May 7, 2010

Stevia Oh Stevia


Buat masa ni inilah logo rasmi SSCV


Stevia Produk..

Dah lama tak update blog.. dekat 3 minggu jugak aku tak menjenguk blog aku.. untuk pengetahuan korang semua sekarang ni aku tgh sibuk mengembangkan cabang perniagaan aku.. dari pertanian ke perniagaan runcit.. Pokok nenas kat kampung pun dah kurang nak bagi tumpuan sebab dah besar sikit.. cuma satu kawasan je lagi untuk phase 2 tu tengah naik.. itu biar indon2 kat kg tu uruskan bersama en Enton.. takdelah selalu kena balik kg...
Balik pada perniagaan runcit.. sebenarnya aku memula pun tak berapa berkenan jugak.. kerja yang memenatkan dan untung bukannye banyak sangat pun.. tapi aku rasa nak try jugak selepas beberapa kali join MLM aku tak berjaya and aku rasa aku nak cuba jualan runcit ni. Mana tau rezeki aku ada kat sini... produk yang dipasarkan merupakan produk stevia sweet keluaran pro global sdn bhd berupa kordial, karbonat drink, concentrate (jus) dan ekstrak gula stevia..(gula stevia ni sekilo RM500 tau)..
Bermula dari minggu pertama, aku sibuk mendaftar untuk jadi stokis untuk Produk Stevia Sweet and stokis Jua Via Estrak yg bernaung di bawah SS Cahaya Venture. Cerita pasal SS Cahaya Venture, penubuhannya secara majority adalah untuk pengedaran produk stevia dan juga project nenas kat kg tu pun under SSCV jugak. hasil kecil2an macam dari Google Adsense pun masuk SSCV.... so duit keluar masuk takdelah temasuk dalam poket aku sendiri..hehehe dan aku dan abang aku kira makan gaji dari SSCV
Berbalik pada cerita stevia tadi, minggu kedua aku dah start mengedarkan produk stevia di kawasan Klang Valley dan produk pengguna bernilai RM12K ++ dah berjaya diedarkan di Shah ALam, Bangi, Putrajaya, Jalan Raja Laut, sentul, Ampang dan juga Tangkak Muar Johor.. lepas tu yg aku cakap kerja ni memenatkan sebab apa, akulah driver, kelendan, pengangkut barang, tukang punggah semuanya aku dan abang aku.. naik bengkok jugak badan aku.. aku jugak nak mengucapkan terima kasih pada Chip sebab nak join jadi aku punya Marketing Consultant.. dia nilah yg akan merancang perjalanan promosi dan rangka marketing SSCV. bukan free tau.. bayar gaji lagi..
Promosi pertama dibuat di Dengkil dan Ampang... sambutan kurang memberangsangkan... sebab org tak kenal lagi..tapi memang penat giler.. rasa nak tumbang sebab kerja 16 jam sehari..

Minggu kedua promosi stevia bersambung di Bangi.. kali ini sambutan diluar jangkaan.. ramai betul org serbu beli.. actually kitaorang bukan nak jual.. tujuan utama adalah nak cari pengedar jer.. tapi biler org dah serbu tu kira bonus la.. kira 3 org punya kerja tak sampai 3 jam tu bergaji la jugak.. bukan buta2 jer... belah petang sambung lagi kat belah Precint dan bangi.. dapat 2 kedai yang setuju untuk jadi pengedar..
Buat masa ni sambutan belum betul2 hangat lagi.. sebab plan SSCV adalah untuk placekan semua produk kat pengedar sebelum pihak HQ buat iklan besar2an kat TV dan surat khabar bulan Jun nanti.. bila diorang announce dan iklankan kat TV masa tu produk stevia dah ada kat tempat2 strategik.. takdelah kitaorang susah nak cari market or nak jual..
Dalam masa 3 minggu ni memang family aku angin sikitlah dengan aku sebab sabtu ahad kena duduk rumah tokleh nak kemana2. satu lagi rumah dah jadi gudang air karbonat dan kordial.. berpuluh kotak bersusun sampai tak muat..next plan nak sewa kedai kalau ada rezeki untuk simpan stock.... takpelah.. bagi masa aku 2-3 bulan.. lepas ni semuanya akan stable dan aku boleh bawak korang2 hari sabtu ahad pegi meronda atau shopping..
Anyway.. kalau korang senang.. just visit www.steviasite.com
Kitaorang tengah mengalu2kan sesapa yang nak jadi pengedar (ambik dalam kuantiti besar) dan kalau sesapa yg nak beli sikit2 pun boleh jugak.. kawasan sentul, gombak dan putrajaya kita orang boleh hantar tapi ada MOQ lah... and kalau kawasan selain tuh.. kena cari dikawasan dalam senarai kat www.steviasite.com



Promosi @ Bangi


Baju kuning tu Marketing Consultant kitaorang.. dia ni power beb...


Salah satu kedai yg join..


Kalau nampak bunting ni singgahla beli stevia.. minum air gas berbotol pun walaupun manis tapi kandungan gula tetap turun.. sesuai untuk org kencing manis..


Promosi @ Ampang


Promosi @ Dengkil


Ini bukan promosi stevia tapi promosi tudung untuk budak yg kena tinggal sabtu dan ahad sebab bapak dia sibuk dengan stevia..huhuhu

1 comment:

selipa_oren said...

bagus lah awk dah menceburi diri dalam bidang perniagaan. boleh lah kumpul duit pinang ank saye. bakal menantu saye pon dah makin cantik skarang ni..tutup aurat lg