Oct 31, 2009
Projek Leman 31
Idea asal datang dari my brother dan sekarang aku dan dia akan share untuk usahakan projek ni sampai jadi.. kalau dah jadi takyahla aku kerja sampai pencen..
Actually Projek Leman 31 aku sesajer letak nama dia that way sebab dekat2 dgn bunyi Lemon and ada bersangkut paut dengan penanaman buah seedless lime kat kg.. pasal kelapa sawit aku dah takyah nak pikir lagi dah.. now I'm really focus sebab projek ni projek 3 dalam 1.. sebab tu jadi Leman 31.
Projek 1 - Tanam 3.5 ekar = 450 pokok limau tanpa biji kat tanah aku kat Johor.. jangka masa projek sampai menghasilkan buah dalam 1.5 tahun.. and will gets income yg buleh tahan jugak..
Projek 2 - Projek ni paling leceh sikit.. Adsense punya projek.. aku kena belajar camaner nak guna hypervre, buat analysis, generate web, blog dan Projek penanaman lime ada kena mengena dalam projek no 2 nih (marketing and jadi broker benih.. enhance projek)
Aku dah banyak masuk MLM and internet invesment tapi tak pernah jadi.. pastu bila ada org offer aku pun kebal jugak lah tak nak masuk..
Tapi bila my brother offer and sebab dia dah prove yg dia dapat income, why not aku try.. no harm lah.. cuma kena rajin jer..
Projek 3 - Ads Directory - konsep free advertisement untuk bidang pertanian sahaja..yg ni belum jumpa programmer lagi, leceh jugak sebab kena kuar duit belanja.. hosting takyah pikir dah sbb dah ada, programmer for designing dsb.. pasal income belum kira sebab nak bagi free kat org for 1 year.. after that barulah bayar..
P/s Atas sebab2 tertentu aku terpaksa buang semua link ke blog adsense... dah kena warning dgn tuan pengerusi..
Oct 25, 2009
Sabak Bernam
Tujuan aku ke SB adalah tak lain dan tak bukan nak tempah benih pokok limau nipis untuk another projek kat kg aku.. selain tu nak jugak site visit melawat tapak tanaman org yg dah berjaya.. kita orang nak jugak belajar serba sedikit tentang proses dan cara penjagaannya dari tuan tanah tuh (bapak pada kwn abg aku.. dari datang umah sampai balik aku tak tau pun nama dia.. so.. aku gelarkan dia Pakcik Tanpa Nama)..
Projek ni org tak byk buat lagi sebab kat Mesia ada 2-3 tempat baru nak mula tanam.. kira nak jadi pioneer lah.. Untuk pengetahuan semua, limau nipis yg kitaorg nak tanam ni baru sebab dia limau nipis tanpa biji. harga pasaran tinggi.. dan jangka masa setahun dah berbuah... kalau limau nipis biasa tuh.. dah melambak org tanam.. tokleh nak kompit.. kira org pun dah mula beralih arah nak guna limau ni sebab banyak air dan takde bijik..
Sebenarnya abg aku yg cari supplier ni melalui internet.. diorang tak pernah jumpa tapi hanya melalui talipon kitaorg dah buleh sampai kat ladang ni untuk berjumpa bapak kawan abg aku nih..
Untuk pengetahuan korang murid2 tak melintas bawah signage nih..
Iklan yg bagus dan menarik..
Kenderaan ajaib.. aku tak isi minyak pun buleh sampai SB.. (sbb abg aku yg isi)
Nilah wajah Pengurus projek sedang menalipon kwn dia.. kalau dia tak call mungkin aku tak sampai..
Sawah Bendang
Dalam kolam ni ada bela ikan puyu..
Selain tanam limau.. Pakcik Tanpa Nama ada menanam Longan.. luas jugak dalam 2-3 ekar.. sekilo dia jual RM4.. aku beli dekat 10 kilo utk dibawa balik..
Inilah dia buah Longan..
Ladang Longan
Kelihatan anak pengurus projek tak tau nak buat apa.. ini mungkin memboringnya sebab dia sedang menunggu keputusan UPSR..
Limau tanpa bijik..
Pokok limau yg subur..
Ladang Limau.. berusia 3 tahun dah memberi pulangan lumayan..
Pengurus projek tidak menghormati Pakcik Tanpa Nama.. dia telah memalingkan badan sedang si Pakcik Tanpa Nama menerangkan sesuatu..
Limau nipis tanpa dibelah.. harga benih belum bincang lagi.. sebab tak confirm nak order berapa ratus pokok..
Pakcik Tanpa Nama bukan memarahi anak Pengurus projek sehingga tertunduk, tapi memberi penerangan tambahan..
Wajah penulis.. org yg akan menguruskan duit, bantuan operasi, meneman dan membantu pengurus projek (share holder) dalam menjayakan projek ni.. (Takde org lain pun.. aku share dua je dgn abg aku)
Ladang baru nak tanam limau.. Pakcik tu kata nak tambah sebab menguntungkan..
Pakcik Tanpa Nama telah mewarning mereka untuk lebih berdisiplin walaupun di ladang limau.. sebab itulah mereka kena berbaris bersama2.. aku dah melarikan diri tanpa pengetahuan pakcik tu.. kalau pakcik tu tau mesti dia akan memarahi aku dgn kata2 kesat..
Petikan manja buah Longan.. memang best giler.. good experience!
Lebatnyer..
Tempat makan tengahari kitaorng.. Restoren lembah bernam.. selain dari hidangan biasa, restoren ni menghidangkan makanan exotic seperti Landak, kijang, ayam utan, rusa, burung wak2, burung ayam2, ikan baung, sepat, puyu.. betul punyer best.. akupun mcm tak percaya ada restoren macam ni kat sini.. kira excited giler biler dapat tau.. kalau nak makan kena tempah kena 1 hour before coming in kena call dulu.. ntah mana diorang dapat supply bahan mentah.. tapi sekali lagi memang best!!! aku pasti akan datang lagi.. sesapa yg tak percaya aku buleh bg contact number dia.. homestay pun ada kat sini..
rendang landak.. sekilo RM80..
Ayam utan goreng berempah sekor RM20
Ikan baung cili api.. fuh 1st class...
Membeli belah sebelum balik..
Wajah kepenatan..
Tanpa kasut nih.. aku mungkin dah berkaki ayam untuk ke SB..
Oct 24, 2009
Mutiara Damansara
Lepak kat Santai Cafe sebelum gi jenjalan ke Courts.. muka masam sebab kena paksa bergambar..
Si kenit ni dari tadi takmo tidur..
Mak dan anak yg suka bergaya dan bergambar
1 pose istimewa sambil menggosok mata didepan courts.. sebenarnya kitaorang datang sini sebab budak ni memang suka datang courts.. dah 13 kali pujuk aku beli katil baru tapi aku buat donno jer..
Oct 21, 2009
Ketibaan Kiamat
Pasti semua orang tahu apa itu Hari Kiamat. Kiamat adalah hari di mana akan mati segala hidupan dan akan musnahlah segala-galanya di muka bumi ini. Pada hari itu tiada seorang pun terkecuali dari menghadapi betapa gerunnya Kiamat. Sebelum itu, saya ingin mengajak anda semua mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebelum tibanya Kiamat.Berikut adalah tanda-tanda besar yang akan berlaku sebelum Kiamat;
1) Munculnya Imam Mahdi
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terakhir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan (anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib).
Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: "Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama".
Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.Rasulullah SAW pernah bersabda, "Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya".
Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama 5, 7 atau 9 tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.
2) Munculnya al-Masih Dajjal
Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir.
Di antara kedua-dua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada yang pandai membaca atau tidak.Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun. Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda.
Ketika itulah akan munculnya al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya.
Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai Nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai Tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka. Dajjal berkata, "Akulah Tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan". Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada 2 bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, "Berdiri engkau", lalu ia pun berdiri dan Dajjal bertanya lagi, "Percayakah engkau aku ini Tuhan sekalian alam?", orang mukmin itu menjawab, "Tidak, engkau masih al-Masih pembohong", lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal. Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitu ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal.
Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana kedua-duanya dijaga oleh Malaikat. Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan akhirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah.
Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, "Telah datang kepada kamu pertolongan!".
Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa ibni Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, "Wahai Nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat". Isa AS bekata, "Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai Tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?" Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.
3) Turunnya Isa bin Maryam
Nabi Isa adalah Nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.
Diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. 2 telapak tangannya terletak di atas sayap 2 Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Tiada lagi cemburu, dengki, marah-memarahi antara satu sama lain. Dunia berjalan dengan aman dan lancar.Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang.
Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.
4) Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia.
Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut.
Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini.
Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj.
Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.
5) Matahari Terbit Dari Barat
Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya.
Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut.
Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.
Rupa-rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya. Allah berfirman, "Diamlah engkau disini". Matahari pun diam selama 2 malam sehinggalah Allah memerintahkan, "Terbitlah engkau dari tempat terbenammu", lalu terbitlah matahari dari ufuk barat.
Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi.
Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.Dah penat membaca menambah ilmu agama? Kepada yang dah tahu kisah ini, anda memang seorang yang prihatin dan kepada yang belum tahu, tahniah kerana anda selesai baca tanda-tanda besar Kiamat ini.
"Serulah olehmu kepada jalan Allah dengan cara bijaksana dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tuhan kamu Dialah Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah Maha Mengetahui akan orang orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Nahli Ayat 125 ]
Nibiru - Planet X
Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama ‘galaksi’. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama ‘bima sakti’.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai ‘orbit’.
Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).
Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.
Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:
“Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,”
Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.
Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Minggu yg menyakitkan..
Memula aku tolong diorang kat office buat open house lepas tu main badminton pastu esok kejang satu badan.. direct 4 hari kena demam.. kira hari ni aku rasa macam dah recover frm batuk and demam after 2 weeks suffered beb.. itu baru seksaan duniwi.. kalau kat akhirat tak cukup amalam macamana agaknya..
Paling aku tak tahan kena batuk kong-kong yg menyakitkan tekak.. nak baik jer jadi balik.. yg baruanya.. rokok aku bedal jugak.. macamana nak baik???
Lepas aku baik demam sempat jugak la aku buat reunion dengan basketeers kat Subang.. refer below post..
Semalam anak aku dua org pulak demam.. si Dania kena demam selsema and si abgnya pulak kena demam panas.. terkedu nengok adik beradik sakit.. mak dia kena cuti hari ni jaga bebudak tu sementara aku kerja dengan mood yg tak berapa nak ada sebab banyak kije yg perlu disettlekan..(Kpi bonus pun membuatkan aku takde mood..)
p/s : ayat pun entah apa apa ntah.. main belasah jer yg penting ada kejujuran dalam percakapan aku nih.. baru baik demam and batuk otak pun macam sewel sikit.. tokleh nak focus...
kena demam selsema.. tapi mampu tersenyum... nama pun budak kecik.. mana tau kesusahan dan kesakitan.. yg penting dia gembira aku dan isteri tumpang gembira...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..
apa ada dalam selimut?
Nin dia benda dalam selimut... demam punya pasal, berkelubung sampai berpeluh2.. tapi takpe..yg penting nak makan ubat..
Oct 16, 2009
BB Thai Subang
2 good frenz chatting after 13 years haven't meet up.
Ketam Kam Heong Le Chee Sin
Sotong Tepung
Bendi
Soft Crab with Salted egg yolk
from day till night.. not finish yet.. too many story to share
Mata sudah tukar jadi merah sebab banyak makan ketam...
Sila perhatikan betul2 pada jari tengah sebelah kanan si basket nih.. tolong sopan sikit..
Tolong jangan cuba amik hak org lain.. nanti akan dapat balasan..
Tak pasal2 kena bayar RM3.50 untuk 7 tisu basah..