kelajuan yang tinggi.. system requirement pada pc atau lap top kena cukup power sebelum sesuka hati kita install game.. kalau game bodoh2 cap ayam tu buleh la... kalau nak main yg canggih2 kita memerlukan display card atau VGA yang buleh support kita punya game.. sebelum beli game check la dulu apa min requirement untuk main game tersebut.. dan kalau tak salah.. game macam NFS, Namco atau EA sebagai nya memerlukan GeForce processor.. dari sini tak timbul isu kalau anda pakai laptop atau pc.. yg penting spec pada computer..
Aku tak berapa mahir sangat pasal GeForce tapi pc aku yang pertama yg dibeli 5 tahun lepas (baru jual bulan ni RM400) pun dah ada Geforce... dan kalau mengikut sirinya ia bermula dari siri 2,3,4,5,6,7,8,9,100,200, sekarang paling baru adalah Geforce 300 series. Yang aku heran kenapa lepas 9 series terus jadi 100 series. ah lantak dia lah... dia punya kompeni.... so sesapa yg nak beli pc atau lap top pastikan ada NVIDIA GEforce dalam pc atau laptop anda and of coz kena amik 100 series and above baru buleh main game yg canggih2 nih....


SF4


Dirt-2


NFS Undercover

Tudung


Ini adalah kali pertama saya bertudung. Jangan ikut mcm saya pakai tudung nampak jambul sbb saya kecik lagi. Yg Benar - Dania

Dec 14, 2009

Sakit Tekak dan Batuk


Dah 2-3 hari aku tak update blog nih..selain sibuk dengan aku punya part time and family.. aku diserang sakit tekak dan batuk sampai suara dah jadi macam king frog.. onggg.. ong.. ongg...
Ada banyak yang aku nak update sebenarnya.. sibuk dan sakit punya pasal.. aku tangguhkan dulu.. will update on the next posting yeah.. aku nak makan ubat pastu tido coz esok nak kijer...

Dec 9, 2009

Teppanyaki


Confirm aku kena marah sebab upload gambar yg ni.. laarriii!!!!!


beef teppanyaki RM11.50 sepinggan.. kalau 2 pinggan dia tak bagi sebab dia jual teppanyaki and bukan jual pinggan.. ada rasa teringin tak bila tengok gambar nih?

Hari ni aku aku balik rumah lewat sikit.. dekat pukul 630 ptg baru sampai rumah.. sampai jer kat rumah soalan standard akan terpacul dari mulut aku atau isteri aku "Makan kat mana?" dan kebetulan aku rasa selera aku dan wife aku sama.. Teppanyaki!! macamana hari ni buleh sama idea pulak nih? biasalah kalau hari biasa ni aku dan wife aku memang tak masak.. kitaorang masak bila hujung minggu jer.. penat rasanya bila ada 2 budak yg nak dijaga.. paling senang makan kat luar..
Balik pada cerita teppanyaki, lokasi pilihan adalah di JJ AU2 kat keramat.. sebelum ni aku tak berapa sangat dengan makanan ni sebab dah banyak tempat kat KL jual teppanyaki. dah banyak yang aku try tapi yang ini memang ada kelainannya.... tapi bila hari tu dah sekali mencuba di TEPPANYAKI restaurant aku rasa macam kena mandrem nak datang lagi.. memang lain dari Mr Teppanyaki yang banyak cawangannya kat KL ni.. buat masa sekarang aku rasa dia number one.. kebersihan dan rasa yg menakjubkan. Tentang teppanyaki, bahagian yg aku paling suka sekali adalah bawang putih goreng dan lobaknya... Wife aku yg sebelum ni tak suka dgn teppanyaki (sblm ni makan kat Mr. Teppanyaki) dah buleh kata sedap sangat pulak dgn yg ni... (hehehe puji lelebih bukan dapat makan free and tempat letak kaki ada la free..)

Dec 8, 2009

Hidup kat KL

Aku rasa sejak kebelakangan ni life aku macam takde masa luang..setiap minggu ada aje halnya..sentiasa full dengan mcm2 hal.. aku nak rehat pun tak boleh.. dah la hari biasa otak aku akan digunakan untuk berkerja.. routine akan jadi macam biasa pegi balik kijer.. malam surf internet.. kekadang aku rasa bosan dengan life macam ni.. takde ruang nak tenangkan fikiran.. nak kosongkan otak tanpa memikirkan hal2 dunia.. macamana? nak cuti, cuti dah habis..(mc banyak lagi) kalau aku tunggu sabtu dan ahad.. kiranya mesti ada hal kebetulan.. aku macam rasa nak pencen awal dan lari dari KL.. mungkin cari tempat yg sesuai kut.. macam kampung2.. buat rumah tepi sawah ker.. routine hari2 sama tapi otak tak jem sangat.. tapi buleh ker? aku bukan org kaya yg buleh hidup tanpa bekerja.. sesajer.. luahan perasaan sementara nak masuk tidur..


Peneman aku siang dan malam..

Minggu Yg Pendek

Minggu ni aku rasa minggu yang pendek.. aku akan bekerja selama 3 hari jer.. start balik dari kampung, sampai tengah malam kat umah dekat pukul 1 malam jugak.. penat jugak aku rasa and nasib baik esoknya aku cuti.. cuti tahun.. itu pun ada banyak urusan yang aku akan selesaikan.. nak hantar kerete, nak sain agreement and hantar pc kat office..
Kebetulan pulak kakak aku dari kampung datang dan aku kelam kabut sebab urusan yang sedia ada pun aku belum selesaikan..malam aku kena bawak akak aku dan family pegi jalan kat updtown danau kota dan dekat pukul 1 baru aku tidur.. ternyata 2 hari yng memenatkan dan aku ada lagi 2 hari lagi selepas hari ni..
Jumaat aku ada appoinment dgn chip pasal interior wallpaper website.. sabtu kena kerja sbb ada stock count and mungkin Ahad akan aku gunakan untuk tidur sepuas2nya..
Pejam celik dah dekat ujung tahun.. tapi kije kat opis tak pernah surut disebabkan kekurangan kakitangan kat dept aku.. hai apa nak buat dah nasib badan.. nak kata lelebih Dutch Lady dah byk berjasa sehinggalah aku dan anak2 aku dapat hidup agak selesa hingga ke hari ni (kalau cari kerja lain mungkin hidup lagi selesa sapa tau?)..

Selingan gambar balik kampung


Kasih sayang seorang anak


Tanah untuk projek yg dah dilapangkan oleh sang garuda besi..


Projek ni jadi ke tak ni? duit dah beribu kuar..


Rumah tempat kelahiran penulis..

Dec 7, 2009

Pau Dania



Kenapa org ni menjalankan perniagaan pau tak mintak kebenaran dr anak perempauan aku? Haruskah aku memfailkan saman untuk menuntut royalti penjualan pau kacang dan juga kaya?



Inilah Dania yang dimaksudkan oleh penulis.. dia terpaksa berselindung disebalik stereng kereta untuk mengelak dari wartawan paparazi..
ketika ini dia sedang memandu kereta bapanya untuk menuju ke tempat kejadian dimana nama beliau telah digunakan sebagai jenama makanan..

Dec 5, 2009

Esok Balik kampung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjNmXDasBotpAkJAwkrbiBlgVCoUVXUiS_sqpmksLQ9vo4SKuVmQfr3z53Xu_99AyyX5bsT151P3Ebimna3gf3aUpsg_kglKb1cH_yz2h9NhIqb73Dj69XoD41WNSj4nw_ll8a02heZec/s400/balik+kampung.jpg

Refer to the above mentioned (macam ayat standard email pulak) aku akan balik kampung.. tapi balik hari.. balik hari tu maksudnya.. aku tak menginap kat kg.. bila tak menginap tu maknanya.. aku tak ada banyak masa.. atau erti kata lain aku balik tergesa2..
Esok agenda aku terlalu ketat.. pagi aku harus kuar rumah seawal 7 pagi untuk menuju ke Putrajaya pusat pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak untuk menumpang balik kampung bersama abang aku.. aku mungkin balik berdua ajer.. ada 3 tempat yg aku kena pegi (Tangkak - Sri Medan - Taman Temenggong Muar).. semuanya sebab urusan tanah kat kg.. bajet2 kalau siap cepat aku akan balik cepat lah ke KL.. anak dan isteri aku.. semua takmo ikut kalau aku balik hari nih.. sebab takut penat..
Hari senin nih aku akan bercuti sehari.. ada dua urusan yg akan aku buat.. hantar kereta ke tempat Uncle Tan untuk program pelupusan (tak baik ckp kat kereta camtu) dan hantar PC Dell aku kat kawan yg janji nak beli..
Yang memeningkan kepala aku nih.. lepas aku hantar kereta.. macamana aku nak balik dari PJ ke sentul? haruskah aku menaiki teksi atau beca? atau lebih menjimatkan aku akan jalan kaki jer.. mungkin betis aku belum cukup gagah..

p/s hari ni kepala aku pening sebab petang tadi salah tido.. jadi takde benda yg harus aku update sangat .. mood pun tak berapa nak ada..

Dec 4, 2009

My new Aspire 4736g


Setelah berkhidmat selama 5 tahun (sblm aku lahir lg) Ayahku mengambil keputusan utk menjual desktop Dell yg modelnya pun aku pun tak tau. Dgn hg RM400 aje. Khidmatnya akan dganti dgn new Acer 4736g laptop. Bukan apa, nk bwk jln senang. Kalau pc Dell bukan tokleh bwk jln, buleh jugak tapi kena sewa lori pickup! - YG BENAR DAN IKHLAS, Acerap

Dec 1, 2009

Bermula hari ini..

http://dreamindonesia.files.wordpress.com/2009/04/sunset2.jpg

Hari ni aku datang kerja dgn mood yg tak berapa nak ada..aku dah tau ada benda yg melambak2 atas meja aku.. hari ni jugak temp clerk masuk.. mana nak ajar dia lagi.. nak buat kijer aku lagi.. nak buat kijer tech purchase and project lagi.. mampukah aku? dengan muka kelat aku mulakan hari yg indah dgn secawan nescafe.. aku plan semua kerja aku.. ternyata Habit no. 3 Steven Covey "Put first thing first" banyak membantu aku.. thanks to Joyce Hoong Wai Si sebab introduced kat aku pasal 7 habits.. ternyata aku berjaya keluar dari perasaan negatif..

Lepas aku brief budak baru.. aku start buat kijer aku.. aku tengok balik apa yg si MN bg aku.. banyak betul project dia yg kena follow up. tu tak kira pasal 3 minor renovation dan 1 major renovation yg nak kena evaluate (nasib baik semua dah ada BQ).. and campur evaluation untuk purchase of 80 unit DELL vostro 760. bila aku sibuk maknanya sesaper call aku tanya soalan bodoh maka dia akan di maki dengan sepenuh hati..

After lunch aku dah mula ok sikit.. aku harap aku akan membiasakan diri aku dalam masa seminggu dua yg mendatang.. formula aku sama ajer.. pengalaman memula masuk purchasing dulu selepas projek SAP lagi teruk dari sekarang sebab dgn zero experience aku merangkak perlahan2 sampai tahap sekarang.. biasalah.. kalau tak ada kesusahan.. mana nak datang kesenangan..

Satu lagi pasal petang tadi.. semua Planner telah dipanggil masuk ke bilik JH.. sorang demi sorang.. aku terus menyibukkan diri berjumpa Yenis..katanya JH tanya sorang2 apa perancangan untuk karier diorang utk 4-5 tahun kan datang. aku pernah ditujukan soalan tu oleh JH.. aku pun tak tau nak jawab.. dan lagi kalau ditanya lagi skrg mungkin aku akan bgtau yg aku tau tau plan aku utk 5 thn mendatang.. tapi kalau untuk plan 1 minggu akan datang aku dah tau.. hehehe aku nak balik kg lagi..

aku rasa niat JH memang baik sebab nak amik tau masa depan anak2 buah dia.. kalau manager lain tak taulah aku..

Balik umah aku di kejutkan dengan berita kakak ipar aku keguguran.. kesian dia.. dia datang umah sebab nak tumpang tanam uri sebelah umah.. takde rezeki.. mungkin akan datang kut..

P/s : Alhamdulillah sebab pihak bank dah call aku bgtau yg loan aku dah approved.. thanks Allah!!

Nov 30, 2009

It's began!!



It's already started.. for tom. battle and will see whether I can fight with my own weakness.. (adakah aku mampu mengatasi kelemahan aku?) It's opportunity for me in a positive way.. aku rasa and the opportunity not always knocks the door.. it's once and will go kalau aku tak cuba.. dan aku akan menyesal kalau tak cuba..kata2 semangat without any plan and actions pun tak guna jugak.. terlalu lama aku buat benda yg sama and sampai masanya aku try diri aku for new phase of challenge..
To my wife thanks for understand and support me whenever aku susah dan senang.. sampai masanya aku nak balas balik semuanya.. bukan senang nak senang...
Nasihat aku pada diri aku.. JANGAN LUPA DIRI DAN INGAT SELALU PADA TUHAN..

Mata Belum Mengantuk



Malam ni aku rasa tak bleh nak tidur sangat.. tengah menyiapkan satu web editing.. minggu ni patutnya appoinment aku dengan chip nak buat dia punyer website.. pasal wallpaper.. perniagaan dia pun dah semakin maju aku tengok.. cuma website jer yg takde.. aku nilah yang di carinya untuk buat.. aku pulak masa takde nak jumpa dia.. payment mode untuk tuan haji pun tak buat lagi.. isshhh malasnya aku.. padahal semua tu duit untuk aku jugak.. tapi masa.. masa.. masa.. itulah masalah aku.. itu belum cerita pasal bestpublicdirectory lagi.. itu pun satu hal jugak..
Kepada Chip.. aku harap ko jangan pulak pressure aku dgn menelefon aku dekat 14 kali.. hehehe kala ada masa nanti aku jumpa ko.. chargenya macam biasalah ikut scope.. tak termasuk maintenance for new posting.. aku rasa nak masuk tidur walaupun tokleh tidur.. esok nak kijer lagi.. sourcing and renovation nak kena evaluate.. selamat malam dunia!!!

Nov 29, 2009

Sentimental

Kekadang aku duduk sesorang depan PC layan lagu imeem 90an buat aku terkenang zaman persekolahan aku kat Sri Medan.. ingat kengkawan lama.. ingat masa belajar.. ingat cikgu2.. ingat cinta tak kesampaian..( hehehe masa tu tak pandai ayat.. sebab tu takde awek yg nak)
Kalau di kenang balik memang manis la.. macamana perjalanan hidup aku dari sekolah.. naik basikal sejauh mata memandang.. pastu upgrade sikit naik motor buruk arwak bapak.. isshh.. sedih.. hidup pun susah masa tuh.. tapi aku bersyukur jugak sebab aku buleh belajar macam org lain.. pegi sekolah cuma bawak duit 30 sen ( masa tu 30 sen dapat roti canai sekeping) sekolah agama belah pagi and sekolah menengah sebelah petang..
Bila masuk tingkatan 3 aku hidup senang sikitlah ke sekolah.. naik motor pulak.. sehari dapatlah 2 hinggit.. isi minyak singgit and makan singgit.. (70 sen nasik lemak and 30 sen air)..
Bila nak carik duit lebih aku kerjakan kelapa sawit arwah bapak.. dapatlah 20 hinggit.. cukup untuk aku enjoy seminggu.. hehehe sedih jugak beb..
Masa tu aku tak lah macam org lain.. sebab kuarga aku susahla jugak.. mak cuma menoreh getah and nak menyara aku sekolah lagi mana lah cukup.. jadi aku cuma bersederhana ajer.. tapi yg bagusnya aku jadi org. kalau tak mungkin aku lupa diri..
Pasal awek pulak.. aku memang takde awek lah.. cuma syok dgn org jer.. tapi org bukan syok dengan aku pun..nak kata cinta monyet.. takdelah jugak sebab aku memang tak bercinta masa sekolah..
isshh kenangan oh kenangan.. walau pun dah 15 tahun.. namun ingatan aku untuk SM Sri Medan masih kuat...

Beraya Di Kuantan

Hari Jumaat 27 Nov 2009 aku berangkat ke Kuantan.. rombongan 3 keluarga dan 3 kereta bermula dari pukul 10.30 pg.. semua berkumpulk di Burker King Petronas Jln Genting Klang..
Pukul 12 lebih kami semua singgah sekejap kat di Kuala Krau, Temerloh untuk menziarahi rumah arwah Mak & Pak mertua dan juga kuburnya.. lebih sejam kemudian berangkat semula ke Kuantan..
Dalam pukul 4 lebih kita org sampai ke rumah abg Ipar aku kat Kubang Buaya.. lepak2, makan, and lepas maghrib terus bertolak ke rumah makcik sedara (adik2 arwah mak).. plan malam ni nak pegi 2 rumah makcik..
Pgi sambung lagi ke 2 buah rumah.. fuh kali ni aku rasa seronok jugak sebab dah lama tak jumpa sedara belah istri aku.. setiap rumah mestiada makan.. dari malam tadi pulak tu.. mana taknya.. mau tak kembung dan sesak nafas aku.. pas habis semua kitorang gi ke TC... melepak2 sebelum balik ke KL..


Tol card..


Bila nak sampai?


Panas terik jugak hari nih..


Temerloh bridge..


Jauh lagi lak tuh..


Singgah sebentar di R&R Temerloh.. makan..


Maggie goreng..


Keluarga Rozita Ali..


Kuantan 6km


TC


Beli baju..


Gerai Pak Malau Kajang Berlipat 3


Tido ker?


Keluarga Saizul..


Menunggu Ibu beli kopok lekor..


Kelihatan kereta Iswara aeroback merah.. ini adalah perjalanan terakhirnya.. minggu depan ia akan menemui penjual kereta terpakai kerana khidmatnya akan di ganti dgn kereta lain slepas 8 tahun bersama En Saifuddin.. Terima Kasih JET 5377...


Penuhnya parking..


Budak Jakun


Main pasir..