Hari ni jadual aku penuh.. pagi aku kena jaga anak sampai tengahari sebab wife aku kijer.. bila dia balik aku gi umah Amy kat Tmn Samudera ada majlis pertunangan dia.. sampai sana org baca yasin dah balik.. so tak berapa ramai sangat org masa tuh.. majlis tak start lagi.. lamer jugak aku tak gi umah dia.. nasib baik dia kenal lagi dgn aku.. hehehe (jgn marah amy)..
Kalau gi mana2 sekali pun aku tetap akan fikir pasal makanan.. sebab aku suka makan.. kat umah Amy aku makan nasik beryani.. fuhh dia punya rendang daging dia ada klassss!!! sedap giler.. memang masuk lah dgn selera aku.. siap buleh bawak balik lagi.. satu lagi yg aku paling berkenan dadih laici.. 4 kali tambah tuh.. aku nak suruh bini aku tanya mak dia macamana nak buat.. memang sedap giler..
Pukul 4 lebih biler muka aku dah toya dan perut pun dah macam buaya.. aku balik.. plan asal nak gi PJ amik roadtax dgn singgah opis sekali.. tapi tak jadi sebab dah letih dan rasa macam bantal kat umat tuh dah memanggil2...
Gambar Puan Azlina bersama Cik Amy bersama kerawang emasnya.. Tahniah and selamat bertunang!
Majlis menyarung cincin.. akibat terlalu gembira, Amy tidak dapat menembunyikan perasaan gembiranya.. sebab itulah dia berpura2 memejamkan matanya..
Inilah nasib aku bila wife aku dah jumpa kawan rapatnya..
Dari kiri, bekas tunang aku tengah mendukung anak aku, Ashraff dan Amy yang anggun pada hari itu..
Sarang burung nilah yang menjadi saksi cinta Amy dan juga tunangnya.. Untuk pengetahuan semua, sarang burung ni tak ada dijual dimana2.. kalau nak tempah sila hubungi Amy.
Hantaran pada hari bersejarah.
Gambar bunga ni menjadi saksi yg kamera handphone aku sebenarnya dah tak berapa betul.. sekejap gambar clear sekejap tidak.. mungkin mintak dicampakkan kedalam lombong..
No comments:
Post a Comment