Jul 20, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan menjelang lagi. Hari pertama berpuasa esok hari sabtu, so boleh lah plan nak masak and buat persiapan istimewa sikit sempena hari pertama berpuasa. Kali ni juga merupakan kali pertama berpuasa di rumah baru. Excited jugak la sebab surau utk terawih just next block. Jarak cuma 100 meter jer. Harap2 rajin le nak gi. Kelengkapan surau pun dah complete sepenuhnya hasil sumbangan penduduk. Canggih jugak surau kat sini, maklumlah byk dermawan. Aku menumpang tuah jelah.
Walaupun hari pertama terawih, surau penuh and byk betul makanan utk moreh. Murah hatinya diorang ni. Aku dengar banyak aktiviti lagi diorang nak buat untuk Ramadhan di BC.
Kali ni aku gi terawih bawak MSA. Bagi dia rasa mcmana terawih. Ternguap2 juga aku tgk dia. Takpelah, memula jer. Kang esok lusa biasalah tu. Tapi yg dia bersemangat sangat, esok nak bangun sahur dan berpuasa. Bangga jugak aku sekejap.
Esok takde plan nak kemana2 pun. Akak ipar aku nak datang. Sejak aku pindah rumah dia tak sempat lagi nak singgah. So mungkin nak balas dendam tido sebab tak cukup tido coz batuk malam semalam.
Anyway to all muslim, aku memohon maaf pada sesiapa yg mengenali aku dan aku nak ucap selamat berpuasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: