Sep 28, 2009

Rumah yg belum siap... part3


Finally my house dah complete almost 90% after 1 year waiting.. kira cepat jugak sebab biasa rumah baru amik masa 2-3 years nak siap and kekadang forever jadi semak sebab projek terbengkalai gegara pemaju melarikan diri 4X4 ratus meter..


Photo taken from swimming FOOL(sebab kecik..kalau besar kita panggil swimming pool.. kalau seluar kecik kita panggil swimming trunk) proud jugaklah akhirnya berjaya memiliki rumah sendiri setelah 5 tahun lebih menyewa..


This block (Block F) actually harga diorang jual dah gone up to RM239,800.. aku tanya masa gi Giant diorang ada buat promo..keluasan 1295 s.q (kira besar jugak) sekarang diorang masih jual lagi and tinggal beberapa unit ajer. Deposit RM500 jer.. aku kira beruntung sebab masa aku beli April 2008, ia cuma berharga RM173,000 and berkeluasan 1,307 s.q with 3 balconi (end lot).. kira termurah and terluas di klang valley.. nasib baik aku beli awal.. kalau tak beza dekat RM60,000 sapa nak bayar?


My house number... lokasi Gardenville (bukan smallville) Selayang Height, Bandar Baru Selayang..(dekat Stadium Selayang)

HARI RAYA PUASA 2009 / 1430


On the way back to home town (Batu Pahat) without jammed..


First day of HRP.. everybody posing like mautlah beb..


Baju tajaan Rizalman anak Encik Fakrul Nizam cucu Mak Senah bidan kampung..


Photo taken before visit to grandma house..


Waiting for kuih lopis to be served.. satu anak lagi tidoq lah.. tokleh nakbergambar..


baby sitter.. ramainya penjaga.. siap gaduh lagi..


Family lunch at Pizza Hut.. hari raya kedua dah kena fast food.. so boring but quite funny when I look at the anak buah punya perangai.. semua kaki memekak..


Tak cukup buleh tambah lagi..


Di hari raya dapat duit terpijak sebanyak RM7K.. hasil dari penjualan kayu getah di tanah En Saifuddin.. huhuuuu!!!

Sep 27, 2009

Esok Kerja



Dari sebelum raya nak update pun tak ter update.. nantilah bila aku rajin akan aku update gambar raya, cuti dan rumah terbuka..Malasnya aku malam ni.. mood takde sebab esok dah start kerja after long holiday.. mesti Monday blues gang punyer... mengenangkan banyak pulak benda nak kena source minggu nih.. Maaallllaaassssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sep 17, 2009

Cari Kasut? (Posted via Maxis mobile)

Hari ni memang rushing.. Kerja kt opis byk. Pukul 430 pun tokleh nk blk lg. Dkt pukul 5 terus blk rumah sbb dah janji nk g cari kasut Ashraff kt JJ keramat. Sampai je rumah terus cabut n reserve tempat berbuka dulu. Perut lebih utama beb! Pusing punya pusing g kt The Black Canyon juga akhirnya. Lps bukak poser g cari kasut Ashraff. Tak jumpa yg sesuai pulak.. Tom n Jerry pun takda yg cantik. Pilih kasut Ashraff ni ada byk criteria.. Paling utama warna mesti gelap. Takdala senang nampak kotor.. Sementara survey, aku tersambar pulak Camel Active latest model. Terus byr n nk dijadikan citer kasut ank tak jugak dpt. Aku ingat posphoned esok je lah sbb masa dah time. Ada janji kt Tmn permata kt Giant lama nk jumpa geng Ittar pukul 10.. Maka cerita kasut akan bersambung lg..


Jafaru - 85857-HM01 Brown : dah lama aku berkenan model ni baru dapat..

Sep 16, 2009

Kesesakan (Posted via Maxis mobile)


Malam ni aku g bukit bintang. Bukan sesaje nk menempuh jam tp ada urusan sikit. Dari bkt bintang nk masuk ke TAR jam teruk.. Mungkin ramai org nk shoppin mlm2 terakhir seblm raya.. Seksa duk umah kt tgh KL ni.. Esok2 pindah Selayang masalah blum tentu selesai.. Haha

Sep 13, 2009

Another 6 days to go..

Tahun ni aku takberapa excited sangat nak raya.. ada beberapa perkara yang aku tak berapa seronok bila nak sambut raya ni. Yg aku excitedkan cuma nak bercuti panjang.. dalam 10 hari.. fuh mesti best melepak... cuma aku buleh tumpang keseronokan anak jer untuk sambut raya.. semua benda aku dah settlekan untuk hari raya.. kuih, baju anak, duit raya, kereta semua dah selesai.. banyak jugak aku dah kopak.. demi untuk anak dan isteri aku tak kisah sangat.. tahun ni pun rezeki macam melimpah ruah. Al-hamdullillah la sejak kehadiran Dania dalam hidup kami sekeluarga, rezeki tak putus-putus.. Cuma mood raya aje yang takde.. huhh..

Kenangan Ustaz Asri 1969 - 2009



Semalam aku berbuka kat Singgahsana Hotel wif my family.. Dania aku tak bawak sebab kesihatannya yg tak mengizinkan.. kena demam selsema.. Aku hantar kat rumah kak ipar kat sentul..
Bila melangkah masuk kat hotel tu, terpampang wajah syuhud Ustaz Asri kat merata2 ruang.. hati aku rasa tersentuh.. owang putih kata "touching".. selama beberapa tahun aku mengunjungi Hotel ni untuk berbuka puasa and setiap tahun aku pergi sebab ada Ustaz asri dan Rabbani.. tapi tahun ni aku tengok dia dah takde.. rasa lain macam pulak.. aku tgk Rabbani pun macam sedih je hati aku... apa-apa pun Al-Fatihah untuk Arwah dan moga dia ditempatkan di kalangan syuhada..


Rabbani


Arab Version.. enjoy


orang terlalu ramai.. aku rasa terlampau tahap gaban dia punyer ramai berbanding dari tahun sebelumnya..


Staff Asasra Teknik dan Aspek Liga...


Budak kuat makan..

Sep 8, 2009

Budaya membaca (Posted via Maxis mobile)


Malam ni takda citer menarik yg nak dtonton. Dari itu aku tutup tv dan capai Harian Metro. Byk citer menarik harini.. Jualan murah courts, promosi Cavenzi dan brgn murah sempena ramadhan di Giant.. Ayah aku mcm dh mengantuk.. Tp tak tido lg. Ibu dh terjerit dr bilik ajak aku tido.. Aku blum mengantuk.. Nak baca dulu sblum tido.. Esok nk bgn sahur, nk pg umah cikgu dgn Dania. Lambt lg nk cuti.. Ayah janji nk bwk g beli kasut raya n berbuka kt hotel hujung minggu ni.. Bestnya jadi aku.. Alamak! Ibu dah jegilkan bijik mata mcm duit syiling 50 sen. Aku nk tutup suwat kaba n msk tido.. Cium ayah, salam ayah dulu sblum tido. Selamat mlm suma! P/s kenapa ayah tido lambat ibu tk marah? YG BENAR- Acerap.

Sep 7, 2009

Nuzul Quran (Posted via Maxis mobile)


Harini cuti sempena turunnya ayat pertama Quran. sok dh mula kije balik. Ishh! Boringnya.. Dah la semangat raya skrg ni. Hari g jay-jay wangsa maju menghabiskan masa.. Tema all Red! Baby carrier tu pun sbnrnya br beli! Selamat bercuti!

PUASA SI MISKIN



Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku dapat petikan artikel ni dari email seorang sahabat..

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sep 6, 2009

Cheng Ho!

Hari ni tak lain tak bukan nak cerita makan.. aku tengah sesiap nak kuar gi cheng ho.. dah lama sangat tak ke sana.. tapi plan bukan nak makan kat sana ..cuma nak bungkus beef black pepper and crab with salted egg yolk.. Da bestt in town... satu lagi masa wife aku mengandung dia tak sempat nak kesana bila dia teringin (mengidam) tuh lah agaknya air liur si Dania asyik meleleh jer.. hehehe
ok aku nak kuar dah.. selamat berbuka!



Aku bangga dgn si Amy sebab dah berubah.. restoren pun makin maju nampaknya..


I like the style!


Inilah dia yg bini aku tergila2 sangat tuh..

Sep 5, 2009

Bungkusan Bazar (Posted via Maxis mobile)


Ini jelah yg sempat aku capai kt Tmn Samudra lepas balik dr Selayang. Plan nak cr baju raya tp tak dpt sbb tak dpt kaler yg matching dgn Ashraff. Sampai bazar pun dh dkt pukul 6 lbh. Wife tgh tunggu kt kete dgn ank. Mlm ni plan kuar lg kt Danau Kota. Selamat berbuka..

Sep 4, 2009

It's Friday!

Hari ni aku rasa macam masa tu berlalu sangat cepat sekali. dah la pagi aku bangun lambat, 7.30 pg baru bertolak dari rumah.. macam superman aku pegi.. sampai ofis dengan mata yg bengkak aku sebab bangun lambat mula settlekan PO's yg melonggok atas meja.. biasalah takde pembantu.. kuli kat Decledi (pinjam ejaan dari si basket)..
Settle PO, aku uruskan pulak scrap powder 71.5 ton kat YCH.. dah gaya macam samseng pulak aku negotiate dgn buyer tu suruh amik...
Tghari aku balik umah.. tak kena pulak aku rasa nak balik rumah amik hardisk aku.. nak buat backup barang kat ofis..
Belah petang dah start sibuk.. balik dari umah ke ofis dah terlambat.. masuk dekat pukul 3 ptg.. terus masuk meeting SAP.. meeting yg aku rasa tak ada memberi kebaikan pada aku.. semua yg kat dalam meeting tu cuma tau nak cari kambing hitam untuk dikenakan.. terutamanya yg dah tua bangka dan lama sangat kerja kat Dutch Lady.. walaupun dah naik haji... perangai Masya-Allah!!
Habis meeting dekat pukul 4 lebih.. sebenarnya aku ada janji nak buat tele-conference dgn Mr Bas Becker - Procurement Category Manager di FrieslandCampina (Solvink) UK.. aku janji nak call dia pasal Dutch Lady nak beli lab equipment baru bernilai dekat setengah juta (call time kat UK = 10.00 pagi (CET) = 4.00ptg waktu Msia).. ada banyak benda aku nak tanya mamat di UK ni sebelum aku jumpa dengan Agent Varian Australia untuk negotiation (dah kerja Purchaser)... Dekat 45 min aku borak dan tanya itu dan ini.. aku respek betul kat mamat ni sebab sanggup tolong aku dan bagi info.. kekadang rasa macam dia hormatkan aku ni mengalahkan Director la pulak.. hehehe
Semenjak boss aku naik pangkat nih.. semua benda kena buat keputusan sendiri... rasa macam anak tiri pun ada.. uhuukksss....
lepas habis semua malas nak sambung buat kijer.. baik aku balik and pergi bazar ramadhan..



Inilah dia menatang yg aku dok cerita.. Varian 725 ES latest model (guna vista)berharga 400 ribu lebih duit M'sia..

Sep 2, 2009

Menu Hatrik untuk 3 hari..

Start dari Isnin sampai rabu.. menu utama berbuka senang jer.. aku belasah mee.. lepas balik terawih pun aku bedal lagi sebab takde benda lain... nak beli kat bazar ramadhan dah jemu.. tak tau nak makan apa.. kesimpulannya masak lagi senang dan sedap!


Menu Hari Isnin - Mee Goreng Basah


Menu Hari Selasa - Mee Sup


Menu Hari Rabu - Meehun Goreng