Jul 7, 2009

Kenapa aku?



Kenapa aku suka letak gambar makanan dalam blog?

  1. Aku suka masak walaupun aku tak berapa pandai masak tapi bini aku suka kalau aku masak sebab dia tak payah masak. (panjang nyer..)
  2. Aku tak tahan lapar..(sebab mak aku cakap perut aku nipis.. senang lapar.bukan salah aku)
  3. Aku suka makan walau pun setengah org cakap aku gemuk and setengah lagi cakap aku kurus... (betul ker?)
  4. Aku kawan dgn org2 yang suka dgn makanan, kalau cerita takde lain mesti makan, makan, makan and makan (bukan salah aku jugak). Aku ada 3 beradik angkat Basket’s sama emak lain bapak.. semua suka makan kecuali emak basket.. itupun sebab dia takut jerawat (aku nampak mak basket selalu lap muka dgn tisu)
  5. Letak gambar makanan lebih baik dari letak gambar atau video Farawahida (kwang..kwang..kwang.)
  6. Bila takde idea nak makan apa, aku boleh rujuk semula blog aku..
  7. Suka hati aku lah... pasal apa aku kena bagi alasan? (sajer letak last)
*SEBAGAI BUKTI, SILA LAYARI MEHKUKING.BLOGSPOT.COM

No comments: