Aug 31, 2009

Hari ke-10 Ramadhan



Hari ni hari yang ke-10 kita berpuasa.. esok dah ke-11 ye tak? cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar hari raya dah makin dekat.. shopping raya untuk anak2 aku dah selesaikan.. duit pun dah banyak selesai jugak..(terbang melayang). Tapi takpe untuk anak2 happy jer.. Tinggal lagi nak cari baju melayu aku dengan baju wife aku jer.. aku kalau nak ikutkan sambut raya pakai t-shirt belia pun buleh..
Nak raya ni budget tak di kira lagi.. antaranya:-
1. Duit Baju melayu, baju jalan (pakai baju tahun lepas buleh tak? tak sedondon dgn anak lah kan?)
2. Duit Balik untuk perjalanan pergi dan balik kg. (kalau balik naik motor buleh?)
3. Duit Raya untuk mak dan kakak aku kat kg. (wajib bagi nih)
4. Duit Raya untuk anak sedara yg seramai 12 org.. (sorang RM10 and kalau 12 org?)
5. Duit Raya anak aku yg 2 org.. (takkan RM10-RM20 je untuk anak sendiri?)
6. Duit Raya untuk wife aku (mesti dia pau aku lebih dari RM100-RM200)
7. Duit Belanja semasa kat kg (untuk 4-5 hari kt kg)
8. Duit Misc aka duit luar jangka.. (mercun untuk anak buah/kuih raya dan jam tangan nautica baru yg aku nampak kt The Time Pieces hari tuh..)

Fuhh.. kalau masuk dalam kira2 mau berpeluh jugak aku nih.. tapi takper raya setahun sekali ( ayat penyedap hati biasa yg digunakan )

Pasal cuti.. aku dah siap apply siang2.. start dari Jumaat sampai isnin yg akan datang selepas raya.. saje nak habiskan cuti tahun.. tapi yg tak bagusnya.. cuti lelamer ni banyak duit habis.. kalau kijer kuranglah sikit..




Oh ye.. lupa pulak aku nak ucap kat semua.. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke-52.. moga negara kita kekal aman lah hendaknya. Aku bangga jadi rakyat malaysia!.. amin..

No comments: