Jan 31, 2010

Day 4 - Discharge frm Hospital

Hari ni merupakan hari ke 4 and pada pukul 2 tadi Dania dah kuar dari Tawakal.Minggu ni masa hujung burn kt hospital dan banyak urusan terpaksa di batalkan. Minggu depan kena datang balik kat Tawakal untuk follow up check up. isshh.. kena datang lagi..

Jan 28, 2010

Abg Jen Pencen.

Hari ni hari last day untuk abg Jenalis.. setelah berkhidmat 25 tahu untuk DL.. dia akan menamatkan zaman bujangnya opss bukan bujang tapi zaman kerjanya.. semoga aku boleh lepak2 semula dgn dia kat restoren Datuk Yusof Haslam di waktu lapang.. adioos Abg Jen!!




Panning team (bukan semua)


Kenang2an..

Dania Admitted @ Tawakal Hospital

Lunch time wife aku call and menyatakan temp badan Dania naik lagi.. aku terus balik umah.. my plan nak terus dapatkan ref letter dari doc and aku nak bawak gi specialist since demam tak kebah2 dari minggu lepas..
lepas dapt letter dari Klinik hayati batu caves.. terus gi Tawakal Hospital.. actually doc refer to Ampang Puteri tapi jauh sangat dari rumah..
sampai Tawakal, doc check and advise supaya dania ditahan due to high temp.. almost 39.8.. ok jugak sekurang2nya ada org jaga dania..
lepas urusan registration and getting the GL from ING.. aku inform my agent jugak for hospital benefit from my own life insurance.. so decision nyer.. bil hospital company bayar under ING Insurance and benefit per night aku akan claim prudential.. hehehe cerdik tak aku?..
Yang aku geramnyer.. aku patut entitle for single room tapi disebabkan penuh aku kena tumpang dudlu kat 4 bedded room.. nasib baik kat sini layanan ok...
Sekarang ni (walaupun sblm ni aku dah terfikir) aku rasa memang betul2 berguna kalau ada insuran. time takde kena incident ape2 memang la tak rasa.. tapi kalau dah kena... buleh bangkrap juga kalau bayar.. aku jeling bil estimate untuk kos per night pun is about RM 2K.. kalau kena 3 malam? mana aku nak cekau RM6K? ini baru warded biasa.. kalau operation min pun RM10k - 50K..(agent aku yg bgtau).Tp sebab aku kerja. DL lah yg bayar untuk semua bil tuh and aku akan claim from my own prudential for cash back RM200 per night... jadi Dania akan jadi budak yg banyak duit bila discharge nanti..(byk duit macam Yenis)
Kesimpulannya belilah insuran and aku bukan jual insuran.. kita tak tau apa akan berlaku akan datang..zaman sekarang sakit senang hinggap..


Muka org sakit..


KPJ punyer nih..


Bilik dr kishore ada harimau.. takut..


Keletihan org sakit..


susuan time..


Anak tido buleh la layan fb yek..


kena rokok and secawan capur cine kat secret recipe..


kad ni memang jauh lebih bernilai dari kad kredit..

Jan 27, 2010

Sepetang Yg Rushing..


Kelihatan Rosli dan Rozi sedang menjamu selera..lunch photo taken @ Putri Pantai Dalam..


Ayam Kampung, jering, ulam raja, tempoyak, lala and daging tetel.. fuhhh...


Wajah Penulis ketika sedang berblog.. gambar diambil dgn menggunakan Acer Crystal Eye webcam..

Hari ni aku cuba nak balik awal dari office.. suasana yg lengang kat office membuatkan aku tak berapa nak ada mood nak buat kije.. my colleagues 2-3 org gi Bangkok.. bila la aku punya turn lak nak turun Bangkok..
Hari ni aku tak banyak appoinment dgn supplier.. cuma ada 1 je appoinment and 1 meeting yg aku kena attend. selebihnya mengulau bersama Yiew and Liling..
Hari ni selepas menunggu dekat sebulan En Faizal dari Perodua call aku.. so aku kena jumpa dia malam ni sebab nak collect cek aku pada dia.. aku dah ter overpaid duit Alza.. mintak duit downpayment aku bukan main cepat.. tapi nak bayar balik duit aku kena tunggu sebulan.. punyalah liat.. jumlahnya biarlah rahsia and bulehla melegakan poket yg tengah sesak.. (skirting utk SE dah buleh booking.. so save the money for that)

Hari ni jugak dah masuk 2 hari Dania demam.. lepas gi Perodua terus ke klinik Rassi.. gi check.. nak tarik card ING tokleh.. pasal klinik tu takde ING.. so kenalah kuar cash.. rugi aku hari ni.. nak buat camana.. nak cepat and hari ni letih badan pun ada jugak..


Gambar diambil selepas budak ni dimasukkan ubat bontot jenis voren 12.5mg.. dah macam tak demam..

Jan 26, 2010

Penantian

Bulan nih sebenar tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan.. aku macam tak sabar nak menunggu bulan depan.. Bulan Februari penuh rahmat.. hehehe ada banyak sebab kenapa aku suka bulan februari tahun ni..
1. Cuti Panjang sebab chinese new year.. so aku akan celebrate macam cine jugak.. cuti panjang, makan limau, cakap cine.. hehehe
2. Akikah.. CNY ni nak balik kg and buat akikah untuk Dania campur kesyukuran jugak tak lupa untuk projek aku akan terus berjaya di hari2 yg akan datang... masa kenduri 15 Feb malam.. jemput lah semua datang kat Johor.. kalau takde transport naiklah bas..
3. Tunggu Bonus Kpi ( tak berapa membanggakan sgt) + ex-gratia dari DL (yg ni memang membanggakan)
4. Tunggu gaji baru and back pay dan jugak adjustment sebab gaji aku sekarang di tahap rendah yg melampau batas kemanusiaan.. omputih kata underpaid.. so bulan dua ni diorang akan betulkan gaji aku ikut market punya pay.. senyum sampai telingalah aku.. Yenis and Saulin yg akan dapat durian runtuh.. kalau nak tau rahsia mcmana nak kira dtglah padaku.. hehehe
5. Bulan 2 aku dah tak payah bayar hutang dot..dot..dot..

Born To Be Wild 23rd Jan 2010


Picture taken 3 hours before Annual Dinner started.. kat Jaya Jay wangsa maju merasuah anak dan wife gi jalan2 sbb tak bwk dioragn gi Dinner.. gambar ni di ambil sebab menunggu budak gigi rongak yg tak sudah2 main kat play park.. sampai tertidur beb..


With Elaine , meggie


Palace Of Golden Horses where AD takes place.


Before dinner start.. take photo.. take photo..


havoc!!


nash..


Special from Kid Search.. Bangi Kpitiam hari ni tutup lah jawabnya..


Board of Director punyer persembahan.. yg rambut merah tu MD.. bersama HR Director


Rozi & Zamzuri..


Sakit wooo kena buat tattoo


Mama rock and papa rock.. control nampak Farah?


Albino yg comel...


Yenis? no lah.. tonite dun call her yenis.. call her Roxette..


I double like..


Rozi tgh sesat so aku tokleh concentrate da..


Afizi with rock style.. rambut cendawan?


with 2 mama rock..

Jan 24, 2010

Occupied Weekend..

Start dari saturday morning sampailah belah malam dgn annual dinner.. balik kul 1 pm.. and tomorrow morning at 6am I have wake up and heading to Batu Pahat.. really cannot TAHAN lah.. actually nak update some photo to share with but time constraint.. ni pun baru sampai dari Johor menguruskan isu2 yg tertunggak.. so my next blog aku akan share with some nice photo... tak cukup tido pun ada gak.. hehehe

Jan 22, 2010

Meeting @ Armada

Hari ni kerja setengah hari.. pas semayang Jumaat aku bergegas ke Armada.. ada Leadership meeting... macam biasa lah cerita pasal Sales result, Marketing, untung, rugi bla..bla..bla..
kesimpulannya tahun sale tak achieve target.. adusss.... so malas nak berblog... sebab variable bonus sikit sangat..

Jan 21, 2010

Birthday 2

Sekitar sambutan hari jadi oleh bebudak office.. operation div..


Acara potong kek


sebelum potong pose sikit..


lunch by Yiew.. thanks!!


Yong tau fu cee cheong fun


The organizer.. Janice busy with the preparations.. million thanks to Janice, Sook Ling, Sau Lin, Elaine, Ruhaida,meggie and yg lelain tak disebutkan namanya...

Jan 19, 2010

Birthday

Hari ni maka genaplah usia aku yg ke 33 tahun..(belum tua lagi).. aku sebenarnya terlupa yang hari ni aku punya birthday... cuma bila bangun pagi, my lovely wife ucap kat aku "Happy Birthday" and baru aku teringat.. la ye ker?
Pagi kerja macam biasalah.. takdelah pulak public holiday untuk hari jadi aku.. kalau hari jadi sultan dgn Agong ada la pulak.. tak adil betul.. so work load hari ni tak berapa sangatlah.. cuma source benda kecik2 and settle kan urgent repair kat plant ajer..
Hari ni and esok merupakan hari PMS untuk dept aku.. 2 org akan masuk jumpa boss untuk dinilai.. aku and gang yang lain pulak esok hari la.. berdebar.. pasal PMS ni menentukan berapa jumlah kenaikan gaji yang akan kitaorang dapat nanti.. harap2 dapat ok lah hendaknya.. kalau tak ok, cari aje kerja lain.. hehehe preparation takde sangat.. cuma berserah berapa boss nak bagi.. kalau sebelum2nya aku cuma kena mengadap sorang ajer.. now on kena mengadap 2 org sekaligus.. gilo ke hape.. mampuih aku nak menjawab.. tapi takpe.. dugaan semua tuh..
Balik kerja wife aku dah siap2 beli kek.. acara tiup meniup sekejap.. sebenarnya kat opis tadi kawan2 aku dah beli kek jugak.. celebrate kecil2an.. kira ada jugak org ingat aku.. so sesiapa yang belum beli.. tolong beli esok.. paham!!


Lilin 3 besar 3 kecik..


Sapa punya harijadi nih?

lepas tiup kek kitaorg kuar gi Jay Jay di sebelah malamnya.. wife aku belanja kat Mdm Lim's Kitchen.. sedap...masa aku datang uncle Lim's takde pulak kat kitchen..hehehe.. cerita pasal mdam Lim's kitchen nih.. asal usul nya ia di asaskn oleh seorang perempuan yg belum berkahwin tapi dapat gelaran Mdm Lim.. nama penuh beliau menurut kamus berbahasa cine merupakan Madam Lim Pey Fen.. atau nama glamernya Ah Fen.. beliau amat pandai memasak dan suka duduk didapur sehingga tertubuhnya Mdm Lim's kitchen... (tolong jgn percaya cerita rekaan ini)


Madam Lim akan ditukar nama menjadi Yenis kitchen..


Makan time


Gambar org yang telah membelanjakan duit utk aku malam nih.. aku cinta dia!!


Takde makanan yang sesuai.. so makan sudu ajer..

Minggu ni merupakan minggu dinner, sabtu ni ada dinner kat Palace Of Golden Horses kat Mines.. kena pergi.. nak target dapat handphone E72.. puncanya sebab handphone aku macam dah mintak nak di tukar.. dah dekat 2 tahun.. selalu hang la pulak.. kalau dapatlah handphone baru.. alangkah indahnya dunia nih.. Tema tahun nih.. Rockstar "Born To Be Wild"

Jan 17, 2010

Ahad 18 Jan

Hari ni aku dapat menghabiskan banyak masa kat umah.. 3 minggu lepas setiap minggu aku takde kat umah.. minggu ni aku dapat tidur, makan and melayan anak2 kat umah.. so aku cuma kuar dekat2 jer.. gi tesco selayang cari brg anak and gi melawat umah yg tak kuar lagi CFnya.. takper.. lagi lambat lagi bagus.. takdelah aku kena pindah cepat2... esok aku akan mula kerja balik.. ishh boringnya.. seminggu lah aku akan mula balik routine kelam kelibut.. nasib baik boss baru dah masuk..


Baru pandai berdiri.. jalan belum lagi..


Singgah kat kedai sport rims.. RM2200?? tunggu dululah.. tengah pokai.. mengharapkan bonus hujung bulan 2 nih baru boleh beli..


Ini namanya tocang..


ini namanya troli manusia..


menunggu makanan..


ini kereta mainan shell acerap yg dilekatkan di dashboard kereta..


Kasih sayang seorang abang..

Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan North Port Klang (Panjangnyer)


Sekadar gambar hiasan


Tempat pembakaran..


Tempat pembakaran 2


Jualan mainan bebudak..


Isteri penulis yang sabar menunggu makanan selama sejam..


Acara gusti dimulakan


Acara gusti 2..


Gambar selepas makanan di taram sepenuhnya.. gambar sebelum tak sempat ambik sebab dah lapar..


Acara mengopek kerang..


Posing lagi..


Gambar tepi pantai..


Pengunjung yang memenuhi kawasan sehingga menyebabkan aku terpaksa berjalan kaki kerana dapat parkir yg jauh...


Pergi dan balik dgn bantuan alat nih... kalau gi sendiri mungkin takkan sampai2 tepat pada masanya kot..