Minggu ni aku rasa minggu yang pendek.. aku akan bekerja selama 3 hari jer.. start balik dari kampung, sampai tengah malam kat umah dekat pukul 1 malam jugak.. penat jugak aku rasa and nasib baik esoknya aku cuti.. cuti tahun.. itu pun ada banyak urusan yang aku akan selesaikan.. nak hantar kerete, nak sain agreement and hantar pc kat office..
Kebetulan pulak kakak aku dari kampung datang dan aku kelam kabut sebab urusan yang sedia ada pun aku belum selesaikan..malam aku kena bawak akak aku dan family pegi jalan kat updtown danau kota dan dekat pukul 1 baru aku tidur.. ternyata 2 hari yng memenatkan dan aku ada lagi 2 hari lagi selepas hari ni..
Jumaat aku ada appoinment dgn chip pasal interior wallpaper website.. sabtu kena kerja sbb ada stock count and mungkin Ahad akan aku gunakan untuk tidur sepuas2nya..
Pejam celik dah dekat ujung tahun.. tapi kije kat opis tak pernah surut disebabkan kekurangan kakitangan kat dept aku.. hai apa nak buat dah nasib badan.. nak kata lelebih Dutch Lady dah byk berjasa sehinggalah aku dan anak2 aku dapat hidup agak selesa hingga ke hari ni (kalau cari kerja lain mungkin hidup lagi selesa sapa tau?)..
Selingan gambar balik kampung
Kasih sayang seorang anak
Tanah untuk projek yg dah dilapangkan oleh sang garuda besi..
Projek ni jadi ke tak ni? duit dah beribu kuar..
Rumah tempat kelahiran penulis..
No comments:
Post a Comment