May 30, 2012

Change to Night Breaker

Geram punya pasal lampu dah terbakar, tukar OSRAM Night Breaker. Lepas ni lipas mati tengah jalan waktu malam pun harap2 buleh nampak!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

May 26, 2012

Hari-hari weekend terakhirku di Sentul

Pagi tadi jaga anak di BC sementara menunggu appoinment Technician Astro untuk pasang Byond kat rumah BC. Bawak la jugak 2-3 kotak baju yang dah di pack ke BC. pindah sikit-sikit.. lepas tu aku gi hantar kereta pegi servis aircond, terkezut lepas pakai 2 tahun setengah tak pernah servis kena tukar parts sampai RM500! termenung aku kejap hehehe.. nak pindah time ni la pulak kereta tu mintak duit..
Belah petang pegi cari handstruck untuk angkut barang dan kemas lebih kurang untuk pindah.. banyak benda tak buat lagi nih.. line tepon tak pindah lagi.. yang sakit hatinya unifi takde coverage lagi kat BC tuh.. so tokleh nak upgrade lagi aku punya streamyx. nak ke TM point pun nak kena amik cuti, dah la cuti makin takde sebab terlebih guna..
Apa-apahal minggu ni kena settlekan semua tuh memandangkan minggu depan outstation with family sebab cuti sekolah.. Sabtu dan Ahad dah tentu burned... sekian sahaja luahan perasaan untuk hari ni huhuhu..


Ini adalah hasil aku mengemas.. selama ni semua ni menyorok dan bila nak pindah semua bersatu kembali..


Uncle Lee with his Bangla's friend installing Byond


Beberapa lukisan menunggu untuk di lekatkan di dinding..

May 23, 2012

Ready to Move!



Semenjak kebelakangan ni sibuk dengan preparation dan supervise BC punya progress.. nak pastikan reno siap walaupun ada sedikit delay.. akhirnya 95 % reno rumah aku siap (lagi 5% untuk final touch up) dan semakin dekat tarikh untuk aku pindah.. rasa sedih dengan rumah sekarang sebab 8 tahun aku duduk menyewa.. Kalau ikut sejarah, dari 2007 plan nak duduk rumah sendiri.. dari Apt Selasih Cemerlang di Taman Selasih tak berjaya kemudian ke Gardenville di Selayang juga tak berjaya..last2 ke Banjaria Court juga akhirnya rezeki aku nak berpindah.. harap2 aku tak jual rumah ni dan duduk sampai seberapa lama yang boleh hehehe

P/s : Maaf tokleh nak amik gambar seluruh rumah sebab tak dapat kebenaran dari puan "Gabenor".

May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Gi teman MSA cari hadiah cikgunya untuk esok. Ada majlis kat SK Tmn Selasih..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

May 2, 2012

Teringat Dulu-Dulu

Malam ni aku layan lagu sambil surfing internet.. sambil dengar lagu aku cari lirik online untuk lagu yang aku dengar.. senang jer and aku rasa tak payah ajar korang macamana nak google lirik peberet korang..
Aku teringat macamana zaman aku sekolah dulu.. dulu nak cari lirik bukan macam sekarang.. mana ada internet.. rumah aku dulu bukan ada TV pun.. cuma ada radio atas ikhsan kak aku belikan.. bila dengar lagu and nak hafal satu lagu, kena salin lirik sendiri.. itu pun bila dengar lain, lain pulak yang ditulis..



Dulu kalau ada lagu sedap, terus rakam dengan kaset kosong.. bila dah dapat lagu tu, play kat radio kaset.. dengar lirik sebaris terus pause.. salin.. sampai la habis lagu tuh..
lepas tu pasang lagu tu pasang earphone and melalak sambil tengok lirik yang aku salin tadi.. suara kuat sangat takde lah kuat tapi jiran 3-4 buah rumah buleh dengar..
lepas tu mak mesti membebel sebab aku tak kira siang malam melalak.. abis nak buat macamana, selain melepak kat simpang, inilah kerja aku untuk menghilangkan boring.. masa tu umur dalam 13-14 tahun.. yelah masa tu mana ada karaoke set.. kalau ada pun aku tak mampu..
kesian akukan.. tapi aku cukup menghargai saat tu.. ohhh sadis jugak...



Budak zaman sekarang takyah susah2, karaoke dah ada dan banyak plak hiburan lain.. tapi pengalaman dan kehidupan masa dulu-dululah yang membuat kita kita jadi lagi matang meniti usia.. sekarang takdelah nak melalak lagi... tapi sesekali ada jugak kalau dalam bilik air atau dalam kereta kalau tengah jem. volume audio kereta tu kalau drive sorang mesti 14 punyelah.. kekadang kena sound jugak dengan bini aku... abih nak buat macamana, takde niat nak jadi penyanyi tapi bakat melalak sumbang tuh memang dah ada..

Charly ST12 feat. Regina – Kamu Memang Benar



aku terlelap jauh
masih di sini tanpamu
tak ada terang lagi
masih di sini tanpamu

ku juga semakin jauh
masih di sini tanpamu
ku harap kau pun tahu
tersiksa aku tanpamu

tlah ku coba tuk bisa melupakanmu
merasakan hatiku
sungguh memang begitu berat batinku
melupakan dirimu

* kamu memang benar
tak akan ada yang lain
cinta sepertimu tak ku dapat lagi

** kamu memang benar
tak bahagiaku dengan yang lain
cinta sepertimu tak ku dapat lagi

repeat *, **
repeat *, **

cinta sepertimu tak ku dapat lagi

May 1, 2012

Kalimantan - Balikpapan 3D2N

Balikpapan merupakan sebuah bandar pelabuhan di pantai timur pulau Borneo, Indonesia, di daerah Kalimantan Timur, rantau yang kaya dengan sumber yang terkenal dengan kayu balak, perlombongan, dan produk eksport petroleum. Dua pelabuhan, Semayang dan Kariangau (pelabuhan feri), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepinggan adalah pelabuhan pengangkutan utama ke bandar. Bandar ini memiliki penduduk seramai 639.031, menjadikannya bandar kedua terbesar di Kalimantan Timur, selepas Raub - Sumber Wikipedia


Sebelum sampai dah terbaring.. mengantuk yg amat sangat tak cukup tidur sebab kuar rumah 4am..


This is Sepinggan Airport of Balikpapan-Kalimantan


Balikpapan city


Nak lunch lepas sampai.. sangat lapar..


Menu tengahari.. the way ikan ni dibakar tokleh jumpa kat KL.. ramuan sangat sedap..


Plaza Balikpapan..


Pantai Kemala yang sangat bersih..


Jalan2 malam


ni kira kawasan perlindungan haiwan pupus macam beruang madu


This is Beruang Madu


Di dalam hutan simpan Kalimantan.. OTW to Jembatan Gantung.. 2-3 kilo inside the jungle.. sakit lutut wooohh..


Jalan Masuk.. tapi hairan, nyamuk atau agas tak sekor pun yg datang kacau...


Tangga untuk naik jembatan gantung..


lebih kurang 30 ft tinggi.. gayat tengok bawah.. nak naik kena guna oksigen 3 kali ganda..


Jembatan Gantung... cuak nak lalu sebab papan macam reput.. kalau lalu takut gedebus kebawah..


I will remember this..


dalam hutan nih.. not really enjoy sebab memenatkan..


Ladang ternakan buaya terbesar Kalimantan.. restoran ni menawarkan menu buaya.. FYI aku tak makan ok.. amik gambar jer..


buaya... sapa tak kenal kira pendek umur


Beach time


tengah relax.. sungguh menenangkan... 6 of us tapi tokleh share semua gambar takut ada yg marah.. hehehe


Kebun sayur tapi takde org jual sayur pun..


sebab dah jadi Plaza..


nak sampai sini dekat 2 jam beb..


surat khabar kalimantan..