Baru balik dari jumpa kawan di Keramat.. hampir 5 tahun tak jumpa dia selepas dia pencen dari Dutch Lady. Anak dia nak kahwin bulan depan so dia nak bagi kad kat aku aka surat saman hehe. borak punya borak, dia bercerita tentang kehidupan selepas pencen dan aku amat tertarik sekali sebab dia merupakan orang yang patut dicontohi dalam perancangan kewangan.Banyak tips yg aku dapat selain dari peluang investment. Bayangkan, walaupun dia dah pencen, duit masuk bulan2 sama macam dapat gaji ketika bekerja jugak. Ini adalah hasil dari disiplin dan perancangan kewangan sebelum dia pencen. Dia bukan ada harta bersepah atau business merata-rata tapi saving dan melabur ditempat yang betul membantu dia selepas pencen. Paling asas, kena pandai saving/menabung dan berbelanja mengikut saiz seluar sendiri. Kalau ada harta atau duit banyak sekalipun and tak pandai urus, gunung yang ditarah akan jadi lubang/lombong... tapi jangan la sampai terjerat leher nak menyimpan sampai takde peruntukan untuk diri sendiri, nanti jadi hamba pada diri sendiri.. macam pepatah seorang financial avisor US kata, TO DETERMINE HOW MUCH YOU'RE SAVING BASED ON HOW MUCH YOU SPEND!
Untuk itu pertama-tama (ada ke ayat nih?) kena set berapa banyak kita nak masa kita pencen nanti. Katakan salah satu cabang investment is simpan kat ASB anda boleh guna link kat bawah ni (ada cara lain untuk invest aku dapat dari kawan aku tuh.. tapi nanti aku akan share with you all sebab aku nak try dulu.. kalau aku tak try kang korang kata aku GEBANG plak)
Click photo untuk mengira pelan persaraan anda.
Aku letak contoh umur aku and jumlah tu korang jangan ikut.. takkanlah korang nak simpan RM1 setahun?
No comments:
Post a Comment