Nov 24, 2009

Makan di mana?

******MINGGU NI AKU BEGITU RAJIN SEHINGGA SANGGUP MENGUPDATE BLOG HAMPIR SETIAP HARI.*************

Hari ni aku tak tau nak makan kat mana.. nak masak? huh jauh sekali.. now weekdays are not the right time to cook.. bukan aku yg takmo masak.. tapi takde org yg nak kemas.. biasalah aku.. kalau dah masak macam tukang masak pro.. masak tinggal.. org lain yg akan kemas.. tang yg nak kemas tuh yg takde... kesimpulannya.. tak masak.. only sat and sun jer.. hungry? makan luar lah..

Balik kijer terus bergegas ke DawnCity.. jumpa En Faizal submit document kat dia and PAU sekali 3 kotak air laici kat office dia.. hehehe bukan jadi rugi pun.... pastu terus bergegas ke JJ AU2 cari mende yg buleh mengenyangkan perut dan tembolok ini.. Location? gi kat BBQ Chicken

Lupa nak cerita, siang tadi masa aku gi Public Bank, masa tengah tunggu no giliran ada sorang India salesman datang dengan budi bahasa yg amat mengharukan menghampiri aku.. dia tunjukkan aku promosi BBQ chicken.. lepas cerita dkt 5 min aku macam tertarik.. kesimpulannya senang jer.. beli kupon kat tangan dia RM25 and aku akan dapat 21 kupon Buy 1 Free 1 and 2 kupon free pencuci mulut.. dia cakap kalau aku gi BBQ Chicken, order 1 main course aku buleh dapat free main course 1 lagi.. bayangkan ada 21 kupon yg buleh di tukarkan.. mengenangkan yg BBQ Chicken ada kat Jaya One dan satu lagi dekat umah aku (AU2) aku terus bayar kat dia RM25.. kalau dia tipu nasib lah.. aku bukan buleh bangkrap kalau setakat RM25..

**Makan punya makan, Kat BBQ Chicken aku dah dapat balik modal aku bernilai RM23.90 (order fried chicken RM11.90 + Ice cream satu mangkuk besar RM11.90) berkat penukaran kupon yg dijanjikan si India tadi.. rupanya dia tak tipu.. heheh ada 20 kupon bernilai RM11.90 - RM15.50 lagi yg perlu ditukar sehingga May 2010... memang berbaloi...


Ashraff belasah sampai 4 ketul..


Yg ni betul2 sedap..


Persekitaran yg bersih.. (kenapa org tak ramai?) ahh bukan urusan aku..


Ini namanya tisu.. bukan makanan


Inilah antara kupon yg aku bawak.. siap aku susun sesatu depan waiter nak pilih makan apa..
(aku dah janji nak bg "Yenis The Manace" kupon nih.. kalau tak dia mungkin akan gigit telinga aku kalau aku mungkir janji)



Ais Kacang



Terjumpa pentas Idola Kecil.. lepak kejap..


Tugu Negara


Saya akan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Belanda.. sesiapa yg tak Faham sila duduk tepi..

P/s : Kalau diorang tau aku kijer Dutch Lady, mungkin diorang akan bg aku kijer untuk susun kotak atau punggah barang..

No comments: