Mar 25, 2012

Autowäsche (germany)

TSG @ 10am. Suasana biasa dan tak berapa sibuk. Tapi keadaan ditempat cuci kereta penuh dgn kereta. Layan perasaan sambil menunggu mamat Bangla cuci kereta. Aktiviti hari ni mungkin ke kedai elektrik dan jugak ke Banjaria. Nak tengok progress renovation and harap boleh masuk awal May 2012. Life is so short!

Mar 22, 2012

Alizee After 5 years



This is the first time I see her after 2 years didn't hear her voice.. gemuk sikit tak macam dulu.. suddenly plak teringat nak dengar lagu dia..

Mar 18, 2012

Selero Kelate Kito

Selama beberapa tahun aku lalu lalang kat depan Giant, tak pernah aku singgah kat warung ni.. tapi petang tadi aku tergerak nak singgah plak.. warung goreng pisang jer.. tapi memang best la dia punya goreng-gorengan.. macam2 ada.. so lunch merangkap minum petang...











Mar 17, 2012

Frieslandcampina Malaysia Annual Dinner 2012

Petang ni ada dinner kat Sunway Resort and pagi layan bebudak pegi Damansara Utama.. gi Houz Depot pegi beli suis lampu untuk rumah baru..













Mar 16, 2012

Out Of Office - Meeting and Mini Olympic!

Hari ni tak masuk office. Pagi ada Top 200 meeting @ Sunway Resort Hotel.. Lepas semayang Jumaat terus bergegas ke Komplek PKNS Kelana Jaya, ada Mini Olympic daa.. lepas masuk 1 acara lepas tu menghilangkan diri.. kes nak balik awal..



Mar 12, 2012

Balik Kampung March!

Lama benar aku tak balik kampung. ada dekat sebulan lebih.. sibuk dengan urusan nak renovate rumah dan jugak sebab merayap ke Jawa Tengah.. balik kampung banyak urusan nak buat.. update blog pun dah jarang2.. so aku paksa diri untuk update supaya tade la blog ni kosong ajer..
sebenarnya banyak benda nak update tapi sekali lagi diulangi sebab tak sempat... hehehe


Aku berjaya frame-kan poster Transformer yg aku beli kat Jogja... frame kat Melaka sebab nak murah.. aku beli poster ni sebab kat sini payah and mahal nak dapat benda ni.. cadang nak letak kat bilik MSA..


Balik kampung, melawat kebun.. Alhamdulillah, lawatan kali ni takde gangguan haiwan perosak kat kebun ni.. pokok berjaya membesar... projek Pt Rahiban


siap pancang tapi belum tanam lagi.. musim hujan tanah becak sikit..
harap2 semuanya ok. Projek Pt Lapis Laman


Aku sempat melawat jambatan baru yang menghubungkan Pt Laman ke Kolam Air Pt Sulong.. sebelum ni nak cross kena naik sampan.. ingat lagi kenangan pendayung sampan En Diman.. dia berkhidmat lama dan setia sebagai pendayung membantu penduduk melintasi sungai ini satu ketika dulu..


Projek baru Masjid kampung aku.. siap masjid baru nanti bolehlah diguna bersama


Balik kampung sempat menghantar sepupu hantar tanda di majlis pertunangan di Pt Warijo..


Petang tadi pegi melawat rumah.. diorang tengah hack dapur dan buat wiring.


Keadaan rumah yg serabut.. targeted sebulan setengah nak siap sebab major renovation.


Ini adalah orang yang bertanggungjawab memecah rumah aku.. kalau ada masalah dia tokleh lari kemana2 sebab aku berjaya mengadaptasi gambar dia..


Adik beradik yg senantiasa hapenning membuat rumah kat kampung riuh rendah..

Mar 3, 2012

Jawa Tengah - Solo-Jogja 4D3N

Nak update blog dah takde masa.. banyak kerja nak kena buat sekarang ni.. senarai barang untuk pindah, cari contractor and almost every week aku ke Banjaria Court. SO sekarang kalau nak update blog pun kira jarang2 and ikut mood...
Kali ini aku ke Solo dan Jogja di Jawa tengah dimana asal usul keturunanku bermula.. moyangku Dikromo berasal dari sini di wilayah Purworejo Jawa Tengah kira-kira 80km dari kota Jogja.