Lama benar aku tak update blog ni.. bukan lupa tapi tak sempat nak update.. kekadang malas nak jengok pun.. dekat sebulan aku pindah ke BC Batu Caves. Setakat ni semuanya berjalan lancar dan dah boleh dikatakan complete (walaupun ada sikit2 barang kat rumah lama nak kena kemas sebelum handover to owner). Boleh la aku menarik nafas lega sikit dari segi masa dan wang ringgit sebab pindah rumah.
Minggu ni dan minggu depan agak penuh jugak jadual, dah la bertimbun kerja kat office pastu start dari Sabtu sampai Sabtu depan jadual sangat padat. Dengan sukan kat Sek MSA, Wedding Dinner, Training dan jugak Audit kat JB. tak bernafas aku..
Jadi bila aku nak siapkan kerja kat office? cuma sehari ajer aku ada iaitu hari Selasa.. selainnya, outstation dengan training dan Audit vendor.. itu pun kalau takde meeting, so jadi setengah hari... itu yang lelamer kat bahu aku start sakit dan naik ke tengkuk terus berdenyut2 kat kepala. Hai kekadang berangan jugak la bila aku buleh relax... selagi keje DL jangan harap!! Tu la sebab sekarang hari2 aku rasa semangat nak balik rumah cepat.. nak hilangkan stress dengan layan anak2, pusing tmn samuder naik motor tak pakai helmet or gi layan DVD.. dah malas nak stayback kat office. kalau ada appoinment penting aku set hujung minggu..
Hai kalau difikirkan sampai bila pun tak habis selagi kita makan gaji. Nak tunggu hasil project kat kg tuh lambat lagi la plak... kalau ada biness sendiri lain cerita dan lain plak masalanya kan? sekian omelan hari ni sebelum nak angkat tuala nak gi mandi.. lepas ni nak layan DVD (tadi bawak balik keje office and plan nak buat?)
No comments:
Post a Comment