Oct 5, 2011

Busy Week



Minggu ni agak busy sebab ada urusan sikit dan tak berapa ada mood nak update blog. Minggu ni jugak minggu tender.. ada 4-5 tender Dutch Lady yang nak kena aku uruskan dan minggu ni jugak 3-4 kali aku berulang alik ke Bank sebab ada nak buat investment sikit.. amik borang, mintak statement itu ini, jumpa pegawai bank and aku rasa bank tu dah naik muak nengok muka aku..
Bila dah letih dengan kerja, aku jadi malas nak buat itu itu i.e update blog.. internet surf and korek info kat forum2 sebelum buat keputusan nak invest..
Pasal projek kat kampung agak mengecewakan aku, terpaksa channelkan sesuatu ke tempat lain.. projek kat kampung tu ada masalah nak dapatkan pekerja and terpaksa lah dihentikan buat sementara. Selagi takdapat pekerja tokleh start dan kalau berlarutan mungkin penanaman nenas tak akan di sambung.. gantikan dengan sawit je, habis cerita.. modal pun tak banyak sangat keluar.. buat benda lain yang lebih menguntungkan lagi bagus dari pening2kan kepala memikirkan pasal pekerja..
Disebabkan busy dengan kerja dan urusan sendiri, otak aku dah mula kusut balik.. nak kena berehat.. harap2 hujung minggu ni takde apa2 aktiviti berat sebab last week seharian aku ulang alik ke kampung pasal kebun. dan ketika blog ini ditulis aku baru je menyiapkan kerja tender dan alangkah HAREMnya sebab tak jugak 100% siap!.

No comments: