Malam tadi aku balik kg dan sewaktu blog ini ditulis aku dah ada kat KL semula.. balik kg pun tergesa2 dan bukan dalam perancangan aku.. ada banyak benda yang aku nak settlekan kat kg dan memerlukan aku dan abg aku untuk berada di sana.. jadual ketat sungguh.. sampai semalam pun dah pukul 2 pagi (disebabkan hantar stevia kat Bandar Muar)... pepagi pulak bangun dah kuar balik check kebun, jumpa Enton bincang pasal masalah yg melanda.. meletihkan kerana kena panas kat tengah kebun.. itu baru setengah jam.. kalau sehari.. jadi negro aku jawabnya..hari ni ramai sungguh org yang aku jumpa.. contractor nak buat jambatan, tuan tanah kebun sebelah, jumpa enton ( org yg bertanggung jawab keatas projek nenas), tokey kedai ubat sakit lutut, melawat mbah (kesian dia.. dah kurang berbual..), jumpa Zai kutip duit hasil kelapa sawit, jumpa wak iran beli lempeng buat sarapan.. hehehe
dalam kul 2 lebih aku dah berangkat semula ke KL.. aku kena sampai pukul 5 sebab abang aku (aku balik berdua aje) nak kena bertolak ke penang pulak.. aku pulak ada appoinment pukul 8 sebab stevia.. org nak datang rumah..
kalau nak diikutkan memang penat giler... mana taknya.. esok kul 6 aku nak kena kuar rumah pepagi pegi Bangi.. minggu ni merupakan minggu terakhir aku ke Bangi kut.. sebab start minggu depan aku akan serahkan gerai kat Bangi pada pengedar aku.. sebenarnya itulah tujuan asal aku.. nak dapatkan francais stevia untuk pasar tani.. aku akan cari tapak.. bila dah stabil tapak tuh.. aku akan serahkan bulat2 pada pengedar untuk uruskan. takyahla aku tercegat tiap2 minggu kat pasar tani.... Minggu depan aku akan pegi setup kat Setiawangsa dan Danau Kota.. pengedar dah ada tunggu.. cuma kena tolong diorang promote seminggu dua pastu tinggal dan pegi cari tempat baru.. itulah kerja aku untuk beberapa bulan ni selain supply tu kedai2 mini market.. korang support la sikit kalau ternampak stevia sweet... beli la 100-200 botol.. baru best.. hehehe
Ni satu lagi aku nak luahkan perasaan aku nih.. streamyx memang macam sampah... masuk hari ni dah lebih 10 hari technician tak datang tukar modem... bab* betul punyer streamyx.. makan duit haram sebab aku kena bayar full walaupun aku tak guna line TM!!!!!!
No comments:
Post a Comment