May 9, 2010

Promosi Stevia @ Bangi Minggu - 2




Masuk minggu ni dah masuk minggu ke dua aku habiskan pagi hari Ahad kat Bangi ( 3 jam jer).. memula plan asal nak buat promosi sekali dan plan nak pindah ke Shah Alam dan Melawati lepas tu.. disebab kan minggu pertama sambutan menggalakkan aku sambung lagi.. aku budget2 minggu ni last lah kat sini.. tapi bila aku buat promosi minggu ke-2 ni lagi la pulak increase sales dari minggu lepas...tersenyum sebab minggu lepas ingat dah banyak sales tapi minggu ni lagi increase almost 50%... aku plan minggu depan turun lagi la jawabnya..
Tujuan aku bukak gerai kat pasar tani ni bukan nak buat sales sebenarnya.. aku nak promote stevia ni untuk pengedar kat bangi.. bila org bangi dah tau.. terus boleh dapatkan kat mini market kat belakang shell kat BBB... takyah aku nak bangun pagi nak bertolak dari sentul...
Kat serdang tak buat promosi lagi.. kat shah alam belum lagi.. semua promosi untuk membantu kedai yg mengedarkan stevia sweet aku..
Setakat ni hitung kasar ada 18 kedai di klang valley yg mengedarkan produk Stevia sweet.. kalau berminat bolehlah callin2 aku..

No comments: