Khamis 11/02/10
Macam biasalah dah lama aku tak update blog nih.. selain dari sibuk, aku jugak baru je lepas sibuk dari sakit.. sebab lama jugak tak update, aku akan update bolg n macam diary lah.. senang nak track....hari ni aku punya plan asal nak cuti cari barang kat KL tapi pagi bila aku kuar lepas breakfast aku rasa ada kelainan kat perut aku.. balik rumah buang air.. makin lama semakin sakit.. lama2 nak bangun pun tokleh.. terus gi klinik.. disebabkan kesakitan yang tak terhingga, aku mintak satu injection dari doctor (bukan doctor yg advise).. lepas tu ok sikit.. so petang aku kuar jugak gi beli barang utk goodies bersama wife aku..( anak2 aku hantar kerumah pengasuh)
Ubat yg terpaksa aku telan...
Sempat cari baju.
Sale!!
Jumaat 12/02/10
Hari ni aku gi kerja walaupun tak selesa.. malam tadi aku muntah2 tak ingat punya.. aku kira ada dalam 10 kali kut.. mengalahkan org mengandung.. aku gagahkan jugak untuk gi kerja.. sampai opis.. aku jumpa doctor inhouse (bukan Dr House) mintak mc.. buat kije lebih kurang aku balik lepas dapat mc.. so aktiviti aku hari ni.. membuta dari pagi sampai petang.. makan yg aku sumbat dalam perut adalah 3 cubit roti tp semua tu kuar balik.. so tak bermaya badan aku dibuatnya..
Sabtu 13/02/10
Pagi ni aku rasa macam ok sikit.. so aku balik kg and drive slow2.. perut tak ok sangat.. singgah putrajaya amik kakak aku terus heading back to Tangkak.. singgah umah kakak aku yg sorang lagi untuk menumpang tido kerana tak berapa sihat.. dalam pukul 6 lebih aku bertolak ke kampung.. sampai dekat pukul 7 lebih baru sampai..
malam gi rumah Pakcik aku untuk jemput dia jadi tukang masak and jumpa lagi sorang pakcik aku untuk jemput menjemput org datang kenduri..(berapa banyak jemput da..)
Ahad 14/02/10
Hari ni aktiviti gi pasar cari lauk untuk kenduri.. tapi tugas aku cuma duduk dalam kereta sebab aku belum lagi ok dari sakit aku.. dapat bawak kereta dah kira bagus.. petang tidur lagi selepas makan ubat..tapi bukan ubat hospital, aku terpaksa menelan ubat parutan dan perahan air kunyit sebanyak 2 kali hari ni.. rasanya.. fuuhhh !! so sapa sakit perut buleh try.. memang mujarab dari ubat dr bg.
Isnin 15/02/10
Alhamdulillah setelah dekat 4 hari dan minum air kunyit, perut aku terus ok.. pagi ramai org datang.. selepas cari sarapan pagi, aku gi tempat sembelihan kambing kat parit Ju dgn Dania..
dalam kul 1030, cik Aris datang dan rombongan lain untuk masak.. so aktiviti rewang berterusan sampai malam.. walaupun aku belum betul2 sembuh aku buat jugak keje and yg penting perut aku dah ok.. cuma nak cover balik tenaga itu aje..
Kebun nenas aku dah siap tanam.. tapi masih memerlukan duit lagi sebab ada lagi 10,000-15,000 pokok yg perlu ditanam disebelah belakang.
Budak2 sibuk dgn meeting nak kenduri.. diorang tengah berbincang malam kenduri siapa yg harus menjadi ketua..
Makcik2 aku masak memang da best..
Wife aku sibuk dengan goodies kat dalam bilik..
Ketua Tukang masak Ayam pada hari ini.. kalau dia tak datang, mungkin kitaorang akan makan lauk sayur ajer.. hehehe
Inilah kenderaan pacuan 2 roda yg digunakan untuk mengangkat kambing..
Encik Sharudin kepenatan sebab direct balik dari Terengganu terus ke batu pahat..
Tuan puanya majlis, bertudung pink, Dania..
Kambing yg menjadi saksi majlis ini dah dikorbankan..
upacara membogelkan kulit kambing..
Makan time..
Malam kenduri.. dalam 60 org jugak.. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. terima kasih pada ibu2 dan bapak2 yg sudi hadir..
Selasa 16/02/10
Pagi ni upacara membersihkan rumah dan priuk juga tak lupa memulangkan periuk dan kuali.. lepas tu kitaorg ada meeting pasal car penjagaan nenas dgn en Enton anak pendekar Mastor dan cikgu yaye anak hj marsam..lepas meeting pegi Sulong cari bank dan minyak..
plan hari ni nak balik awal ke kl tapi tak jadi awal sebab dapat berita dari abang aku yang dah ke KL hantar anak dia bgtau jalan sesak teruk.. so aku plan ngan en Shahrudin untu jenjalan dulu and makan2 kat Umbai Melaka and tunggu jalan reda baru balik KL.. and plan berjaya sebab bila habis kuar makan dari umbai, jalan memang tak jem.. esok aku cuti lagi sehari sebab nak amik agreement Alza kat Ambank Sentul..
Ruang berlari2 tk anak2.
Tempat makan..
Gambar dari ruang angkasa..
Tempat kitaorang makan kat tingkat atas.. recommendation : buleh datang sebab harga murah giler..
Sesi menunggu makanan. menu pepahat, ikan bakar cencaru, terubuk, sotong, dan sayur.. makan ramai tapi bayar cuma RM80 lebih jer.. memang murah..
Bebudak main kereta..
Lagi gambar bebudak..
Peserta paling ganas hari ni sebab dah langgar semua peserta lain dengan motor dia.. nasib baik takde JPJ..
2 comments:
basket nape xde cite langsung pasal CNY. nape tinggalkan yenice dan saye dan awk xhormatkan kami lalu pegi ke umbai
kita akan plan di lain hari untuk ke umbai.. kena mintak persetujuan Yenice jugak..
Post a Comment