Aug 31, 2010

Resepi Ayam Penyet

Resepi ni aku dapat dari internet dan aku belum pun cuba lagi.. aku letak kat sini supaya lenkali aku senang nak cari dan buat.. ngeh! ngeh!



Ayam Penyet
Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.

Selamat Menyambut Hari Merdeka!!

Merujuk perkara diatas, merdeka bagi aku adalah cuti pada hari ini dan tak payah datang kerja dan tak diganggu dengan suara2 dari supplier dan juga peminta2 di Dutch Lady..
Jadual Agak ketat hari ni.. pagi aku kena bawak family aku gi cari baju kat Wangsa Maju.. tapi bukan baju yang dapat..semua barang untuk Dania.. kopak jugak dibuatnya.. baju ntah kemana2 ntah..
lepas balik dari shopping aku terus keluar menuju kejalan Gasing untuk merisik jalan untuk Interview keesokkan hari.. aku harap interview tu tak memihak pada aku.. kompeni kecik dan tak cukup menjamin aku.. takpe buleh try lagi lain kali di lain tempat..
dalam perjalanan balik.. bontot kereta aku telah diterjah oleh seorang India mabuk.. dikala hujan lebat.. nak mengamuk tak guna..kecederaan kereta aku hanyalah kejatuhan bontot belakang dan sedikit kemek pada sebelah kiri.. aku mintak RM100 sebab memandangkan kereta dia rabak teruk dibahagian depan.. terus takde mood..
Balik aku nak memasak.. saksikan..


Sebelum dimasak.. sila kira udang dahulu.. takut kurang


Ini Udang laut dan berjantina Jantan..


Rendam dalam cili yg dan naik minyak..


Sayur oleh wife aku...


Ini hasil udang sambal


Ayam Kicap.. (kalau ayam penyet pun sedap)


Ketam Goreng untuk Ashraff


Cekodok udang utk Ashraff



Jari ini telah ditukar dari tengah ke tepi dan ia ditujukan untuk Org yg dah melanggar kereta aku.. isshh geramnyer aku...

Aug 22, 2010

Macam2!!

Salam.. Hari ni aku bangun dan bergegas ke Putrajaya.. Tujuan utama nak pergi rumah abg aku dan lepas tu kita org nak pegi Serdang dan kawasan Putrajaya.. Nak replenish stok dan kutip jualan kat kedai2.. Plan asal nak pegi 6 kedai tapi masa cuma mengizinkan aku utk pegi 4 kedai jer..
Agak penat jugak sbb kena angkat kotak2 stevia tu ke kedai2.. Tekak pun rasa kering tapi apa nak buat dah namanya kerja.. Ku tahan jugak..
Ada beberapa peristiwa lucu yg berlaku pada aku hari ni.. Salah satunya semasa kitaorg pegi salah satu kedai kat Presint 9 yg dijaga oleh mat bangla bermata juling air. Ikuti perbualan kami..(Idea menulis skrip ni aku dpt dari blog si basket Selipa Oren.. Bidang Pengarahan aku kena tanya dia kemudian nanti)
Aku : tauke saya mau check stock Stevia..
Bangla : boleh2.. Belakang sana ada check la..
Aku terus tempat pameran barangan menge-check satu persatu.. Banyak jugak yg laku.. Lantas aku cari air minum bergas stevia tapi tak jumpa.. Mungkin dah habis jual agaknya..
Aku : baiya.. Itu air botol gas lagi ada ka? Habis jual atau lagi ada mana simpan?
Bangla : ada! Saya ada simpan sana belakang stor jugak..
Aku : mana? Kasi tunjuk?
Mamat bangla tu pegi kebelakang sambil aku ikut dia dari belakang.. Lepas tu dia bukak pintu stor dan mengangkat pemadam api berwarna biru dan meletakkan di tepi pintu supaya pintu tak tertutup.. Aku masuk dalam dan cari barang aku tp tiada..
Aku : mana baiya? Takdak
Bangla : inilah gas botol jugak ( sambil menunjukkan pemadam api)
Aku : (sambil tergelak bercampur marah)saya cari air gas Stevia bukan gas ini padam api.. Ini barang tak boleh minum tapi boleh sembur lu punya kepala kalau ada bakar..
Bangla : aiyyooo tadi tanya gas!!! ( Sambil tergelak2)ini saya kasi gas..
Aku : saya tanya ini barang bukan saya bomba.. Hai baiya2...
Bangla : sorrylah.. Saya baru kerja..
Aku : ok..

Peristiwa kedua berlaku tadi sewaktu aku dalam perjalanan kaki ke Maybank utk memasukkan duit hasil kutipan siang tadi.. Boleh tahan la jugak kutipan hari ni.. Kalau tak simpan boleh lebur dibuatnya..
Dalam perjalanan seorang tukang masak kat tepi warung mengangkat tangan pada ku.. Aku pun balas angkatan tanganya..
Abg warung : awe!!! Dah buka pose doh? (Mamat kelantan)
Aku : doh we!! Kenyong doh..
Abg warung : tak bawok bas ker ??
Aku : ( malas nak melayan) tok wee!
Abg warung : abih sekare bawok gapo? Bawok van pulok?
Aku : ( sambil melajukan kaki aku) tok jugak...
Aku cepat2 menuju ke bank.. Dalam hati aku.. Bila pulak aku bawak bas? Muka aku macam drebar bas ker? Issshhh sah2 awe tu silap org agak.. Tokleh nak marah.. Bulan ramadhan...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aug 21, 2010

Berbuka di Sheraton KL

Hari ni aku terpaksa meng-cancel-kan majlis berbuka puasa bersama2 anak2 kat Dutch Lady kerana memenuhi permintaan wife aku utk berbuka bersama bekas2 pelajar sekolahnya.
Majlis bermula agak perlahan dan biasa la ku bawak hal aku sendiri sbb atk seorang pun kwn dia yg aku kenal..
Layan facebook, blogging dan pusing kanan serta kiri je lah..
Agak memboringkan jugak tambahan menu berbuka ala Italy dan tekak jawa aku memng sukar nak terima semua tu. bila wife aku tanya aku cuma tersenyum padahal dalam hati.. Fuuhhh tuhan je yg tahu.. Bila la nak balik ni..
Sheraton KL memang cantik tapi Sheraton Langkawi lagi cantik.. Hehehe penuh kenangan .. Wwwwoooooiiiiiii!!!!! Bila nak balik ni? Aku nak gi bilas perut aku kat mamak.. Aku tak kira.. Nak jugak air teh tarik!!




\



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aug 20, 2010

Cirit Birit



Hari ni aku MC.. bangun pagi tempat yg aku terus tuju adalah toilet.. masuk kali ni dah 8 kali aku gi toilet.. isshh.. seksanya.. bila aku ingat balik mungkin aku lanyat karipap sardin semalam waktu berbuka.. pedihnya tak ingat.. ok tokleh tulis panjang2.. nak lari gi toilet lagi.. naik pedih dibuatnya...( nampaknya kena bertuala je lah sepanjang hari)

Aug 15, 2010

No Leaf Clover



And it feels right this time
On his crash course with the big time
Pay no mind to the distant thunder
New Day fills his head with wonder, boy

Says it feels right this time
Turned it 'round and found the right line
“Good day to be alive, sir
Good day to be alive,” he says

Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel
Was just a freight train coming your way
Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel
Was just a freight train coming your way

Don't it feels right like this
All the pieces fall to his wish
“Suck up for that quick reward, boy
Suck up for that quick reward,” they say

Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel
Was just a freight train coming your way
Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel
Was just a freight train coming your way
It's coming your way
It's coming your wayaaay oh yeah!
Here it comes

Then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel
Was just a freight train coming your way

Aug 8, 2010

Tips Perkahwinan


Saje nak syer.. aku terjumpa dari satu blog and looks menarik..

Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

  1. Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama. Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.
  2. Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.
  3. Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohom pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.
  4. Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.
  5. Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.
  6. Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah. Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.
  7. Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.
  8. Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.
  9. Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.
  10. Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.
  11. Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.
  12. Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup…sini salah…situ kurang…dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.

Mari Memasak

Hari ni pepagi aku Lone ranger dah keluar gi pasar atau dalam bahasa omputihnyer wet market. Tujuannyer nak membeli barang2 dapur untuk seminggu. Maklumlah nak puasa.. Kang nak sahur dan nak buka takkan nak beli kat luar semua. Tekak tokleh nak terima tanpa masakan dari dapur tuh.
Sampai pasar cari ayam kampung 2 ekor sekali, ikan, sayur, bawang, ikan bilis, rempah, surat khabar dsbnyer and dlm sejam dah dapat semua. Sampai rumah siang semua ikan dan ayam susun elok2 dalam peti es, kang nak masak tinggal deprozkan ajer..
Lepas siap terus prepare utk msk makan tghari. Menu hari ni, Ayam Kg msk kicap kipas udang mfg date 2010, cendawan sambal dan sotong sambal ala mskkan mak aku.. Mak aku kalau msk simple jer.. Tumis bwg, cili, garlic. Cilipadi boh kunyit, asam jawa sikit terus siap.. Tapi rasernyer sedap.. Kalau aku yg masak ni belum tau sedap..heheeh
11.30am dah siap masak( wife tercinta macam biasa jaga anak2 dan basuh kain).. Nak makan pastu nak kuar sambung misi semalam yg tak kesampaian. Mata ada sedikit ngantuk sebab mlm tadi tido kul 2.30 pagi. Bukan sibuk aper, sibuk dan lalai dgn game Farm Frenzy 2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hang Out

Hari ni sabtu aku aku cuti meniaga and akan start balik selepas raya. Takde benda nak buat aku gi bawak anak2 gi makan and bagi diorang suka2 kat AU2. Ingat nak cari baju raya utk diorang tapi disebabkan SOGO tokleh nak pegi sbb jem giler aku tangguh esok jer. Kalau bulan poser baru nak pegi mesti sesak dibuatnyer kat KL tuh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aug 4, 2010

Blackberry Torch 9800 – The Latest Effort From RIM To Stay Alive In The Market



Research In Motion launched its Blackberry 9800 Torch exclusively on AT&T in United States. RIM hopes to revive its smart phone market with its latest phone, the Blackberry Torch 9800. RIM holds the second position among the smart phone vendors worldwide with 18% market share. The Blackberry 9800 Torch comes along with the following features.

Visual, Fluid interface: Blackberry Torch 9800 runs on the latest software, the Blackberry 6 OS. It gives you a better experience along with an easy to use interface.

All in one design: Blackberry Torch 9800 comes with a 3.2 inch HVGA+ touch screen display. It offers a light-sensing and proximity detecting screen with user selectable font size. Blackberry 9800 provides an on-screen keyboard facility. It uses a slide-out QWERTY keyboard that helps you type easily.

Enhanced Browsing: Blackberry 6 OS offers you faster and richer web experience. The browser is completely upgraded with options like pinching, zooming etc. Multiple web pages can be opened at once with tabbed browsing.

Engaging multimedia: The device comes with an 8 GB of pre installed memory expandable up to 32 GB and a lot of better multimedia features which would give you higher quality video and graphical experience. The Blackberry Torch 9800 uses Windows Media DRM 10 for music and video playback. It supports video formats including MPEG4, H.263, H.264, and WMV3. It can also support MP3, AMR-NB and AAC-LC audio formats. It has 3.5mm stereo, Bluetooth and

Hands-free headset facility. It also has an integrated speaker and microphone along with integrated hands-free speakerphone. It has a fully loaded GPS, Wi-Fi and 3G support.

Social feeds: Blackberry 6 OS makes it easier to stay connected to the people. It offers easier social networking facilities. It allows you to easily post updates on Face book and Twitter.

Universal Search: Now with Universal search you can search everything on your smart phone at once. You can scan your folders, applications, Internet, email, and more, all in one search.

Blackberry Messenger: Blackberry Messenger gives you a real-time conversation experience. Blackberry Messenger is an instant messaging application just for Blackberry smart phone owners. With the Blackberry Messenger you can send and receive messages of unlimited character length.

Battery Life: Blackberry 9800 uses a lithium-ion cell battery with a standby time of up to 18 days for GSM and up to 14 days for UMTS. It offers a talk time support up to 5.5 hours for GSM and up to 5.8 hours for UMTS. It supports up to 30 hours of Music Playback and 6 hours of Video Playback.

Camera: The new Touch 9800 comes with a 5 MP camera with 2X digital zoom along with flash and continuous auto focus, video recording, Image stabilization and new scene modes.

Security: Blackberry Torch 9800 offers a higher level of security with Keyboard and screen lock.

Dimensions: The phone has a height of 4.37in (111mm) when closed and measures 5.83in (148mm) when open. It has a width of 2.44in (62mm) with a depth of 0.57in (14.6mm). It weighs 5.68oz (161.1g).

Aug 3, 2010

Happy Birthday Azlina

















Semalam merupakan Hari Jadi wife aku yg ke 31 tahun..celebrate ala kadar sebab dah pokai pegi penang.. hehehe