Aug 22, 2009

Juadah hari pertama Puasa..

Hari ni hari pertama puasa.. jatuh hari sabtu.. macam biasa wife aku kerja half day and aku akan jadi bibik yg akan jaga anak2 aku.. aku jaga anak sampai tghari pastu bila wife aku balik.. aku terus balas dendam untuk tidur sampai petang.. huhuhu.. bestnyer.. bangun tidur, siap terus gi bazar ramadhan.. inilah hasilnya kerana malas nak masak..


Murtabak daging + ayam. Cekodok sotong + udang. kuih bom ( tak meletup pun?). puding jagung + karipap mini serunding daging.


Ini menu aku. Nasik Ambeng. ada ayam kampung goreng, rendang daging, mihun, mee, sayur, serunding and nasik dah tak kelihatan.. akan aku repeat balik gi gerai tu sebab rasanya sedap giler..


Ini Menu Ashraff. Nasi ayam madu.


Ini menu wife aku. nasi goreng ayam dgn ayam masak tomato.


ini menu Dania.. susu friso suam.. ini jelah yg dia buleh telan.. mungkin tahun depan buleh makan nasik ayam..

No comments: