May 14, 2011
Busy weekend
Pepagi aku kuar rumah menuju ke Batu Pahat untuk menyelesaikan beberapa perkara. Bertolak dari rumah aku bawak anak jantan aku dan selepas sesi penyerahan penjagaan pada makciknya di Putrajaya aku terus menuju ke kampung. Tokleh nak bawak anak jantan aku.. kang dia boring plak takde kawan... si adik di bawak ibunya ke kantor sebab minggu ni minggu bekerja.
Balik Kampung macam biasa, collect duit harvest nenas, collect duit sawit dan meeting dengan saudagar Enton dan Saudagar Score A di warung kopi..tp aku bukan nak join Score A cuma saudagar Score A tu adalah abang aku yg sulong.. bincang pasal projek nenas baru kat tanah dia. malam balik semula ke KL.
Esok aku ada jemputan kahwin rumah kawan aku kat PJ.. alamat pun aku tak tau.. esok nak pegi aku redah je lah.. Untuk makluman bersama, jadual weekend dah penuh sampai hujung June 2011. So sebarang aktiviti diluar jangkaan adalah dilarang sama sekali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment