Feb 28, 2010

Kenduri Kahwin

Jumaat 26/02/10 cuti umum sempena maulidur rasul. balik kg lagi.. pertama nak melawat kebun and kedua nak jumpa pegawai pertanian and ketiga kenduri kawin sepupu aku kat Parit Rais, Parit raja Batu Pahat Johor..
Berbalik pada kenduri kawin, sekarang ni asal cuti je ada org kawin.. asal cuti ada orang kawin.. asal kawin jer kena cuti.. kenduri kawin tu pada hari Sabtu and aku kena balik semula ke KL petang tuh jugak.. Ahad aku ada operasi membersihkan rumah..


On the way back to hometown. berhenti menghilangkan ketagihan..


Petang Jumaat, melepak pekena mee bandung kat Lestari.


Mee Bandung Sri Medan.. best giler lah..


Puan Azlina tak sempat menoleh kerana sibuk..


Di majlis kenduri kahwin..


Pengantin lelaki dah sampai..


Anak2 buah aku kelaparan..


Makan berdamai.. peace no war..


Bersanding

Feb 22, 2010

Penangan Durian..



Hari ni pergi kerja aku rasa lain macam aje.. tekak rasa kering, badan panas macam nak demam.. dari pagi sampai tengahari aku rasa tak berapa sihat.. bila masuk petang suara dah mula berubah.. kalau berubah jadi macam Faizal Tahir takper.. jadi serak2 pulak.. ish,..aku dah rasa lain macam jer ni.. ni mesti gara2 makan durian semalam nih.. aku gi pantry terus bantai air masak cukup2.. bila time nak balik baru rasa ok.. tulah dapatnya.. dengan hujan lebat teringin punya pasal aku gi carik durian kat Greenwood.. dapat 3 bijik terus bantai tak ingat punya.. tak habis aku masuk dalam tuppwerware.. hari ni buleh makan lagi.. hehehe

Feb 21, 2010

Desa Water Park

Hari ni tak tau nak buat apa, so pagi aku kuar ajak anak2 gi mandi kat Desa Water Park.. dengan berbekalkan lempeng balance sarapan pagi yg disorok dibawal tuala dalam bag, aku bertolak dalam 9 lebih.. makanan kena sorok takut guard tahan tak bagi masuk.. makanan yg dijual dalam tuh bukan sedap sangat pun so baik aku bawak sendiri.. plan nak bawak anak gi mandi2 and balik semula dalam kul 12.. kalau tak lagi panas cuaca, kang demam pulak budak2 tu main air lamer sangat..
















Feb 20, 2010

CNY Open House

Hari sabtu lepas wife aku balik keje aku (macam biasa aku jaga anak pagi tuh..dan family telah berkunjung ke rumah boss pada wife aku di Bandar Tun Hussein Onn Cheras.. bertolak dqalam pukul 12 lebih dgn menggunakan GPS terus je sampai umah Koh Kah Huat dalam masa setengah jam dari umah aku.. kang kalau tak datang wife aku tak naik pangkat pulak.. so kenalah datang.. hehehe amik hati..


Inilah akibatnya kalau bawak kereta tak pakai talipinggang keledar..


Tetamu yang hadir aka staff Mr Koh..
Perempuan berbaju pink merupakan staff terawal/pertama semasa pembukaan syarikat.. masa tu syarikat tu cumalah sebuah cyber cafe dan sekarang dah membesar menjadi syarikat holding..


Posing sebab dah kenyang


Antara tetamu yg sedang mengisi perut dari mula sampai balik..


Lo sang atau Yee Sang time!!

Feb 17, 2010

CNY dan Aqiqah

Khamis 11/02/10
Macam biasalah dah lama aku tak update blog nih.. selain dari sibuk, aku jugak baru je lepas sibuk dari sakit.. sebab lama jugak tak update, aku akan update bolg n macam diary lah.. senang nak track....hari ni aku punya plan asal nak cuti cari barang kat KL tapi pagi bila aku kuar lepas breakfast aku rasa ada kelainan kat perut aku.. balik rumah buang air.. makin lama semakin sakit.. lama2 nak bangun pun tokleh.. terus gi klinik.. disebabkan kesakitan yang tak terhingga, aku mintak satu injection dari doctor (bukan doctor yg advise).. lepas tu ok sikit.. so petang aku kuar jugak gi beli barang utk goodies bersama wife aku..( anak2 aku hantar kerumah pengasuh)


Ubat yg terpaksa aku telan...


Sempat cari baju.

Sale!!

Jumaat 12/02/10
Hari ni aku gi kerja walaupun tak selesa.. malam tadi aku muntah2 tak ingat punya.. aku kira ada dalam 10 kali kut.. mengalahkan org mengandung.. aku gagahkan jugak untuk gi kerja.. sampai opis.. aku jumpa doctor inhouse (bukan Dr House) mintak mc.. buat kije lebih kurang aku balik lepas dapat mc.. so aktiviti aku hari ni.. membuta dari pagi sampai petang.. makan yg aku sumbat dalam perut adalah 3 cubit roti tp semua tu kuar balik.. so tak bermaya badan aku dibuatnya..

Sabtu 13/02/10
Pagi ni aku rasa macam ok sikit.. so aku balik kg and drive slow2.. perut tak ok sangat.. singgah putrajaya amik kakak aku terus heading back to Tangkak.. singgah umah kakak aku yg sorang lagi untuk menumpang tido kerana tak berapa sihat.. dalam pukul 6 lebih aku bertolak ke kampung.. sampai dekat pukul 7 lebih baru sampai..
malam gi rumah Pakcik aku untuk jemput dia jadi tukang masak and jumpa lagi sorang pakcik aku untuk jemput menjemput org datang kenduri..(berapa banyak jemput da..)

Ahad 14/02/10
Hari ni aktiviti gi pasar cari lauk untuk kenduri.. tapi tugas aku cuma duduk dalam kereta sebab aku belum lagi ok dari sakit aku.. dapat bawak kereta dah kira bagus.. petang tidur lagi selepas makan ubat..tapi bukan ubat hospital, aku terpaksa menelan ubat parutan dan perahan air kunyit sebanyak 2 kali hari ni.. rasanya.. fuuhhh !! so sapa sakit perut buleh try.. memang mujarab dari ubat dr bg.

Isnin 15/02/10
Alhamdulillah setelah dekat 4 hari dan minum air kunyit, perut aku terus ok.. pagi ramai org datang.. selepas cari sarapan pagi, aku gi tempat sembelihan kambing kat parit Ju dgn Dania..
dalam kul 1030, cik Aris datang dan rombongan lain untuk masak.. so aktiviti rewang berterusan sampai malam.. walaupun aku belum betul2 sembuh aku buat jugak keje and yg penting perut aku dah ok.. cuma nak cover balik tenaga itu aje..


Kebun nenas aku dah siap tanam.. tapi masih memerlukan duit lagi sebab ada lagi 10,000-15,000 pokok yg perlu ditanam disebelah belakang.


Budak2 sibuk dgn meeting nak kenduri.. diorang tengah berbincang malam kenduri siapa yg harus menjadi ketua..


Makcik2 aku masak memang da best..


Wife aku sibuk dengan goodies kat dalam bilik..


Ketua Tukang masak Ayam pada hari ini.. kalau dia tak datang, mungkin kitaorang akan makan lauk sayur ajer.. hehehe


Inilah kenderaan pacuan 2 roda yg digunakan untuk mengangkat kambing..


Encik Sharudin kepenatan sebab direct balik dari Terengganu terus ke batu pahat..


Tuan puanya majlis, bertudung pink, Dania..


Kambing yg menjadi saksi majlis ini dah dikorbankan..


upacara membogelkan kulit kambing..


Makan time..


Malam kenduri.. dalam 60 org jugak.. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. terima kasih pada ibu2 dan bapak2 yg sudi hadir..

Selasa 16/02/10
Pagi ni upacara membersihkan rumah dan priuk juga tak lupa memulangkan periuk dan kuali.. lepas tu kitaorg ada meeting pasal car penjagaan nenas dgn en Enton anak pendekar Mastor dan cikgu yaye anak hj marsam..lepas meeting pegi Sulong cari bank dan minyak..
plan hari ni nak balik awal ke kl tapi tak jadi awal sebab dapat berita dari abang aku yang dah ke KL hantar anak dia bgtau jalan sesak teruk.. so aku plan ngan en Shahrudin untu jenjalan dulu and makan2 kat Umbai Melaka and tunggu jalan reda baru balik KL.. and plan berjaya sebab bila habis kuar makan dari umbai, jalan memang tak jem.. esok aku cuti lagi sehari sebab nak amik agreement Alza kat Ambank Sentul..


Ruang berlari2 tk anak2.



Tempat makan..


Gambar dari ruang angkasa..


Tempat kitaorang makan kat tingkat atas.. recommendation : buleh datang sebab harga murah giler..


Sesi menunggu makanan. menu pepahat, ikan bakar cencaru, terubuk, sotong, dan sayur.. makan ramai tapi bayar cuma RM80 lebih jer.. memang murah..


Bebudak main kereta..


Lagi gambar bebudak..


Peserta paling ganas hari ni sebab dah langgar semua peserta lain dengan motor dia.. nasib baik takde JPJ..

Feb 4, 2010

Symptom to fall sick?


Ini bukan gambar aku.. aku masih ada banyak rambut lagi.. gambar ini hanyalah untuk perhiasan dunia semata2 dan sbg penyesuaian untuk tajuk di atas.. tiada kaitan lain....


Aku balik lambat hari nih.. hujan lebat giloss.. tunggu kat kantin dulu kena rokok 2 batang.. 6 lebih hujan reda terus balik.. badan aku dah menunjukkan petanda kejadian nak demam.. otot belah kiri no 2 dari kanan(korang carilah sendiri kat mana) dah mula rasa sakit.. badan dah seram sejuk.. bukan semestinya seram kalau jumpa hantu mesti seram sejuk.. nak demam pun buleh rasa seram sejuk tau..
Dalam pertengahan jalan aku kena hujan tetiba yg lebat.. basah lensun.. dengan suar dalam sekali basah.. fuuhh.. inilah nasib kalau bawak motor.. jam pun gegiler jugak.. sampai rumah terus nak mandi.. sampailah post ni habis ditulis aku masih belum mandi lagi.. uhukkss..
Badan aku dah tak berapa nak k so aku nak mandi and makan ubat.. esok ada lagi sehari sebelum habis minggu nih.. cuti aktiviti utama nak tidur sepuas2nya..

Feb 2, 2010

Why I choose Blackberry Bold 9700




The blackberry is pretty much a niche market. Originally designed for the business user it has begun to make it's way to the Consumer market.
Blackberry devices will handle up to 10 different email accounts sent directly to your handheld device in real time using push pull technology. This means that you do not have to log in to your email account to check your email.
Blackberry devices have a much higher security protocol than other data devices like windows mobile.
When it comes to email and browsing on the internet, Blackberry devices can use MUCH less data than a Windows Mobile device. A Blackberry does this by stripping down the useless information like colour, font, pictures etc. This is an option that you can turn on or off. This can save a lot of money in data charges.
Blackberry devices can utilize what is called a BES. Business Enterprise Server - amazing service if you are in a business environment. This allows real time adjustments to contacts, memos, calender, appointments etc, from your Blackberry to your Desktop or Laptop and vice versa. You don't need to physically sync your device. It is all done wirelessly.
There is more but I think that I have said enough

Special Notes :
Walaupun apa yg aku katakan ni macam takde kaitan dengan post aku.. aku nak meluahkan rasa kekesalan pada sikap sesetengah melayu..and antaranya kengkawan aku sendiri..
Tolonglah buang sifat dan hasad atau dalam kata lain yg lebih sopan lagi tu sikap Jaki...
Tak buleh tengok org lain senang sikit maka ada sifat2 negatif yg akan kuar cthnya : kenapa dia lebih dari aku?.. alwayz negatif. Kalau kita buat sesuatuyg baik.. org yg jaki ni biasanya akan cari kelemahan sampai dia rasa ada kelemahan yg dia nampak pada kita.. baru puas hati dia... kalau sifat2 macam ni ada lagi kat org melayu... memang sampai bila2 susah nak maju. semua yg org buat tak kena pada dia... (melayu Jaki) aku bukan bencikan melayu tapi aku bencikan sifat negatif org melayu.. kerja selalu nak berkira.. tak ikhlas buat kerja.kerja mengharapkan balasan.. semua tu sikap negatif.. Aku bukan dari golongan org berjaya. tapi aku dengar kata dari org dan berjaya bukak minda aku.kita sama2 belajar dari sikap org2 cina. org cina kurang sikap jaki nih... tapi aku dah rasa hasilnya kalau kita buang semua sikap negatif tu dan kerja kita diberkati satu hari kita akan dapat reward jugak dari Allah.. walaupun bukan dari wang atau ringgit.. I noticed that!..buang rasa dengki dgn org.Kalau org lebih dari kita itu rezei dia.. janji dia jgn ganggu hidup kita sudahla.... . kalau kita nak maju,fikiran kita kena maju jugak.. tolong buang sikap hasad dan jaki..contohnya baru terjadi dgn blackberry aku nih.. jadi paham2 lah sendiri..
Tapi satu jer aku susah nak buang sikap buruk aku.. iaitu kalau org jaki dgn aku.. aku lagilah cuba nak cari jalan bg dia jaki lagi.. hehehe baru padan muka dia makan hati..

P/s : Nasib baik aku dikurniakan dengan isteri yg bukan jenis Jaki... Al-hamdulillah.. sayang isteri aku..

Sick Week!

Minggu ni minggu balik cepat (takdela cepat sangat pun) .. lepas Dania kuar dari hospital si Ashraff pulak yg terkena muntah2 dan demam.. hai dah nasib badan.. start cuti dari hari Khamis sampai ahad aku dok melepak kat hospital aku rasa macam nak kena amik cuti lagi.. and bila aku balik umah tadi aku tengok si Ashraff dah ok sikit.. so Al-hamdullilah..
Buat kerja kat office minggu ni pun tak berapa sangat ada mood.. badan tak sihat and memikirkan anak tak sihat lagi.. so aku tak buleh nak concentrate sangat.. no focus at all..
dah la ada banyak pulak benda nak kena source.. so target nak siapkan yg priority pun tak buleh.. dgn meeting yg tak habis2.. anak buah nak berhenti pun satu hal.. pengganti tak dapat lagi lak tu.. issh.. minggu yg tak berapa menyenangkan aku sebenarnya..
Balik kat rumah tadi budak depan rumah pass kat aku surat2 untuk aku.. bila dibelek2.. Yeezzaa!! ada jugak berita yang menyenangkan aku.. surat dari google.. dekat 4 bulan aku tunggu surat ni.. surat ni mengandungi PIN number untuk aku kuarkan duit dari Adsense aku.. takdelah banyak sanat tp buleh tahan jugak kalau convert jadi RM.. 4 bulan punya duit tak kuar beb...
Satu benda menarik aku nak share hari ni setelah.. semalam aku pegi Giant.. tengah jenjalan kat Giant aku jumpa sebekas kerepek.. bila aku amati kat label tu tertulis.. "Arrow Head".. terus aku teringat kenangan aku bersama projek SAP.. mula-mula makan kerepek "kepala panah" ni aku nak tau macamana rupa pokok/buah arrow head nih.. masing masing sibuk googlekan bnda nih.. and sekarang aku jumpa lg sebab only CNY celebration je ada jual... rasanya memang sedap sekali sebab dicampur kenangan bersama Basket 1 & 2... lemak berkrim dan disukai ramai..
nampaknya last paragraph ni aku dapat melupakan seketika keperitan minggu ni yg tak berapa best...

Google letter


Kerepek kepala panah


Buah kepala panah