15 Sept 2011
Balik ke kampung pada Jumaat pagi dimanfaatkan sepenuhnya.. sampai di Bakri sambar asam pedas pari dan sampai ke kampung jam 2 petang.. pukul 330 ptg terus pegi pekan sbb ada appoinment dengan penanam sawit.. balik dari meeting kat pekan Sri Medan, aku ke kebun tengok kebun baru. tengok tanaman baru. fuuhh nasib baik kualiti A dan aku punyer contractor ni memang bagus buat kerja.. dekat maghrib aku kat kebun berdua.. takut jugak sebab takde rumah orang pun kat situ.. belentara jugak.. blah la apa lagi, kang kesampukan susah..
Lepas Maghrib aku ke pekan Pt Sulong for another appoinment.. jumpa plak dengan pegawai nenas.. nak amik duit collection tertunggak dan jelaskan account yg dia dah salah kira.. sebab dia matematik lemah kot. sbb tu bagi duit asyik kurang... hahaha
Dari Pt Sulong aku terus ke pekan Parit Warijo plak.. ada appoinment lagi tentang new project dot dot dot (tak confirm lagi sbb tu tokleh cerita, tapi pasal tanam menanam jugak la)... sampai la dekat jam 1 pagi baru habis and balik rumah.. itu pun balik sebab tokey kedai dah halau keluar sbb dia nak tutup kedai tuh.. ahaakkss
16 Sept 2011
Ke Jasin sebab ada kenduri kahwin sepupu aku kat Chenderah.. sampai sana makan dan melepak ajer.. takde rewang2 pun.. cuma aku seronok sebab jumpa sedara mara, sepupu sepapat yg dah lama tak jumpa.. pukul 4 ptg belah la plak ke Seremban. nak berhari raya ke rumah sepupu aku.. kat Sikamat.. sebab lama tak jumpa berborak sampai la malam.. dan saat aku menaip blog nih.. aku baru je sampai rumah.. tapi tak boleh nak tido sebab letih.. aku rasa aku memang akan menempah untuk tidur esok hari sebab keletihan.. tak tentu jugak aku buleh tidur dgn aman sbb pagi ada appoinment dgn org kat Batu Caves dan petang nak gi rumah akak ipar aku kat TSG.. huuiii bila nak rehat?
tempat mesti singgah..
kualiti dan taste agak kureng hari ni..
menutup laluan bab* oleh abang aku..
semua dah siap.. kena tunggu lagi 3 tahun baru buleh dapat duit..
zoom in
pagar ini tak buleh dibuka tapi buleh dipanjat macam penyamun..
contractor aku yg baru untuk kebun sawit..
Selamat Pengantin Baru Edlina dan Hazwan
sepupu 1.
sepupu 2,3 dan nombor seterusnya
sepupu nombor seterusnya dan seterusnya la..
gambar mantin dan keluarga pengantin lelaki
hujan la plak..
berhari raya di Sikamat Seremban
Isteri aku yg tetap cantik
rambutan kuning dia 1st klass
Masjid Sikamat
No comments:
Post a Comment