Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Mar 2, 2010

Kepong

Hari ni sharp pukul 5 aku balik terus ke rumah.. ada appoinment pukul 6.30pm kat kepong.. balik rumah terus ke ke kepong.. sedikit jem jgak jalan hari ni.. apa nak buat, hari kerja.. nasib baik aku sampai dalam pukul 6 lebih.. sempat lagi..
Lepas habis kerja aku, aku ajak wife aku lepak kat Johnny utk makan malam...


Menggelegak beb..


Everybody busy


Jelingan..


Kecik pun lapau gak..


Inilah hasilnya..

Feb 21, 2010

Desa Water Park

Hari ni tak tau nak buat apa, so pagi aku kuar ajak anak2 gi mandi kat Desa Water Park.. dengan berbekalkan lempeng balance sarapan pagi yg disorok dibawal tuala dalam bag, aku bertolak dalam 9 lebih.. makanan kena sorok takut guard tahan tak bagi masuk.. makanan yg dijual dalam tuh bukan sedap sangat pun so baik aku bawak sendiri.. plan nak bawak anak gi mandi2 and balik semula dalam kul 12.. kalau tak lagi panas cuaca, kang demam pulak budak2 tu main air lamer sangat..
















Nov 24, 2009

Makan di mana?

******MINGGU NI AKU BEGITU RAJIN SEHINGGA SANGGUP MENGUPDATE BLOG HAMPIR SETIAP HARI.*************

Hari ni aku tak tau nak makan kat mana.. nak masak? huh jauh sekali.. now weekdays are not the right time to cook.. bukan aku yg takmo masak.. tapi takde org yg nak kemas.. biasalah aku.. kalau dah masak macam tukang masak pro.. masak tinggal.. org lain yg akan kemas.. tang yg nak kemas tuh yg takde... kesimpulannya.. tak masak.. only sat and sun jer.. hungry? makan luar lah..

Balik kijer terus bergegas ke DawnCity.. jumpa En Faizal submit document kat dia and PAU sekali 3 kotak air laici kat office dia.. hehehe bukan jadi rugi pun.... pastu terus bergegas ke JJ AU2 cari mende yg buleh mengenyangkan perut dan tembolok ini.. Location? gi kat BBQ Chicken

Lupa nak cerita, siang tadi masa aku gi Public Bank, masa tengah tunggu no giliran ada sorang India salesman datang dengan budi bahasa yg amat mengharukan menghampiri aku.. dia tunjukkan aku promosi BBQ chicken.. lepas cerita dkt 5 min aku macam tertarik.. kesimpulannya senang jer.. beli kupon kat tangan dia RM25 and aku akan dapat 21 kupon Buy 1 Free 1 and 2 kupon free pencuci mulut.. dia cakap kalau aku gi BBQ Chicken, order 1 main course aku buleh dapat free main course 1 lagi.. bayangkan ada 21 kupon yg buleh di tukarkan.. mengenangkan yg BBQ Chicken ada kat Jaya One dan satu lagi dekat umah aku (AU2) aku terus bayar kat dia RM25.. kalau dia tipu nasib lah.. aku bukan buleh bangkrap kalau setakat RM25..

**Makan punya makan, Kat BBQ Chicken aku dah dapat balik modal aku bernilai RM23.90 (order fried chicken RM11.90 + Ice cream satu mangkuk besar RM11.90) berkat penukaran kupon yg dijanjikan si India tadi.. rupanya dia tak tipu.. heheh ada 20 kupon bernilai RM11.90 - RM15.50 lagi yg perlu ditukar sehingga May 2010... memang berbaloi...


Ashraff belasah sampai 4 ketul..


Yg ni betul2 sedap..


Persekitaran yg bersih.. (kenapa org tak ramai?) ahh bukan urusan aku..


Ini namanya tisu.. bukan makanan


Inilah antara kupon yg aku bawak.. siap aku susun sesatu depan waiter nak pilih makan apa..
(aku dah janji nak bg "Yenis The Manace" kupon nih.. kalau tak dia mungkin akan gigit telinga aku kalau aku mungkir janji)



Ais Kacang



Terjumpa pentas Idola Kecil.. lepak kejap..


Tugu Negara


Saya akan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Belanda.. sesiapa yg tak Faham sila duduk tepi..

P/s : Kalau diorang tau aku kijer Dutch Lady, mungkin diorang akan bg aku kijer untuk susun kotak atau punggah barang..

Oct 25, 2009

Sabak Bernam

Hari ni aku ada appoinment bisnes dgn abg aku.. pagi aku dah bangun pegi putrajaya sebab nak bertolak ke Sabak bernam aka Sekinchan dari sana.. sampai dalam pukul 9.00pg aku breakfast dulu kat umah abg aku.. roti chanai dgn kari ayam kampung..
Tujuan aku ke SB adalah tak lain dan tak bukan nak tempah benih pokok limau nipis untuk another projek kat kg aku.. selain tu nak jugak site visit melawat tapak tanaman org yg dah berjaya.. kita orang nak jugak belajar serba sedikit tentang proses dan cara penjagaannya dari tuan tanah tuh (bapak pada kwn abg aku.. dari datang umah sampai balik aku tak tau pun nama dia.. so.. aku gelarkan dia Pakcik Tanpa Nama)..
Projek ni org tak byk buat lagi sebab kat Mesia ada 2-3 tempat baru nak mula tanam.. kira nak jadi pioneer lah.. Untuk pengetahuan semua, limau nipis yg kitaorg nak tanam ni baru sebab dia limau nipis tanpa biji. harga pasaran tinggi.. dan jangka masa setahun dah berbuah... kalau limau nipis biasa tuh.. dah melambak org tanam.. tokleh nak kompit.. kira org pun dah mula beralih arah nak guna limau ni sebab banyak air dan takde bijik..
Sebenarnya abg aku yg cari supplier ni melalui internet.. diorang tak pernah jumpa tapi hanya melalui talipon kitaorg dah buleh sampai kat ladang ni untuk berjumpa bapak kawan abg aku nih..



Untuk pengetahuan korang murid2 tak melintas bawah signage nih..


Iklan yg bagus dan menarik..


Kenderaan ajaib.. aku tak isi minyak pun buleh sampai SB.. (sbb abg aku yg isi)


Nilah wajah Pengurus projek sedang menalipon kwn dia.. kalau dia tak call mungkin aku tak sampai..


Sawah Bendang


Dalam kolam ni ada bela ikan puyu..

Selain tanam limau.. Pakcik Tanpa Nama ada menanam Longan.. luas jugak dalam 2-3 ekar.. sekilo dia jual RM4.. aku beli dekat 10 kilo utk dibawa balik..


Inilah dia buah Longan..


Ladang Longan

Pakcik Tanpa Nama sedang menerang process flow dan cara penjagaan pada pengurus projek..
Kelihatan anak pengurus projek tak tau nak buat apa.. ini mungkin memboringnya sebab dia sedang menunggu keputusan UPSR..

Add Video

Limau tanpa bijik..


Pokok limau yg subur..


Ladang Limau.. berusia 3 tahun dah memberi pulangan lumayan..


Pengurus projek tidak menghormati Pakcik Tanpa Nama.. dia telah memalingkan badan sedang si Pakcik Tanpa Nama menerangkan sesuatu..


Limau nipis tanpa dibelah.. harga benih belum bincang lagi.. sebab tak confirm nak order berapa ratus pokok..


Pakcik Tanpa Nama bukan memarahi anak Pengurus projek sehingga tertunduk, tapi memberi penerangan tambahan..


Wajah penulis.. org yg akan menguruskan duit, bantuan operasi, meneman dan membantu pengurus projek (share holder) dalam menjayakan projek ni.. (Takde org lain pun.. aku share dua je dgn abg aku)


Ladang baru nak tanam limau.. Pakcik tu kata nak tambah sebab menguntungkan..


Pakcik Tanpa Nama telah mewarning mereka untuk lebih berdisiplin walaupun di ladang limau.. sebab itulah mereka kena berbaris bersama2.. aku dah melarikan diri tanpa pengetahuan pakcik tu.. kalau pakcik tu tau mesti dia akan memarahi aku dgn kata2 kesat..


Petikan manja buah Longan.. memang best giler.. good experience!


Lebatnyer..


Tempat makan tengahari kitaorng.. Restoren lembah bernam.. selain dari hidangan biasa, restoren ni menghidangkan makanan exotic seperti Landak, kijang, ayam utan, rusa, burung wak2, burung ayam2, ikan baung, sepat, puyu.. betul punyer best.. akupun mcm tak percaya ada restoren macam ni kat sini.. kira excited giler biler dapat tau.. kalau nak makan kena tempah kena 1 hour before coming in kena call dulu.. ntah mana diorang dapat supply bahan mentah.. tapi sekali lagi memang best!!! aku pasti akan datang lagi.. sesapa yg tak percaya aku buleh bg contact number dia.. homestay pun ada kat sini..


rendang landak.. sekilo RM80..


Ayam utan goreng berempah sekor RM20


Ikan baung cili api.. fuh 1st class...


Membeli belah sebelum balik..


Wajah kepenatan..


Tanpa kasut nih.. aku mungkin dah berkaki ayam untuk ke SB..