Nov 30, 2009

It's began!!



It's already started.. for tom. battle and will see whether I can fight with my own weakness.. (adakah aku mampu mengatasi kelemahan aku?) It's opportunity for me in a positive way.. aku rasa and the opportunity not always knocks the door.. it's once and will go kalau aku tak cuba.. dan aku akan menyesal kalau tak cuba..kata2 semangat without any plan and actions pun tak guna jugak.. terlalu lama aku buat benda yg sama and sampai masanya aku try diri aku for new phase of challenge..
To my wife thanks for understand and support me whenever aku susah dan senang.. sampai masanya aku nak balas balik semuanya.. bukan senang nak senang...
Nasihat aku pada diri aku.. JANGAN LUPA DIRI DAN INGAT SELALU PADA TUHAN..

Mata Belum Mengantuk



Malam ni aku rasa tak bleh nak tidur sangat.. tengah menyiapkan satu web editing.. minggu ni patutnya appoinment aku dengan chip nak buat dia punyer website.. pasal wallpaper.. perniagaan dia pun dah semakin maju aku tengok.. cuma website jer yg takde.. aku nilah yang di carinya untuk buat.. aku pulak masa takde nak jumpa dia.. payment mode untuk tuan haji pun tak buat lagi.. isshhh malasnya aku.. padahal semua tu duit untuk aku jugak.. tapi masa.. masa.. masa.. itulah masalah aku.. itu belum cerita pasal bestpublicdirectory lagi.. itu pun satu hal jugak..
Kepada Chip.. aku harap ko jangan pulak pressure aku dgn menelefon aku dekat 14 kali.. hehehe kala ada masa nanti aku jumpa ko.. chargenya macam biasalah ikut scope.. tak termasuk maintenance for new posting.. aku rasa nak masuk tidur walaupun tokleh tidur.. esok nak kijer lagi.. sourcing and renovation nak kena evaluate.. selamat malam dunia!!!

Nov 29, 2009

Sentimental

Kekadang aku duduk sesorang depan PC layan lagu imeem 90an buat aku terkenang zaman persekolahan aku kat Sri Medan.. ingat kengkawan lama.. ingat masa belajar.. ingat cikgu2.. ingat cinta tak kesampaian..( hehehe masa tu tak pandai ayat.. sebab tu takde awek yg nak)
Kalau di kenang balik memang manis la.. macamana perjalanan hidup aku dari sekolah.. naik basikal sejauh mata memandang.. pastu upgrade sikit naik motor buruk arwak bapak.. isshh.. sedih.. hidup pun susah masa tuh.. tapi aku bersyukur jugak sebab aku buleh belajar macam org lain.. pegi sekolah cuma bawak duit 30 sen ( masa tu 30 sen dapat roti canai sekeping) sekolah agama belah pagi and sekolah menengah sebelah petang..
Bila masuk tingkatan 3 aku hidup senang sikitlah ke sekolah.. naik motor pulak.. sehari dapatlah 2 hinggit.. isi minyak singgit and makan singgit.. (70 sen nasik lemak and 30 sen air)..
Bila nak carik duit lebih aku kerjakan kelapa sawit arwah bapak.. dapatlah 20 hinggit.. cukup untuk aku enjoy seminggu.. hehehe sedih jugak beb..
Masa tu aku tak lah macam org lain.. sebab kuarga aku susahla jugak.. mak cuma menoreh getah and nak menyara aku sekolah lagi mana lah cukup.. jadi aku cuma bersederhana ajer.. tapi yg bagusnya aku jadi org. kalau tak mungkin aku lupa diri..
Pasal awek pulak.. aku memang takde awek lah.. cuma syok dgn org jer.. tapi org bukan syok dengan aku pun..nak kata cinta monyet.. takdelah jugak sebab aku memang tak bercinta masa sekolah..
isshh kenangan oh kenangan.. walau pun dah 15 tahun.. namun ingatan aku untuk SM Sri Medan masih kuat...

Beraya Di Kuantan

Hari Jumaat 27 Nov 2009 aku berangkat ke Kuantan.. rombongan 3 keluarga dan 3 kereta bermula dari pukul 10.30 pg.. semua berkumpulk di Burker King Petronas Jln Genting Klang..
Pukul 12 lebih kami semua singgah sekejap kat di Kuala Krau, Temerloh untuk menziarahi rumah arwah Mak & Pak mertua dan juga kuburnya.. lebih sejam kemudian berangkat semula ke Kuantan..
Dalam pukul 4 lebih kita org sampai ke rumah abg Ipar aku kat Kubang Buaya.. lepak2, makan, and lepas maghrib terus bertolak ke rumah makcik sedara (adik2 arwah mak).. plan malam ni nak pegi 2 rumah makcik..
Pgi sambung lagi ke 2 buah rumah.. fuh kali ni aku rasa seronok jugak sebab dah lama tak jumpa sedara belah istri aku.. setiap rumah mestiada makan.. dari malam tadi pulak tu.. mana taknya.. mau tak kembung dan sesak nafas aku.. pas habis semua kitorang gi ke TC... melepak2 sebelum balik ke KL..


Tol card..


Bila nak sampai?


Panas terik jugak hari nih..


Temerloh bridge..


Jauh lagi lak tuh..


Singgah sebentar di R&R Temerloh.. makan..


Maggie goreng..


Keluarga Rozita Ali..


Kuantan 6km


TC


Beli baju..


Gerai Pak Malau Kajang Berlipat 3


Tido ker?


Keluarga Saizul..


Menunggu Ibu beli kopok lekor..


Kelihatan kereta Iswara aeroback merah.. ini adalah perjalanan terakhirnya.. minggu depan ia akan menemui penjual kereta terpakai kerana khidmatnya akan di ganti dgn kereta lain slepas 8 tahun bersama En Saifuddin.. Terima Kasih JET 5377...


Penuhnya parking..


Budak Jakun


Main pasir..


Nov 26, 2009

Alza Lagi..



Alza for test drive.. location Sebelah Malaysian Milk (Sustagen)
sempat jugak naik satu round sampai bulatan Rothman and patah balik ke perodua showroom.. Salesman macam bengang sebab aku naik tapi tak nak booking pun kereta tuh.. hehehe lose business......

Dinner at BB Thai






















sorrylah aku takde mood nak tulis panjang2.. puncanya.. malam semalam tidur lewat gara2 nak bestpublicdirectory domain.. so hari ni aku keletihan.. malam ni nak tidur awal.. esok nak drive ke kuantan..

http://bestpublicdirectory.com activated!!



Tonight I had a MELANTAK farewell dinner for Nazlee at BB Thai.. After came back quite late, I have played around with my paid hosting domain called BestPublicDirectory. At last I managed to activated the domain and all the ground works already started by our paid programmer.. everything's paid!
This is our 2nd project to develop advertisement directory for worldwide businesses.. our first target is to get all free registration before it's become not free anymore.. maybe after the promotion period is over ( aku akan bgtau bila)..
Actual system works using directory system software and we have already hired programmer to do the settings and installation.. expected Go-LIVE by January 2010 ( Aku harap lah..)

P/s : aku akan blog pasal dinner kat BB Thai kat next posting.. janji!!

Nov 24, 2009

Makan di mana?

******MINGGU NI AKU BEGITU RAJIN SEHINGGA SANGGUP MENGUPDATE BLOG HAMPIR SETIAP HARI.*************

Hari ni aku tak tau nak makan kat mana.. nak masak? huh jauh sekali.. now weekdays are not the right time to cook.. bukan aku yg takmo masak.. tapi takde org yg nak kemas.. biasalah aku.. kalau dah masak macam tukang masak pro.. masak tinggal.. org lain yg akan kemas.. tang yg nak kemas tuh yg takde... kesimpulannya.. tak masak.. only sat and sun jer.. hungry? makan luar lah..

Balik kijer terus bergegas ke DawnCity.. jumpa En Faizal submit document kat dia and PAU sekali 3 kotak air laici kat office dia.. hehehe bukan jadi rugi pun.... pastu terus bergegas ke JJ AU2 cari mende yg buleh mengenyangkan perut dan tembolok ini.. Location? gi kat BBQ Chicken

Lupa nak cerita, siang tadi masa aku gi Public Bank, masa tengah tunggu no giliran ada sorang India salesman datang dengan budi bahasa yg amat mengharukan menghampiri aku.. dia tunjukkan aku promosi BBQ chicken.. lepas cerita dkt 5 min aku macam tertarik.. kesimpulannya senang jer.. beli kupon kat tangan dia RM25 and aku akan dapat 21 kupon Buy 1 Free 1 and 2 kupon free pencuci mulut.. dia cakap kalau aku gi BBQ Chicken, order 1 main course aku buleh dapat free main course 1 lagi.. bayangkan ada 21 kupon yg buleh di tukarkan.. mengenangkan yg BBQ Chicken ada kat Jaya One dan satu lagi dekat umah aku (AU2) aku terus bayar kat dia RM25.. kalau dia tipu nasib lah.. aku bukan buleh bangkrap kalau setakat RM25..

**Makan punya makan, Kat BBQ Chicken aku dah dapat balik modal aku bernilai RM23.90 (order fried chicken RM11.90 + Ice cream satu mangkuk besar RM11.90) berkat penukaran kupon yg dijanjikan si India tadi.. rupanya dia tak tipu.. heheh ada 20 kupon bernilai RM11.90 - RM15.50 lagi yg perlu ditukar sehingga May 2010... memang berbaloi...


Ashraff belasah sampai 4 ketul..


Yg ni betul2 sedap..


Persekitaran yg bersih.. (kenapa org tak ramai?) ahh bukan urusan aku..


Ini namanya tisu.. bukan makanan


Inilah antara kupon yg aku bawak.. siap aku susun sesatu depan waiter nak pilih makan apa..
(aku dah janji nak bg "Yenis The Manace" kupon nih.. kalau tak dia mungkin akan gigit telinga aku kalau aku mungkir janji)



Ais Kacang



Terjumpa pentas Idola Kecil.. lepak kejap..


Tugu Negara


Saya akan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Belanda.. sesiapa yg tak Faham sila duduk tepi..

P/s : Kalau diorang tau aku kijer Dutch Lady, mungkin diorang akan bg aku kijer untuk susun kotak atau punggah barang..

Nov 23, 2009

Hari yg Memenatkan..

Hari ni aku cuti tahun.. bukan sengaja tapi ada 3 benda yg aku nak settlekan hari ni..
pagi2 lagi aku dah kuar rumah.. dalam pukul 9am jugak la.. kira terlewat..
1. Buat Passport - Pergi kat Pusat Bdr Damansara.. sampai kul 9.30 terus beratur amik no.. beribu org.. dekat pukul 12.50 baru nama aku dipanggil.. berapa jam tuh tunggu? kul 4.30pm passport aku siap nasib baik aku tak tunggu kat situ.. aku lari kejap gi bank negara.. (cuba teka aku nak pergi mana dgn passport nih?)

2. Pegi Bank Negara - dalam kul 1.00pm ada urusan nak check status credit aku.. bagus jugak dapat check.. aku tau bank ni kekadang tokleh pakai.. tak ber update dgn bank negara.. so urusan settle dalam 30 minit jer. senang hati aku sebab dah clear hutang and buleh buat loan yg baru.. hehehe. terima kasih pada pegawai bank negara malaysia.

3. Pegi showroom perodua - Hari ni Alza kuar.. so aku gi tengok lah bawak anak bini.. memang best .. luas murah dan selesa.. comel jer.. macam livina pun ada jugak. yang aku tertarik sebab ciri2 myvi tu ada.. kalau duduk belakang lutut aku yg panjang tak kena seat depan... hrga max range full spec cuma RM64,190 jer.. lagi murah dari Exora yg bagak tuh.. Macam menarik jer..


Model Iklan Alza cawangan Batu Caves.

Balik Batu Pahat aka Balik Kampung

SECTION 1 - OTW balik kg..


Sebelum balik ke kampung, singgah kat murtabak singapore punyer restoran.. Da Best In Town.. kt KL tu ada tapi tetap tak sama.. hehe kt Mak Tim Keramat..


satu layer telur di bubuh pulak dengan daging kisar yg berempah sakan..


Kuah bersama timun..


Ni la rupa dia..


Budak ni pun kuat makan.. Harga kecik RM6, besar RM10 special RM12.. memang murah sebab yg kecik pun buleh makan 3 org..

SECTION 2 - SANTAI DI RUMAH KG


Kuah kacang..


Sate yg di marinate dgn penuh kasih sayang.. p.s harga dah naik jadi RM0.50


Soto nasik..

Aku org pertama order sebab baru bukak..


Aku membesar dgn sate nih..


Pokok nangka yg berbuah lebat di depan rumah..


posing..

SECTION 3 - MAJLIS PERKAHWINAN


uli tepung utk roti canai..
20kg tepung..


menu sarapan untuk org yg datang bertandang bergotong royong..
preparation made ealier..1.32am in the morning beb.. tak taulah pukul berapa dia tidur untuk sediakan 400 keping..


tebarkanlah..


ayam goreng..



kalau korang nak tau.. nenas dan kelapa bersatu juga..

r
dapur tempat memasak..


rebusan ayam..