Nov 15, 2010

Ashraff & Pra Sekolah

Hari ini Isnin aku cuti sebab nak menghantar Ashraff mendaftarkan diri untuk Pra sekolah 2011 di Sekolah Taman Selasih Batu Caves.. Sekolah agak jauh dari rumah yang aku duduk sekarang tapi mengenangkan yg aku akan pindah ke rumah baru pada May tahun depan, aku kena korban sikit sebab masa tu jarak dah jadi dekat, bersamaan sejengkal jarak gajah yg baring di tengah jalan.
Pepagi aku dah ada kat sekolah dan selepas mendaftar terus ukur baju sekolah dia.. setelah siap terus hantar service kereta kat Wangsa Maju.. hari ni kira busy jugak sebab semua benda nak buat pada hari yang sama.. bukan senang nak buat sebab dah alang2 bercuti..
Belah petang aku ada kat Wangsa Walk sebab nak jumpa lawyer yg nak jumpa untuk sign S&P.





No comments: