Pagi tadi jaga anak di BC sementara menunggu appoinment Technician Astro untuk pasang Byond kat rumah BC. Bawak la jugak 2-3 kotak baju yang dah di pack ke BC. pindah sikit-sikit.. lepas tu aku gi hantar kereta pegi servis aircond, terkezut lepas pakai 2 tahun setengah tak pernah servis kena tukar parts sampai RM500! termenung aku kejap hehehe.. nak pindah time ni la pulak kereta tu mintak duit..
Belah petang pegi cari handstruck untuk angkut barang dan kemas lebih kurang untuk pindah.. banyak benda tak buat lagi nih.. line tepon tak pindah lagi.. yang sakit hatinya unifi takde coverage lagi kat BC tuh.. so tokleh nak upgrade lagi aku punya streamyx. nak ke TM point pun nak kena amik cuti, dah la cuti makin takde sebab terlebih guna..
Apa-apahal minggu ni kena settlekan semua tuh memandangkan minggu depan outstation with family sebab cuti sekolah.. Sabtu dan Ahad dah tentu burned... sekian sahaja luahan perasaan untuk hari ni huhuhu..
Ini adalah hasil aku mengemas.. selama ni semua ni menyorok dan bila nak pindah semua bersatu kembali..
Uncle Lee with his Bangla's friend installing Byond
Beberapa lukisan menunggu untuk di lekatkan di dinding..
No comments:
Post a Comment