Jul 28, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia Kelana Jaya











Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.Bagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia .

Sebanyak 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.


Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama 1 Malaysia





No comments: