May 20, 2010

Dania Shopping!

Hari ni aku takmau taip byk2 sbb kepala tengah kusut and just nak share gambar Dania bershopping.
Sent from my BlackBerry® Celcom

May 16, 2010

Diary Ahad 16/5/2010

Pagi ni aku kuar rumah kul 630am untuk meniaga kat Bangi.. bernuaga kat Bangi hari ni aku cuma duduk kat but kereta sambil merokok dan membaca surat khabar sedangkan kawan aku terpaksa melayan pelanggan yg datang.. abih dah bagi gaji kat dia biar dia buat kije.. aku letih sebab dari semalam balik dari kampung takde rehat langsung.. Tapi Alhamdullilah Jualan Hari ni membanggakan dari minggu2 sudah kerana kebanyakkan org bangi datang nak repeat order dan dah kenal stevia sweet..
balik dari tapak bangi dalam pukul 10 aku terus balik ke Ampang hantar kawan dan balik rumah terus.. Mak sedara aku datang dari Kuantan dan selepas diorang balik.. aku layan membuta sbb keletihan..
Petang bangun aku ajak family aku kuar untuk ke Digital Mall untuk cari hadiah anniversary wife aku.. wife aku nak handphone untuk anniversary kali ke-6.. belek punya belek dia berkenan dengan Sony-E touch screen model Vivaz.. issshh.. terkedu jugak aku.. suka hatilah.. lepas bayar terus cabut gi JJ AU2 untuk menunaikan permintaan anak2 yg dah beberapa hari tak kuar rumah.. diorang nak main kat playground.. layankan ajer.. janji diorang restukan untuk aku busy pada sabtu ahad.. peluang setengah hari ni digunakan untuk family daylah kiranya.. sungguh precious sekali..


Inilah dia model Vivz.. ok gak.. hadiah ni merupakan hadiah anniversaty merangkap kena tinggal sabtu ahad sbb stevia merangkap jaga anak2 aku merangkap gosok baju aku untuk gi kerja.. hadiah utk aku tak tau la apa yg aku dapat..

Malam aku buat account untuk SSCV.. pening sekali dan berserabut sbb nak reconcile stok kuar masuk... bila dah siap.. kira stok untuk balancekan semula.. mengangkat kotak sehingga sakit badan.. layan FB pastu aku nak tido pasni... esok kije mengadap masalah ofis pulak.. ngeh ngeh...

May 15, 2010

Apa-Apa Aje

Malam tadi aku balik kg dan sewaktu blog ini ditulis aku dah ada kat KL semula.. balik kg pun tergesa2 dan bukan dalam perancangan aku.. ada banyak benda yang aku nak settlekan kat kg dan memerlukan aku dan abg aku untuk berada di sana.. jadual ketat sungguh.. sampai semalam pun dah pukul 2 pagi (disebabkan hantar stevia kat Bandar Muar)... pepagi pulak bangun dah kuar balik check kebun, jumpa Enton bincang pasal masalah yg melanda.. meletihkan kerana kena panas kat tengah kebun.. itu baru setengah jam.. kalau sehari.. jadi negro aku jawabnya..hari ni ramai sungguh org yang aku jumpa.. contractor nak buat jambatan, tuan tanah kebun sebelah, jumpa enton ( org yg bertanggung jawab keatas projek nenas), tokey kedai ubat sakit lutut, melawat mbah (kesian dia.. dah kurang berbual..), jumpa Zai kutip duit hasil kelapa sawit, jumpa wak iran beli lempeng buat sarapan.. hehehe
dalam kul 2 lebih aku dah berangkat semula ke KL.. aku kena sampai pukul 5 sebab abang aku (aku balik berdua aje) nak kena bertolak ke penang pulak.. aku pulak ada appoinment pukul 8 sebab stevia.. org nak datang rumah..
kalau nak diikutkan memang penat giler... mana taknya.. esok kul 6 aku nak kena kuar rumah pepagi pegi Bangi.. minggu ni merupakan minggu terakhir aku ke Bangi kut.. sebab start minggu depan aku akan serahkan gerai kat Bangi pada pengedar aku.. sebenarnya itulah tujuan asal aku.. nak dapatkan francais stevia untuk pasar tani.. aku akan cari tapak.. bila dah stabil tapak tuh.. aku akan serahkan bulat2 pada pengedar untuk uruskan. takyahla aku tercegat tiap2 minggu kat pasar tani.... Minggu depan aku akan pegi setup kat Setiawangsa dan Danau Kota.. pengedar dah ada tunggu.. cuma kena tolong diorang promote seminggu dua pastu tinggal dan pegi cari tempat baru.. itulah kerja aku untuk beberapa bulan ni selain supply tu kedai2 mini market.. korang support la sikit kalau ternampak stevia sweet... beli la 100-200 botol.. baru best.. hehehe
Ni satu lagi aku nak luahkan perasaan aku nih.. streamyx memang macam sampah... masuk hari ni dah lebih 10 hari technician tak datang tukar modem... bab* betul punyer streamyx.. makan duit haram sebab aku kena bayar full walaupun aku tak guna line TM!!!!!!

May 10, 2010

Nasi Bubur Berlauk @ kg Baru

Malam ni takde buat apa so aku ajak family gi makan nasik bubur berlauk kat kg baru. Dah lama teringin nak kesana tapi belum ada kesempatan. Jalan clear jugak tapi dalam kepala aku dok pikir macamana nak bali nanti sebab jalan jam kearah sentul. takpe kita makan dulu kang nanti baru pikir..
Sementara menunggu makanan sampai, ni la masa nak borak2 tanpa pikir kerja..

Sent from my BlackBerry® Celcom

May 9, 2010

Promosi Stevia @ Bangi Minggu - 2




Masuk minggu ni dah masuk minggu ke dua aku habiskan pagi hari Ahad kat Bangi ( 3 jam jer).. memula plan asal nak buat promosi sekali dan plan nak pindah ke Shah Alam dan Melawati lepas tu.. disebab kan minggu pertama sambutan menggalakkan aku sambung lagi.. aku budget2 minggu ni last lah kat sini.. tapi bila aku buat promosi minggu ke-2 ni lagi la pulak increase sales dari minggu lepas...tersenyum sebab minggu lepas ingat dah banyak sales tapi minggu ni lagi increase almost 50%... aku plan minggu depan turun lagi la jawabnya..
Tujuan aku bukak gerai kat pasar tani ni bukan nak buat sales sebenarnya.. aku nak promote stevia ni untuk pengedar kat bangi.. bila org bangi dah tau.. terus boleh dapatkan kat mini market kat belakang shell kat BBB... takyah aku nak bangun pagi nak bertolak dari sentul...
Kat serdang tak buat promosi lagi.. kat shah alam belum lagi.. semua promosi untuk membantu kedai yg mengedarkan stevia sweet aku..
Setakat ni hitung kasar ada 18 kedai di klang valley yg mengedarkan produk Stevia sweet.. kalau berminat bolehlah callin2 aku..

Happy Mother's Day


outside


inside...


Ini adalah hari ibu bukan hari jadi awak.. kenapa tersenyum pulak?


seronok dapat kuar rumah..

Hari ni merupakan hari ibu untuk ibu aku, ibu anak2ku, ibu anak buah aku, ibu kakak aku dan ibu kepada anak jiran mak aku. Ibu seluruh dunia juga turut menyambut hari ibu pada hari ni..
Hari ni aku tak sempat nak celebrate belah siang sbb pagi2 kul 630am aku dah kuar rumah nak meniaga kat Pasar tani mega Bangi.. Balik tengahari aku dah terbongkang tido sampai petang.. Penat sangat.. So belah malam ni la masa free aku..
Berbalik pada sambutan hari ibu.. Aku bawak anak2 dan isteri aku pegi dinner kat Restoren Kunang2.. Ni kira 1st time aku gi sini.. Padahal dekat je ngan umah aku.. kat sini makan sedap.. ada live band lagi.. kelas gitu.. harga makan standard la.. lenkali aku nak datang lagi..
Oklah.. Bini dah bising sbb sibuk bloggimg.. To my wife selamat hari ibu.. Jasamu tak terhingga.. Untk ibu kat kg.. Terima kasih kerana membesrkan aku hingga aku jadi org..

Sent from my BlackBerry® Celcom

May 7, 2010

Stevia Oh Stevia


Buat masa ni inilah logo rasmi SSCV


Stevia Produk..

Dah lama tak update blog.. dekat 3 minggu jugak aku tak menjenguk blog aku.. untuk pengetahuan korang semua sekarang ni aku tgh sibuk mengembangkan cabang perniagaan aku.. dari pertanian ke perniagaan runcit.. Pokok nenas kat kampung pun dah kurang nak bagi tumpuan sebab dah besar sikit.. cuma satu kawasan je lagi untuk phase 2 tu tengah naik.. itu biar indon2 kat kg tu uruskan bersama en Enton.. takdelah selalu kena balik kg...
Balik pada perniagaan runcit.. sebenarnya aku memula pun tak berapa berkenan jugak.. kerja yang memenatkan dan untung bukannye banyak sangat pun.. tapi aku rasa nak try jugak selepas beberapa kali join MLM aku tak berjaya and aku rasa aku nak cuba jualan runcit ni. Mana tau rezeki aku ada kat sini... produk yang dipasarkan merupakan produk stevia sweet keluaran pro global sdn bhd berupa kordial, karbonat drink, concentrate (jus) dan ekstrak gula stevia..(gula stevia ni sekilo RM500 tau)..
Bermula dari minggu pertama, aku sibuk mendaftar untuk jadi stokis untuk Produk Stevia Sweet and stokis Jua Via Estrak yg bernaung di bawah SS Cahaya Venture. Cerita pasal SS Cahaya Venture, penubuhannya secara majority adalah untuk pengedaran produk stevia dan juga project nenas kat kg tu pun under SSCV jugak. hasil kecil2an macam dari Google Adsense pun masuk SSCV.... so duit keluar masuk takdelah temasuk dalam poket aku sendiri..hehehe dan aku dan abang aku kira makan gaji dari SSCV
Berbalik pada cerita stevia tadi, minggu kedua aku dah start mengedarkan produk stevia di kawasan Klang Valley dan produk pengguna bernilai RM12K ++ dah berjaya diedarkan di Shah ALam, Bangi, Putrajaya, Jalan Raja Laut, sentul, Ampang dan juga Tangkak Muar Johor.. lepas tu yg aku cakap kerja ni memenatkan sebab apa, akulah driver, kelendan, pengangkut barang, tukang punggah semuanya aku dan abang aku.. naik bengkok jugak badan aku.. aku jugak nak mengucapkan terima kasih pada Chip sebab nak join jadi aku punya Marketing Consultant.. dia nilah yg akan merancang perjalanan promosi dan rangka marketing SSCV. bukan free tau.. bayar gaji lagi..
Promosi pertama dibuat di Dengkil dan Ampang... sambutan kurang memberangsangkan... sebab org tak kenal lagi..tapi memang penat giler.. rasa nak tumbang sebab kerja 16 jam sehari..

Minggu kedua promosi stevia bersambung di Bangi.. kali ini sambutan diluar jangkaan.. ramai betul org serbu beli.. actually kitaorang bukan nak jual.. tujuan utama adalah nak cari pengedar jer.. tapi biler org dah serbu tu kira bonus la.. kira 3 org punya kerja tak sampai 3 jam tu bergaji la jugak.. bukan buta2 jer... belah petang sambung lagi kat belah Precint dan bangi.. dapat 2 kedai yang setuju untuk jadi pengedar..
Buat masa ni sambutan belum betul2 hangat lagi.. sebab plan SSCV adalah untuk placekan semua produk kat pengedar sebelum pihak HQ buat iklan besar2an kat TV dan surat khabar bulan Jun nanti.. bila diorang announce dan iklankan kat TV masa tu produk stevia dah ada kat tempat2 strategik.. takdelah kitaorang susah nak cari market or nak jual..
Dalam masa 3 minggu ni memang family aku angin sikitlah dengan aku sebab sabtu ahad kena duduk rumah tokleh nak kemana2. satu lagi rumah dah jadi gudang air karbonat dan kordial.. berpuluh kotak bersusun sampai tak muat..next plan nak sewa kedai kalau ada rezeki untuk simpan stock.... takpelah.. bagi masa aku 2-3 bulan.. lepas ni semuanya akan stable dan aku boleh bawak korang2 hari sabtu ahad pegi meronda atau shopping..
Anyway.. kalau korang senang.. just visit www.steviasite.com
Kitaorang tengah mengalu2kan sesapa yang nak jadi pengedar (ambik dalam kuantiti besar) dan kalau sesapa yg nak beli sikit2 pun boleh jugak.. kawasan sentul, gombak dan putrajaya kita orang boleh hantar tapi ada MOQ lah... and kalau kawasan selain tuh.. kena cari dikawasan dalam senarai kat www.steviasite.com



Promosi @ Bangi


Baju kuning tu Marketing Consultant kitaorang.. dia ni power beb...


Salah satu kedai yg join..


Kalau nampak bunting ni singgahla beli stevia.. minum air gas berbotol pun walaupun manis tapi kandungan gula tetap turun.. sesuai untuk org kencing manis..


Promosi @ Ampang


Promosi @ Dengkil


Ini bukan promosi stevia tapi promosi tudung untuk budak yg kena tinggal sabtu dan ahad sebab bapak dia sibuk dengan stevia..huhuhu