Sep 24, 2011
Airasia and Backpacking budget
Esok merupakan hari terakhir offer dari Air Asia untuk penerbangan May 2012 to Oct 2012. dari survey aku tadi (saje main klik2) kebnyakan tempat dah takde yang murah lagi.. semuanya dan tak berapa murah.. bukan mahal tapi normal rate lah.. Ini merupakan sale terakhir untuk 2011. Tapi aku berjaya dapat 2 tiket berharga RM30 setiap satu-sehala. Tahun lepas pun time2 camni jugak AirAsia offer dan bulan 11 and 12 memang takde dah... diorang tahu cuti sekolah ramai yang buat booking..
Bulan depan (Oct 2011) merupakan trip penutup aku untuk 2011. sebenarnya ada 2 trip lagi (1 lagi dec 2011).. disebabkan jadual tak berapa sesuai, satu trip tu terpaksa cancel (isshh rugi aku 1 flight ke padang).. tapi bila aku cancel trip tu, geng yang lain pun ikut cancel jugak.. ntah hapa2 ntah.. takmo pegi sebab tak cukup korum.. tak leverage katanya.. kedebuk kedebak pun total trip ada 6 trip selepas cancel 1 untuk 2011.
Aku memang betul2 suka dengan Airasia.. mungkin kalau tak sebab AirAsia aku tak merasa la kesana sini tengok negara orang. So hari ni jugak aku nak up sikit la syarikat Tony Fernandez ni.. kira promote gituh..Pada 2011 on average, aku cuma belanja RM600 pergi dan balik untuk 6 penerbangan ke Indonesia (Medan, Bali 2 kali, Bandung , Jakarta, Padang). Murah tak? Untuk 2012 (Feb to Oct) plak aku dah blocked 6 tempat (Jogja, Solo, Balik Papan, Medan, Vietnam dam Makassar) dengan harga RM561 pergi dan balik. so average setiap tempat RM93 pergi balik all in! itu aku sayang Air Asia tuh dan tips nya.. plan dan tempah semua flight setahun akan datang. 3 bulan, atau 6 bulan sebelum pun tokleh.. kena sekurang2nya 10 bulan. baru buleh dapat murah..
Airasia biasanya akan buka kaunter murah pada setiap sept-oct setiap tahun untuk tahun penerbangan akan datang.. kalau dia buka awal macam Jan to August tu ada jugak, tapi tak berapa murah sangat.. (berdasarkan statistik 2 tahun).
Cerita pasal tiket murah dah abes.. sekarang ni ni cerita belanja backpaking ke tempat2 yang aku lawati.. memula pasal hotel, cerita pasal pergi backpacking ni, biasanya aku akan pegi sekurang2nya 4 orang. baru buleh leverage dan save duit.. so word LEVERAGE ni memang memberi makna dalam hidup aku.. dalam apa jugak benda walaupun bukan wang ringgit, kalau kita leverage, memang buleh jimat masa, duit dsb. Berbalik pada hotel, nak jimat punya pasal kita akan kongsi satu bilik yang besar dan tidur reramai.. jadi semalaman kalau harga bilik tu RM100, sorang cuma bayar RM25 ajer and kali la jumlah kita bermalam.. murah kan?
Transport pulak, biasanya kena naik kenderaan awam.. itu pun buleh menjimatkan jugak.. Makan ditempat2 yang paling murah macam gerai ajer..bukan kedekut tapi nama back packing.. memang lumrah macam tuh.. syaratnya kena pergi destinasi negara duit kecik dari kita..
Kalau cerita pasal mahal pada aku adalah transport dari KL ke LCCT, makan kat starbuck LCCT, makan dan minum kat dalam flight dan beli perfume, coklat, rokok kat LCCT.. ha itu yang mahal tak hengat punya..
Secara purata, setiap perjalanan aku akan mengambil kos sebanyak RM500-RM600 untuk perjalanan dari KL ke LCCT, makan/minum, transport, hotel sepanjang pergi dan balik.. RM500-RM600 tu tak termasuk harga tiket tau.. selalunya bila pergi 4-6 orang memang lebih dari cukup (kalau balik tak beli apa2 dan cuma bawak air liur je untuk family memang cukup).
Kesimpulannya, tiket murah, belanja perjalanan murah dan mengikut pengalaman aku, duit untuk shopping akan jadi mahal berdouble dari duit belanja perjalanan + tiket.. puncanya, kelabu mata! dan itu terjadi pada setiap perjalanan aku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment