Apr 23, 2011

Pisau Seramik





KELEBIHAN PISAU SERAMIK

KETAJAMAN - Bahan yang membentuk sebuah pisau seramik sangat kuat dan keras. Bahan asas pisau seramik ialah zirconium oxide (ZrO2; juga dikenali sebagai zirconia). Pisau seramik diproses dengan menggunakan tekanan yang tinggi lebih kurang 300ton dan dipanaskan 5 hingga 12 jam pada suhu dalam lingkungan 1400 darjah Celsius. Seramik ialah bahan paling keras selepas intan berlian. Kekerasan seramik tahap 8.5 pada skala Mohs, berbanding 6 hingga 6.5 untuk keluli, dan 10 untuk Intan. Ini menjadikan pisau seramik menjadi sentiasa tajam dan tidak perlu diasah.

BAU - Bahan seramik bersifat tidak bertindak balas dengan bahan makanan. Ia tidak memindah bau makanan lain ke makanan yang lain. Anda boleh memotong sesuatu makanan yang pedas, hanya membilas ringkas dengan air dan kemudian memotong sesuatu makananan, sayur atau daging yang lain. Kesan pedasnya tidak akan melekat atau berpindah ke makanan atau bahan lain yang dipotong.
Senang dibasuh - Pisau seramik sangat padu, sangat kurang liang-liang halus berbanding dengan pisau keluli. Sama seperti wajah anda, yang kurang liang-liang, kotoran akan kurang dapat dapat masuk ke liang-liang tersebut. Membilas ringkas dalam air suam akan membuatkan pisau seramik begitu bersih berbanding dengan menggosok menyeluruh pada pisau logam.

BERAT - Bahan seramik adalah sangat ringan. Pisau yang ringan akan mengurangkan ketegangan pada bahu dan lengan. Dengan pergerakan yang bebas pada bahu dan lengan, anda boleh lakukan semua pemotongan seperti tukang masak yang pakar.

KEKARATAN - Pisau seramik tidak akan berkarat. Karat pada pisau keluli atau pisau besi jika tidak dibasuh dengan betul boleh melekat pada makanan yang dipotong. Ini akan memudaratkan kesihatan orang yang memakannya.

Kelemahan pisau seramik berbanding dengan pisau keluli.

Pisau seramik lebih rapuh berbanding pisau keluli. Pisau seramik sesuai untuk memotong buah-buahan, sayur-sayuran dan daging yang tidak bertulang sahaja. Ia tidak sesuai untuk memotong makanan yang beku, daging yang bertulang(daging ayam) ataupun benda-benda yang sukar dihiris. Pisau seramik akan patah atau serpih jika jatuh melebihi 1.5 meter ke lantai. Pisau seramik juga tidak sesuai dilempar ke dalam laci yang mengandungi pisau atau alatan logam yang lain.

Pisau seramik tidak sesuai dijadikan pisau serba guna untuk memotong semua jenis bahan. Dengan kata lain pisau logam masih diperlukan untuk memotong bahan-bahan yang keras seperti tulang dan makanan beku.

Secara ringkasnya pisau seramik:

Tidak perlu diasah - sentiasa tajam.

Mudah dibasuh atau dibilas, kesan makanan(bau, rasa dan warna) tidak mudah melekat pada bilahnya.

Lebih ringan berbanding pisau logam.

Tidak mendatangkan apa-apa kesan pada makanan. Tiada sifat asid atau alkali. Tidak ada bahan kimia. Membuatan makanan anda sentiasa segar secara semula jadi. Buah-buahan tidak lagi akan berasa kesan logam.

Tidak berkarat langsung.

Lebih rapuh daripada pisau logam, elakkan daripada jatuh melebihi 1.5 meter. Jangan potong daging yang bertulang atau bahan-bahan yang keras seperti makanan beku.

Apr 16, 2011

Go Genting!



















Hari ni takde benda nak buat.. kira free la.. so i asked my wife and kids why not kita pegi Genting.. balik hari la. Minggu depan aku dah tak berapa senang sebab dah start nak Fly for my next Backpacking to xxxx.. hehee. pukul 10.00 bertolak.. pukul 4 ptg dah balik semula ke KL..

Apr 12, 2011

Sambutan Birthday MSA kat SK Tmn Selasih





















Note : Thanks to Cikgu MSA sebab sanggup ambilkan gambar di kala ibu dan bapanya sibuk berkerja. Jasamu dikenang!

Apr 11, 2011

Taklimat Program Susu Sekolah 1 Malaysia

Pepagi aku dah keluar menuju ke Melaka menuju ke SM Teknik Bukit Piatu bersama team aku untuk memberi taklimat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu rombongan juga disertai Kementerian Pelajaran Melaka yang memberikan taklimat untuk Guru Besar seluruh Melaka. Program yang akan dilancarkan bermula april (sekarang la) merupakan sumbangan DL untuk pelajar2 miskin Penang, Wilayah, Selangor dan Melaka. Kontrak untuk negeri lain dapat kat company lain... so tak cover semua..
sampai kat Melaka pukul 10.00 pagi dan terus start.. seramai 231 orang Guru Besar datang untuk mendengar taklimat. bukan apa, kalau diorang tak datang, kang bila susu tu hantar ke sekolah, masing2 tak tau nak uruskan.. bkan senang nak berurusan dgn cikgu ni sebenarnya.. berbuih2 mulut nak menjawab soklan2 diorang.. tapi apa nak buat.. dah diamanahkan kat kitaorang so.. let gone je lah..
lepas taklimat dalam kul 1 ptg, terus gi cari Asam Pedas kat Bukit Katil..lepqs tu pusing melaka terus balik KL.. sebenarnya kerja ni takde kena mengena dgn kerja sebenar aku kat DL...tapi sebab tak cukup kaki nak cover dari utara sampai selatan so khidmat pun diperlukan.. takper.. aku pun tak kisah.. janji gaji bayar..
Esok mulalah aku masuk kerja dengan selambak projek yg tak settle2 lagi.. isshh tensionnya.. bila la aku buleh berhenti dan buat fulltime business.. dapat bela ayam pun bulehlah.. ngeh ngeh ngeh
















Apr 9, 2011

Goodies preparation for MSA













Next Tuesday will be MSA Birthday so mengikut perancangan, kitaorang minta cikgu celebratekan dengan kawan2 dia kat sekolah. so ada lah bungkuskan goodies utk kwn2 dia.. almaklumlah mak bapak kerja.. kalau nak celebrate belah malam buleh la.. takkan aku nak cuti plak.. kang allocation dah tak cukup until hujung tahun.
Esok aku nak balik kg.. balik hari la mcm biasa sbb nak uruskan nenas.. mungkin malam esok baru sampai balik KL. Isnin pagi plak nak terus ke Melaka for 1 Malaysia School Milk program.. kat SM Teknik Bukit Piatu.. harap2 tak sesat.. later will share uols gambar2 kat Melaka...
Haii peeeeeennaaaaatttttnnyyeerrrrrr!!!!!!

Riverstone Ulu Yam For Nasi Ambeng




























Hari ni my family and abg aku punya family gathering kat Ulu Yam just nak makan Nasi Ambeng.. ketagih sebab lama tak pekena.. Abg aku booking kat satu Restoren tu (Riverstone) and today kitorang gi and lanyak makan nasi Ambeng. Owner restoren tu plak org jawa and kebetulan member AJMAL. special layanan lah... lepas makan, lepak2 sambil menikmati suasana damai hutan kat kawasan Empangan Batu.. next time sure nak pegi lagi..