Feb 26, 2013

Gaharu Project - Phase 3


Alhamdulillah, baru sahaja mengelesaikan urusan projek fasa 2 projek gaharu di Banjaran Titiwangsa. Semua urusan dokumentasi dan inokulasi pokok telah selesai. Sebanyak 200++ pokok gaharu untuk fasa 2 telah selesai diinokulasi. Projek untuk fasa 2 ini sebanyak RM300,000 telah habis dibelanjakan (keseluruhan projek fasa 2).


Project closed for Fasa 2 dan bermula minggu ini, Team Gaharu Nienas akan memulakan fasa terakhir untuk tahun 2013. Sejumlah 300 pokok telah dikenal pasti dan bermula hari ini, team gaharu akan memulakan aktiviti mengukur saiz pokok dan membuat tagging. Lepas semua maklumat yang diperlukan siap, baru la kita buka peluang pada investor untuk melabur. projek ni merupakan projek terakhir bukan sebab pokok liar dah habis, tapi sebab nak fokus pada kerja selepas inokulasi lepas ni. Ada banyak proses yang akan dibuat pada pokok sebelum proses menuai. kalau nak diikutkan, beratus pokok lagi masih tersimpan di kawasan ini. Biar la jangan tamak sangat, kita simpan dan sambung tahun depan. Kang tahun depan takde projek nak buat. Syukur alhamdulillah, belum pun senarai penuh pokok dikeluarkan, jumlah pelabur yang menunggu melebihi dari jumlah pokok yang hendak ditawarkan. Apa nak buat, banyak orang dah celik mata dan tau hasil gaharu ni. Apa pun semuga Alllah memberkati dan mempermudahkan semua urusan kami. Insyallah..

No comments: