Dec 1, 2009

Bermula hari ini..

http://dreamindonesia.files.wordpress.com/2009/04/sunset2.jpg

Hari ni aku datang kerja dgn mood yg tak berapa nak ada..aku dah tau ada benda yg melambak2 atas meja aku.. hari ni jugak temp clerk masuk.. mana nak ajar dia lagi.. nak buat kijer aku lagi.. nak buat kijer tech purchase and project lagi.. mampukah aku? dengan muka kelat aku mulakan hari yg indah dgn secawan nescafe.. aku plan semua kerja aku.. ternyata Habit no. 3 Steven Covey "Put first thing first" banyak membantu aku.. thanks to Joyce Hoong Wai Si sebab introduced kat aku pasal 7 habits.. ternyata aku berjaya keluar dari perasaan negatif..

Lepas aku brief budak baru.. aku start buat kijer aku.. aku tengok balik apa yg si MN bg aku.. banyak betul project dia yg kena follow up. tu tak kira pasal 3 minor renovation dan 1 major renovation yg nak kena evaluate (nasib baik semua dah ada BQ).. and campur evaluation untuk purchase of 80 unit DELL vostro 760. bila aku sibuk maknanya sesaper call aku tanya soalan bodoh maka dia akan di maki dengan sepenuh hati..

After lunch aku dah mula ok sikit.. aku harap aku akan membiasakan diri aku dalam masa seminggu dua yg mendatang.. formula aku sama ajer.. pengalaman memula masuk purchasing dulu selepas projek SAP lagi teruk dari sekarang sebab dgn zero experience aku merangkak perlahan2 sampai tahap sekarang.. biasalah.. kalau tak ada kesusahan.. mana nak datang kesenangan..

Satu lagi pasal petang tadi.. semua Planner telah dipanggil masuk ke bilik JH.. sorang demi sorang.. aku terus menyibukkan diri berjumpa Yenis..katanya JH tanya sorang2 apa perancangan untuk karier diorang utk 4-5 tahun kan datang. aku pernah ditujukan soalan tu oleh JH.. aku pun tak tau nak jawab.. dan lagi kalau ditanya lagi skrg mungkin aku akan bgtau yg aku tau tau plan aku utk 5 thn mendatang.. tapi kalau untuk plan 1 minggu akan datang aku dah tau.. hehehe aku nak balik kg lagi..

aku rasa niat JH memang baik sebab nak amik tau masa depan anak2 buah dia.. kalau manager lain tak taulah aku..

Balik umah aku di kejutkan dengan berita kakak ipar aku keguguran.. kesian dia.. dia datang umah sebab nak tumpang tanam uri sebelah umah.. takde rezeki.. mungkin akan datang kut..

P/s : Alhamdulillah sebab pihak bank dah call aku bgtau yg loan aku dah approved.. thanks Allah!!

2 comments:

Panglima Khalid Al-Walid said...

Wah...keta Baru bakal kua...kasi balik medan seminggu sekali la...

Empayar Digital said...

duit minyak dok no..