Mar 30, 2010

Jua Via Stevia


New proposal from my Tuan pengerusi.. not multi level but traditional buying and selling.. belom study lagi sebab tuan pengerusi baru bg tadi.. dia skrg stokis pasal benda nih.. he ask me to join in.. and biasalah.. aku kena lah study dulu, ada impact atau tak.. tapi kalau sesapa nak benda ni.. boleh la bg tau.. price RM36 and non-nego..
(tolong aku!!! aggreement utk pajak tanah amat & seman belum check lagi!! matilah aku kalau tak siap sebelum aku balik kg ahad ni..)

Kerjaya Oh Kerjaya


Sampai hari ni dah masuk 12 tahun 1 bulan dan 7 hari aku berkhidmat dgn DL... aku rasa macam dah lama sangat dah... sejak masuk DL sbg kerani selama 10 tahun aku rasa dah merugikan aku sebab tak pindah cari kerja kat tempat lain.. puncanya sebab takde kerja yg sesuai dan takde kena mengena dgn sijil kelayakan aku. kerja lain bidang belajar pun lain.. itu pasal lah tak dapat kerja lain.. sebenarnya dari tahun ke 2 aku join DL, banyak interview aku pegi.. semuanya tak kena dgn aku.. kalau kompeni tu nak kan aku, aku pulak tak nak sbb environment and pasalkerja.... and kalau aku betul2 nakkan kerja tuh, kompeni tu pulak taknak aku.. benda ni berlanjutan sehinggalah setahun 2 kebelakangan ni.. cuma sejak 2 tahun kebelakangan ni lepas promoted, baru laku sikit headhunter cari aku.. tapi aku dah rasa malas.. takutkan rsiko pun ada jugak sebab ada anak bini yang nak aku tanggung.. kang aku tak selesa kat tempat kerja baru lagi payah.. satu lagi, aku memang concern pasal jarak ke tempat kerja.. kalau dulu bulehlah duduk kajang, balakong, putrajaya.. sekarang sejak duduk sentul, aku dah tak mau jarak tempat baru kerja aku jauh dari tempat kerja aku sekarang..
Pasal turn over kat DL memang tinggi.. lebih tinggi dari market.. aku tak tau pasal apa diorang suka berhenti dari DL.. aku pun ada rasa jugak sebenarnya.. hehehe.. cuma aku tak cukup berani.. belum lagi kot.. every month ada saja yg berhenti.. yg terbaru kawan berdekatan dengan dept aku berhenti.. isshh.. kalau dapat peluang lain berhenti je lah ....
Jealous jugak diorang buleh dapat offer lain yg lagi baik.. apa kan daya.. aku dah pasang niat..
Kesimpulannya, berhenti kerja pegi tempat lain is mainly sbb monetary... nak dapat income lain lagi baik.. betul tak datuk harimau? kalau berhenti kerja pegi tempat lain pastu turun gaji diorang nak ker?
Untuk diri aku.. aku tokleh nak ikut org.. sbb tak tahan dgn kerja aku kena berhenti and looking for new job with better offer.. aku dah plan untuk diri aku.. aku rasa selesa dgn kedudukan aku sekarang walaupun gaji kecik.. hehehe.. selagi buleh bertahan aku akan bertahan untuk stay with DL...
Kalau tak lompat kerja tak semestinya aku tak bleh nak increase and secure kan income aku..Pasal monetary, aku dah plan untuk my future.. selagi ada peluang pasal buleh dapatkan income, aku akan join.. nasib baik aku ada abang yg banyak guide aku.. so sekarang aku kena suffer sikitlah... Setahun dua ni aku kena tungkus lumus kerja kuat. dan by end of this year aku dah buleh start dapat balik atas usaha aku sikit2.... kalau nak duit poket cepat, kena la aku pulun google adsense lagi...
So hitung2 and congak2 (kelapa sawit, nenas and + projek kecik2 lain).. aku rasa tak payah la aku nak kejar sangat kerjaya and kerjayi nih..buat jer kerja aku sekarang and lagi tinggi pangkat lagilah tinggi beban kat atas kepala... kalau dah tak tahan sgt baru cari kerja lain.. pasal duit.. aku memang harap sangat projek2 aku betul2 menjadi.. and kalau betul2 menjadi aku rasa campur ngan gaji kat DL + projek2 semua nih I hope buleh dapat 5 figures every month and takyah aku susah payah kejarkan pangkat... itu target aku in 2 years time.... insya-Allah semua ni untuk motivasi pada diri sendiri, aku berharap aku akan terus focus dan konsisten dengan apa yg aku buat sekarang...untuk masa depan family aku yg lebih baik.. wasalam..

Note:
Harap maaf pada semua pembaca sbb macam aku nih syok sendiri hari ni... bukan apa.. kena bakar semangat dan motivasikan diri.. takut aku lemah semangat and berhenti separuh jalan..

Invest with Public Bank Gold


Just for sharing..

insteads of saving with ASB, Bank Rakyat or unit trust we also can try this one.. good return and secured by PBB.. daily price check@ pbebank.com.. sekarang harga tengah turun..

Semua kat bawah ni sebagai guideline..

Key Benefits

  • To earn potentially higher return from appreciation in gold price.
  • Convenience of investing in gold as trading is carried out through a passbook.
  • Small difference between selling and buying prices.
  • Affordable initial purchase and subsequent investment.
  • Invest in gold without having to keep the gold physically.
  • Gold is the best possible hedge against inflation.
  • Alternative investment avenue to build up personal gold portfolio which is cheaper compared to invest in gold jewellery as the latter will incur additional cost on workmanship.

What is a Gold Investment Account?

  • Gold Investment Account is an account which allows individual customers to purchase the purest available gold commodity in 99.9% fineness at daily prices for 1 gram in Ringgit Malaysia (RM).
  • A passbook will be provided to the account holders and every purchase/sale order will be recorded in the passbook.

Source : http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

Eligibility
Individuals (resident or non-resident) aged 18 years and above.
Personal or joint
Minimum Initial Purchase
20gms
Minimum Balance in the Account
2gms
Minimum Subsequent Purchase/ Sale
5 grams and must be in multiple of 1 gram
Gold Purchase
Gold purchase will be based on the Bank's prevailing gold SELLING price quoted in RM per gram.
The mode of payment accepted for purchase of gold are :
- cash
- debiting of account
- house cheque
No physical gold deposit is allowed.
Gold Sale/ Withdrawal
Gold sale will be based on the Bank's prevailing gold BUYING price quoted in RM per gram.
Withdrawal options available are :
- Cash
- Crediting of account
- Physical gold withdrawal*
Account Opening Requirement Customer is required to maintain either a savings account or current account prior to opening a GIA to facilitate the debiting of service fee, if any.
Service Fee An annual fee of RM10 will be levied on the designated deposit account on the first day of the calendar year if the account balance is below 10gms as at year end.


Cara Membuka Gold Investment Account Public Bank

1. Pertama sekali pergi ke mana-mana cawangan Public Bank yang terdekat. Jumpa pegawai ‘customer servis’ dan bagitau anda mahu buka akaun Gold Invenstment.

2. Jika anda tidak mempunyai akaun semasa di Public Bank, anda dikehendaki membuka akaun semasa terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda boleh membuka Akaun Wadiah Public Bank (saving account) dengan minimum simpanan awal RM250.

3. Untuk permulaan, minimum pelaburan adalah membeli emas sebanyak 20gram. Jika mahu menambahkan lagi pelaburan, minimum adalah sebanyak 5gram.

4. Harga belian emas ini bergantung kepada harga yang dipaparkan pada lawan web Public Bank iaitu :

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

GIA

5. Sebagai contoh, berpandukan gambarajah di atas, harga jual/selling price (bank jual kepada kita) adalah RM110.91. Jadi anda perlukan RM2,218.20 (RM110.91 X 20 gram) untuk membuka akaun Gold Invenstment ini.

6. Manakala harga beli/buying price adalah menunjukkan harga bank membeli kembali emas tersebut daripada anda.

7. Anda boleh membuat urusan jual beli emas seberapa banyak yang anda mahu tetapi anda mengekalkan minimum 2 gram emas dalam akaun anda untuk memastikan akaun anda terus aktif.

8. Bank juga akan mengenakan caj RM10 setahun jika jumlah emas di dalam buku simpanan anda kurang daripada 10gram.

Contoh Simulasi Pelaburan GIA

1. Katakan pada bulan Januari 2009 anda membeli 100 gram pada harga jual RM90.00 se gram. Jadi jumlah pelaburan anda adalah 100 gram X RM90 = RM9,000.

2. Anda perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjual kembali emas tersebut untuk mendapat keuntungan.

3. Daripada gambarajah di atas, perbezaan harga jual dan harga beli adalah 3.88%. Maka untuk mendapat semula modal, kenaikan harga emas mestilah sebanyak 3.88% juga.

4. Selepas 8 bulan berlalu, harga emas se gram adalah seperti berikut :

GIA

5. Anda akan menjual emas anda pada harga beli iaitu RM106.60 se gram.

6. Berapa keuntungan anda?

  • Harga beli se gram RM90.00
  • Harga jual se gram RM106.60
  • Keuntungan se gram (harga beli – harga jual) = RM16.60
  • Kuantiti emas yang anda miliki = 100 gram
  • Jumlah keuntungan : 100gram X RM16.60 = RM1,660

7. Dalam masa 8 bulan, anda boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,660 dengan modal yang bernilai RM9,000 sahaja. Ini bersamaan dengan 17% keuntungan.

Kenapa GIA?

1. Mudah untuk urusan jual beli emas.

2. Spread margin atau beza harga jual beli yang rendah. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, spread adalah 3.88% sahaja.

3. Mudah untuk monitor harga semasa emas melalui laman web Public Bank iaitu :

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

4. Risiko dirompak adalah kurang kerana anda tidak menyimpan emas fizikal tetapi hanya memiliki sebuah buku akaun yang mencatatkan kuantiti emas yang anda miliki.

Perkara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20 gram emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.

Source : http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

Mar 29, 2010

Wali Songo



Ringkasan kisah Wali Songo

"Walisongo" berarti sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru-murid. Maulana Malik Ibrahim yang tertua. Sunan Ampel anak Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang berarti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal. Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru: mulai dari kesehatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati kaum jelata.
Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat "sembilan wali" ini lebih banyak disebut dibanding yang lain. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peran yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat dipahami masyarakat Jawa -yakni nuansa Hindu dan Budha .

Maulana Malik Ibrahim (Wafat 1419)

Maulana Malik Ibrahim, atau Makdum Ibrahim As-Samarkandy diperkirakan lahir di Samarkand, Asia Tengah, pada paruh awal abad 14. Babad Tanah Jawi versi Meinsma menyebutnya Asmarakandi, mengikuti pengucapan lidah Jawa terhadap As-Samarkandy, berubah menjadi Asmarakandi.
Maulana Malik Ibrahim kadang juga disebut sebagai Syekh Magribi. Sebagian rakyat malah menyebutnya Kakek Bantal. Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Ibrahim dan Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro, yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Syayidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja, selama tiga belas tahun sejak tahun 1379. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putra. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Sayid Ali Murtadha alias Raden Santri. Merasa cukup menjalankan misi dakwah di negeri itu, tahun 1392 M Maulana Malik Ibrahim hijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya. Beberapa versi menyatakan bahwa kedatangannya disertai beberapa orang. Daerah yang ditujunya pertama kali yakni desa Sembalo, daerah yang masih berada dalam wilayah kekuasaan Majapahit. Desa Sembalo sekarang, adalah daerah Leran kecamatan Manyar, 9 kilometer utara kota Gresik. Aktivitas pertama yang dilakukannya ketika itu adalah berdagang dengan cara membuka warung. Warung itu menyediakan kebutuhan pokok dengan harga murah. Selain itu secara khusus Malik Ibrahim juga menyediakan diri untuk mengobati masyarakat secara gratis. Sebagai tabib, kabarnya, ia pernah diundang untuk mengobati istri raja yang berasal dari Campa. Besar kemungkinan permaisuri tersebut masih kerabat istrinya. Kakek Bantal juga mengajarkan cara-cara baru bercocok tanam. Ia merangkul masyarakat bawah -kasta yang disisihkan dalam Hindu. Maka sempurnalah misi pertamanya, yaitu mencari tempat di hati masyarakat sekitar yang ketika itu tengah dilanda krisis ekonomi dan perang saudara. Selesai membangun dan menata pondokan tempat belajar agama di Leran, tahun 1419 M Maulana Malik Ibrahim wafat. Makamnya kini terdapat di kampung Gapura, Gresik, Jawa Timur.

Sunan Ampel

Ia putera tertua Maulana Malik Ibrahim. Menurut Babad Tanah Jawi dan Silsilah Sunan Kudus, di masa kecilnya ia dikenal dengan nama Raden Rahmat. Ia lahir di Campa pada 1401 Masehi. Nama Ampel sendiri, diidentikkan dengan nama tempat dimana ia lama bermukim. Di daerah Ampel atau Ampel Denta, wilayah yang kini menjadi bagian dari Surabaya (kota Wonokromo sekarang).Beberapa versi menyatakan bahwa Sunan Ampel masuk ke pulau Jawa pada tahun 1443 M bersama Sayid Ali Murtadho, sang adik. Tahun 1440, sebelum ke Jawa, mereka singgah dulu di Palembang. Setelah tiga tahun di Palembang, kemudian ia melabuh ke daerah Gresik. Dilanjutkan pergi ke Majapahit menemui bibinya, seorang putri dari Campa, bernama Dwarawati, yang dipersunting salah seorang raja Majapahit beragama Hindu bergelar Prabu Sri Kertawijaya. Sunan Ampel menikah dengan putri seorang adipati di Tuban. Dari perkawinannya itu ia dikaruniai beberapa putera dan puteri. Diantaranya yang menjadi penerusnya adalah Sunan Bonang dan Sunan Drajat. Ketika Kesultanan Demak (25 kilometer arah selatan kota Kudus) hendak didirikan, Sunan Ampel turut membidani lahirnya kerajaan Islam pertama di Jawa itu. Ia pula yang menunjuk muridnya Raden Patah, putra dari Prabu Brawijaya V raja Majapahit, untuk menjadi Sultan Demak tahun 1475 M.
Di Ampel Denta yang berawa-rawa, daerah yang dihadiahkan Raja Majapahit, ia membangun mengembangkan pondok pesantren. Mula-mula ia merangkul masyarakat sekitarnya. Pada pertengahan Abad 15, pesantren tersebut menjadi sentra pendidikan yang sangat berpengaruh di wilayah Nusantara bahkan mancanegara. Di antara para santrinya adalah Sunan Giri dan Raden Patah. Para santri tersebut kemudian disebarnya untuk berdakwah ke berbagai pelosok Jawa dan Madura. Sunan Ampel menganut fikih mahzab Hanafi. Namun, pada para santrinya, ia hanya memberikan pengajaran sederhana yang menekankan pada penanaman akidah dan ibadah. Dia-lah yang mengenalkan istilah "Mo Limo" (moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon). Yakni seruan untuk "tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan narkotik, dan tidak berzina." Sunan Ampel diperkirakan wafat pada tahun 1481 M di Demak dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Ampel, Surabaya.

Sunan Bonang

Ia anak Sunan Ampel, yang berarti juga cucu Maulana Malik Ibrahim. Nama kecilnya adalah Raden Makdum Ibrahim. Lahir diperkirakan 1465 M dari seorang perempuan bernama Nyi Ageng Manila, puteri seorang adipati di Tuban. Sunan Bonang belajar agama dari pesantren ayahnya di Ampel Denta. Setelah cukup dewasa, ia berkelana untuk berdakwah di berbagai pelosok Pulau Jawa. Mula-mula ia berdakwah di Kediri, yang mayoritas masyarakatnya beragama Hindu. Di sana ia mendirikan Masjid Sangkal Daha. Ia kemudian menetap di Bonang -desa kecil di Lasem, Jawa Tengah -sekitar 15 kilometer timur kota Rembang. Di desa itu ia membangun tempat pesujudan/zawiyah sekaligus pesantren yang kini dikenal dengan nama Watu Layar. Ia kemudian dikenal pula sebagai imam resmi pertama Kesultanan Demak, dan bahkan sempat menjadi panglima tertinggi. Meskipun demikian, Sunan Bonang tak pernah menghentikan kebiasaannya untuk berkelana ke daerah-daerah yang sangat sulit. Ia acap berkunjung ke daerah-daerah terpencil di Tuban, Pati, Madura maupun Pulau Bawean. Di Pulau inilah, pada 1525 M ia meninggal. Jenazahnya dimakamkan di Tuban, di sebelah barat Masjid Agung, setelah sempat diperebutkan oleh masyarakat Bawean dan Tuban. Tak seperti Sunan Giri yang lugas dalam fikih, ajaran Sunan Bonang memadukan ajaran ahlussunnah bergaya tasawuf dan garis salaf ortodoks. Ia menguasai ilmu fikih, usuludin, tasawuf, seni, sastra dan arsitektur. Masyarakat juga mengenal Sunan Bonang sebagai seorang yang piawai mencari sumber air di tempat-tempat gersang.Ajaran Sunan Bonang berintikan pada filsafat 'cinta'('isyq). Sangat mirip dengan kecenderungan Jalalludin Rumi. Menurut Bonang, cinta sama dengan iman, pengetahuan intuitif (makrifat) dan kepatuhan kepada Allah SWT atau haq al yaqqin. Ajaran tersebut disampaikannya secara populer melalui media kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bahu-membahu dengan murid utamanya, Sunan Kalijaga. Sunan Bonang banyak melahirkan karya sastra berupa suluk, atau tembang tamsil. Salah satunya adalah "Suluk Wijil" yang tampak dipengaruhi kitab Al Shidiq karya Abu Sa'id Al Khayr (wafat pada 899). Suluknya banyak menggunakan tamsil cermin, bangau atau burung laut. Sebuah pendekatan yang juga digunakan oleh Ibnu Arabi, Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri. Sunan Bonang juga menggubah gamelan Jawa yang saat itu kental dengan estetika Hindu, dengan memberi nuansa baru. Dialah yang menjadi kreator gamelan Jawa seperti sekarang, dengan menambahkan instrumen bonang. Gubahannya ketika itu memiliki nuansa dzikir yang mendorong kecintaan pada kehidupan transedental (alam malakut). Tembang "Tombo Ati" adalah salah satu karya Sunan Bonang. Dalam pentas pewayangan, Sunan Bonang adalah dalang yang piawai membius penontonnya. Kegemarannya adalah menggubah lakon dan memasukkan tafsir-tafsir khas Islam. Kisah perseteruan Pandawa-Kurawa ditafsirkan Sunan Bonang sebagai peperangan antara nafi (peniadaan) dan 'isbah (peneguhan).


Sunan Kalijaga

Dialah "wali" yang namanya paling banyak disebut masyarakat Jawa. Ia lahir sekitar tahun 1450 Masehi. Ayahnya adalah Arya Wilatikta, Adipati Tuban -keturunan dari tokoh pemberontak Majapahit, Ronggolawe. Masa itu, Arya Wilatikta diperkirakan telah menganut Islam. Nama kecil Sunan Kalijaga adalah Raden Said. Ia juga memiliki sejumlah nama panggilan seperti Lokajaya,Syekh Malaya, Pangeran Tuban atau Raden Abdurrahman.Terdapat beragam versi menyangkut asal-usul nama Kalijaga yang disandangnya.Masyarakat Cirebon berpendapat bahwa nama itu berasal dari dusun Kalijaga di Cirebon. Sunan Kalijaga memang pernah tinggal di Cirebon dan bersahabat erat dengan Sunan Gunung Jati. Kalangan Jawa mengaitkannya dengan kesukaan wali ini untuk berendam ('kungkum') di sungai (kali) atau "jaga kali". Namun ada yang menyebut istilah itu berasal dari bahasa Arab "qadli dzaqa" yang menunjuk statusnya sebagai "penghulu suci" kesultanan. Masa hidup Sunan Kalijaga diperkirakan mencapai lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia mengalami masa akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478), Kesultanan Demak, Kesultanan Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546 serta awal kehadiran Kerajaan Mataram dibawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia ikut pula merancang pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang "tatal" (pecahan kayu) yang merupakan salah satu dari tiang utama masjid adalah kreasi Sunan Kalijaga. Dalam dakwah, ia punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan Bonang. Paham keagamaannya cenderung "sufistik berbasis salaf" -bukan sufi panteistik (pemujaan semata). Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai sarana untuk berdakwah. Ia sangat toleran pada budaya lokal. Ia berpendapat bahwa masyarakat akan menjauh jika diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah dipahami, dengan sendirinya kebiasaan lama hilang. Maka ajaran Sunan Kalijaga terkesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana dakwah. Dialah pencipta Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua beringin serta masjid diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga.
Metode dakwah tersebut sangat efektif. Sebagian besar adipati di Jawa memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga. Di antaranya adalah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas, serta Pajang (sekarang Kotagede - Yogya). Sunan Kalijaga dimakamkan di Kadilangu -selatan Demak

Sunan Gunung Jati

Banyak kisah tak masuk akal yang dikaitkan dengan Sunan Gunung Jati. Diantaranya adalah bahwa ia pernah mengalami perjalanan spiritual seperti Isra' Mi'raj, lalu bertemu Rasulullah SAW, bertemu Nabi Khidir, dan menerima wasiat Nabi Sulaeman. (Babad Cirebon Naskah Klayan hal.xxii). Semua itu hanya mengisyaratkan kekaguman masyarakat masa itu pada Sunan Gunung Jati. Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah diperkirakan lahir sekitar tahun 1448 M. Ibunya adalah Nyai Rara Santang, putri dari raja Pajajaran Raden Manah Rarasa. Sedangkan ayahnya adalah Sultan Syarif Abdullah Maulana Huda, pembesar Mesir keturunan Bani Hasyim dari Palestina. Syarif Hidayatullah mendalami ilmu agama sejak berusia 14 tahun dari para ulama Mesir. Ia sempat berkelana ke berbagai negara. Menyusul berdirinya Kesultanan Bintoro Demak, dan atas restu kalangan ulama lain, ia mendirikan Kasultanan Cirebon yang juga dikenal sebagai Kasultanan Pakungwati.
Dengan demikian, Sunan Gunung Jati adalah satu-satunya "wali songo" yang memimpin pemerintahan. Sunan Gunung Jati memanfaatkan pengaruhnya sebagai putra Raja Pajajaran untuk menyebarkan Islam dari pesisir Cirebon ke pedalaman Pasundan atau Priangan. Dalam berdakwah, ia menganut kecenderungan Timur Tengah yang lugas. Namun ia juga mendekati rakyat dengan membangun infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antar wilayah. Bersama putranya, Maulana Hasanuddin, Sunan Gunung Jati juga melakukan ekspedisi ke Banten. Penguasa setempat, Pucuk Umum, menyerahkan sukarela penguasaan wilayah Banten tersebut yang kemudian menjadi cikal bakal Kesultanan Banten. Pada usia 89 tahun, Sunan Gunung Jati mundur dari jabatannya untuk hanya menekuni dakwah. Kekuasaan itu diserahkannya kepada Pangeran Pasarean. Pada tahun 1568 M, Sunan Gunung Jati wafat dalam usia 120 tahun, di Cirebon (dulu Carbon). Ia dimakamkan di daerah Gunung Sembung, Gunung Jati, sekitar 15 kilometer sebelum kota Cirebon dari arah barat.

Sunan Kudus

Nama kecilnya Jaffar Shadiq. Ia putra pasangan Sunan Ngudung dan Syarifah (adik Sunan Bonang), anak Nyi Ageng Maloka. Disebutkan bahwa Sunan Ngudung adalah salah seorang putra Sultan di Mesir yang berkelana hingga di Jawa. Di Kesultanan Demak, ia pun diangkat menjadi Panglima Perang. Sunan Kudus banyak berguru pada Sunan Kalijaga. Kemudian ia berkelana ke berbagai daerah tandus di Jawa Tengah seperti Sragen, Simo hingga Gunung Kidul. Cara berdakwahnya pun meniru pendekatan Sunan Kalijaga: sangat toleran pada budaya setempat. Cara penyampaiannya bahkan lebih halus. Itu sebabnya para wali --yang kesulitan mencari pendakwah ke Kudus yang mayoritas masyarakatnya pemeluk teguh-menunjuknya. Cara Sunan Kudus mendekati masyarakat Kudus adalah dengan memanfaatkan simbol-simbol Hindu dan Budha. Hal itu terlihat dari arsitektur masjid Kudus. Bentuk menara, gerbang dan pancuran/padasan wudhu yang melambangkan delapan jalan Budha. Sebuah wujud kompromi yang dilakukan Sunan Kudus. Suatu waktu, ia memancing masyarakat untuk pergi ke masjid mendengarkan tabligh-nya. Untuk itu, ia sengaja menambatkan sapinya yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi, menjadi simpati. Apalagi setelah mereka mendengar penjelasan Sunan Kudus tentang surat Al Baqarah yang berarti "sapi betina". Sampai sekarang, sebagian masyarakat tradisional Kudus, masih menolak untuk menyembelih sapi.Sunan Kudus juga menggubah cerita-cerita ketauhidan. Kisah tersebut disusunnya secara berseri, sehingga masyarakat tertarik untuk mengikuti kelanjutannya. Sebuah pendekatan yang tampaknya mengadopsi cerita 1001 malam dari masa kekhalifahan Abbasiyah. Dengan begitulah Sunan Kudus mengikat masyarakatnya.
Bukan hanya berdakwah seperti itu yang dilakukan Sunan Kudus. Sebagaimana ayahnya, ia juga pernah menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Ia ikut bertempur saat Demak, di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur melawan Adipati Jipang, Arya Penangsang.

Sunan Muria

Ia putra Dewi Saroh --adik kandung Sunan Giri sekaligus anak Syekh Maulana Ishak, dengan Sunan Kalijaga. Nama kecilnya adalah Raden Prawoto. Nama Muria diambil dari tempat tinggal terakhirnya di lereng Gunung Muria, 18 kilometer ke utara kota Kudus.Gaya berdakwahnya banyak mengambil cara ayahnya, Sunan Kalijaga. Namun berbeda dengan sang ayah, Sunan Muria lebih suka tinggal di daerah sangat terpencil dan jauh dari pusat kota untuk menyebarkan agama Islam. Bergaul dengan rakyat jelata, sambil mengajarkan keterampilan-keterampilan bercocok tanam, berdagang dan melaut adalah kesukaannya. Sunan Muria seringkali dijadikan pula sebagai penengah dalam konflik internal di Kesultanan Demak (1518-1530), Ia dikenal sebagai pribadi yang mampu memecahkan berbagai masalah betapapun rumitnya masalah itu. Solusi pemecahannya pun selalu dapat diterima oleh semua pihak yang berseteru. Sunan Muria berdakwah dari Jepara, Tayu, Juana hingga sekitar Kudus dan Pati. Salah satu hasil dakwahnya lewat seni adalah lagu Sinom dan Kinanti .

Dipetik dari forum 4finderz

Mar 28, 2010

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Just for sharing.. only for muslim.. Masyaallah!!

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


(H.R. Muslim)

Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?

Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.

Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-


Yakjuj dan Makjuj
Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Setakat yang saya ketahui, sarjana-sarjana Islam telahpun melakukan kajian yang bukan sedikit mengenai siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an, siapakah kaum Yakjuj dan Makjuj dan di manakah pula letaknya Tembok Zulkarnain. Dalam artikel ini saya akan mencatat beberapa perkara yang mungkin menarik minat anda.

Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?


SIAPA SEBENARNYA ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan oleh ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur'an. Atas sebab itu sarjana yang kemudian telah mengkaji lagi dan mencari siapakah sebenarnya Zulkarnain itu.

Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.

Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.

YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.

Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.

Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."

DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN?

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam yang telah dilakukan untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa setakat ini seolah-olah terdapat satu persetujuan bahawa lokasi Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama renungkan.

Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya.

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana "geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.

Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata (jeweller).

KESIMPULAN

Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.

Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur'an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur'an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur'an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.

Semoga Allah menambahkan ilmuNya kepada kita semua. InsyaAllah.

Mar 27, 2010

Busy Day

Hari ni merupakan busy day aku.. walaupun sabtu merupakan hari rehat, tapi jadual aku betul2 penuh dgn benda yg bermanfaat sekali..

Pagi
Jaga anak sampai lunch time.. wife aku kerja stghari so dua org budak akan berperang dibawah pengawasan aku hari ni.. aktiviti, mandi kat pelampung and main kejar2 sambil menyelerakkan rumah..


Gambar ni bukan diambil di rumah.. tolong jgn betulkan pc anda..

Tengahari
Sepupu aku dari Johor kata nak jumpa aku.. so bila wife aku balik dari tempat kerja kitaorang
terus keluar sebab nak lunch sekali dgn diorang.. kitaorang tunggu kat Giant.. bila diorang
sampai jer terus bawak lunch gi AU 2 keramat.. lepas lunch lepak2 balik kat secrect recipe sampai petang pastu aku balik sebab mandi and tukar pakaian.. cuaca sungguh panas hari nih..


Lunch @ Tepayyaki AU


Mohd Syukeri!!

Petang / Malam
Pegi rumah Ongah kat TSG.. semua org ada.. sebelum tu gi pasar malam beli makanan.. tujuan utama sbb abang ipar aku nak kawin, so akan ada perbincangan tentang penentuan tarikh, sunan majlis.. tapi belum ada kata putus.. malam makin larut.. beredar dan balik umah tidur.. esok ada aktiviti ziarah pulak.. nak gi umah kak Gee, makan2, lepak2 and tidur2an.. dia nak masak ikan talang berlado.. ummpp sodapnyer..



Mesyuarat sedang berlangsung! tolong senyap!

Mar 26, 2010

Ayam Penyet @ Wangsa Walk

This my first time goin to WW. Even dah so many time pegi C4, tak pernah ada kesempatan nak singgah kat situ. Hari ni disebabkan kelaparan yg amat sgt aku gi kat situ sbb nak mkn ayam penyet. Aku gi kat WW pun gi kat AP jer. Tak sempat nak ronda tempat tuh. Nanti kalau ada kesempatan baru nak round.
Masa aku makan AP ni, sungguh benar aku teringat restoran Ampera kat Bandung. Kat sana lagi banyak variety. Ada perut, usus tembusu, tulang..Fuh sungguh asyik.. Next time kena gi lagi.. Bila la buleh ke Bandung lagi..
Sent from my BlackBerry® Celcom

Mar 25, 2010

Dania 10 months

Hari ni genap usia dania 10 bulan dan hari ni juga dia dah menunjukkan progres yg memberangsangkan dia dah buleh berjalan! Bangganya aku sbb dia jugak dah tumbuh gigi 2 batang.bila dah berjalan ni senang sikitla aku takyah nak dukung sgt. So gets excited...
Sent from my BlackBerry® Celcom

Mar 24, 2010

Visit Yiew

Hari ni first time aku bawak kereta ke tempat kerja.. ada sebab beb, selalu bawak motor tapi kenapa aku bawak kereta? sbbnya aku nak visit Sook Ling yg baru deliver cute baby boy and disebabkan itu aku kena kuar rumah seawal yg mungkin untuk mengelakkan jem yg teramat sangat..
Hari ni kerja pun buleh tahan jugak.. meeting memanjang dari pagi and sebelah petang kena interview dgn Aleida Hiemstra CPI Corporate Procurement (Hong Kong) pasal new CPI projek for Frieslandcampina.. 2 portfolio aku kena hadap.. NPR and Technical Purchase.. ah nasib baik semuanya aku berjaya menjawab dengan aman dan tenang.. Projek ni ambik masa 3 tahun dan kita orang yg terlibat ni akan dibahagikan mengikut categori.. tapi start dari Europe sbg 1st wave and sampai kat kita orang mungkin dah wave 3..
Berbalik pada Sook Ling, abih kerja pukul 5 terus ke puchong.. bersama aku si Janice and Mei Gee. diorang tumpang kereta aku so senang sikit nang pergi. takyah aku guna GPS. Group lain pegi sendiri.. perjalanan memang membuat aku bosan giler dgn jem yg melanda sepanjang puchong.. macamana diorang buleh tahan dgn jem hari2..
Selepas sejam baru sampai umah dia.. makan minum semua ditaja di KFC and lepas berborak agak lama dalam kul 9.30 kita org cabut..

Mar 23, 2010

Nasik Ambeng















Nasi ambeng dikatakan makanan tradisi orang Jawa. Yang aku tahu adalah nasi ambeng bukan nasi ambang.

Tapi mungkin istilah nasi ambeng ini sudah dikomersialkan menjadi nasi ambang pula. Cuma aku ingin perbetulkan konsep nasi ambeng itu sendiri. Kami masyarakat Jawa biasa menghidangkan nasi ambeng dalam kenduri-kendara. Bila menyebut nasi ambeng, lauk yang selalunya mesti ada adalah ikan kering, ayam (sama ada dimasak kicap, rendang atau ungkep), sambal goreng Jawa dan serunding kelapa. Kadang-kala ditambah juga urap daun ubi. Ada sesetengah tu pula meletakkan sedikit mee goreng atau mihun goreng. Nasi akan diletakkan dalam satu dulang besar. Lauk-lauk yang aku sebutkan di atas tadi pula diletakkan dalam dulang kecil. Dulang kecil ini pula akan di atas dulang nasi tadi. 4 orang akan makan dalam satu dulang ini. Selesai makan, lebihan nasi dan lauk ini akan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Nasi yg dibungkus ini pula kami sebut ‘berkat” atau kadang-kadang orang menyebut “bontrot”. Kenapa pulak dipanggil berkat? dulu-dulu dalam kenduri kendara seorang kiyai akan dipanggil untuk membacakan doa, jadi lauk-pauk ini di bawa pulang sebagai membawa berkat doa kiyai tersebut.
Gaya makan dalam dulang inilah kami sebut “nasi ambeng” atau diringkaskan nasi ambeng adalah nasi yang dimakan beramai-ramai di dalam satu dulang. Kalau makan dalam pinggan, dah tak nama nasi ambeng begitu juga kalau nasi itu dibungkus asing-asing kita kena sebut “berkat” atau “bontrot” pula. Nasi ambeng adalah satu konsep masyarakat Jawa yang masih dipraktikkan hingga hari ini. Tetapi ada juga yang berasa tidak selesa atau “geli” makan beramai menggunakan satu dulang. Terpulang kepada pandangan masing-masing. Jika kenduri kendara, makan cara begini memudahkan tuan rumah untuk mengemas berbanding makan menggunakan pinggan.

Punca artikel ini keluar pun ada sebabnya, gara2 Group Anak2 Jawa kat facebook menyiarkan gambar nasi ambeng telah menyebabkan aku menjadi terliur atau ngences lalu copy paste artikel kat atas untuk dikongsi bersama.. harap2 takde org lain pulak yg marahkan aku sebab gambar2 yg dihidangkan buleh mencucuk perut..
(selesai je artikel ni ditulis.. aku dah kebulur)

Aku Bangga Jadi Anak Jawa!!

Accident


* Masa kejadian ni aku yg kebetulan baru balik dari kg menuju ke KL, nampak kereta ni tengah terbakar sampai PLUS jadi jem seteruk2.. akibatnya aku tersangkut kat jem selama 4 jam lebih..

SEREMBAN: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang sebelum terbakar di Kilometer 279 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di Nilai, malam kelmarin.

MUSNAH...keadaan Toyota Harrier yang dipandu mangsa selepas nahas.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Ang Kok Seng, 32, cuba keluar dari Toyota Harriernya yang terbakar.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, Ang yang memandu seorang diri dari arah ibu kota menghala ke Selatan dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah Proton Wira.

“Selepas melanggar Proton Wira berkenaan, kenderaannya itu terbabas ke kiri lalu melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke dalam longkang lalu terbakar,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya, pemandu Proton Wira iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an membuat laporan polis mengenai kejadian itu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah yang dihubungi, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta saksi yang melihat kemalangan itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 06-6033394 atau balai polis berhampiran.

*dipetik dari Metro online dated 23 March 2010

Mar 21, 2010

Proactive Focus

Masa aku drive kat Mid Valley mencari2 parking hari tuh aku teringatkan sensor parking kat Sunway Pyramid. Aku punyer concern bukan sebab apa cuma idea yg datang dari budak Nescafe Kickstart tu dah menyebabkan ia dibeli oleh pihak Sunway.. oleh sbb idea tu jugak pihak Sunway sanggup membelanjakan RM40++ juta nak implement benda tuh.. puncanya, sbb idea sahaja yg sebelum ni ramai org dah membangkangnya macam tak munasabah...
Satu lagi masa kat kg tadi wife aku share dgn aku cerita pasal ND Lala and Zaidi Omar yg buat bisnes internet and dah jadi jutawan dah pun dah skrg ni.. Yg menarik perhatian aku, bila diorang dah jadi jutawan baru org lain semua mcm bukak mata and baru nak mencuba apa yg dia buat... puncanya nak kaya cepat.. biasanya tak terfikir macamana susah payahnya si budak Nescafe Kickstart and ND Lala tu bersusah payah nak naik dan menempa kejayaan yg diorang kecapi sekarang.. yg kita nampak kesenangannya aje.. kalaulah diorang ni susah, ada ker antara kita ni sanggup nak tolong dia? hehehe aku rasa ada tapi tak seramai yg menyanjung diorang bila dah berjaya..
Aku cerita ni bukan la nak jadi kaya raya macam diorang.. cuma nak membakar semangat aku untuk terus focus... sbb projek nenas yg aku buat ni pun banyak pahit dari manisnya yg aku dengar.. Kata2 Encik Covey aku kena ikut.."Proactive Focus - Positive energy enlarges the circle of influence".. cuba menghindar kata2 dari org yg suka tgk org lain terlungkup.
Benda mcm nilah kalau kita tak kuat semangat buleh jadi lemah dan berhenti separuh jalan..
Nasib baik aku cuma akan terima kata2 dari project partner aku (abg aku) dan wife aku ajer.. org lain aku punyer pandangan cuma buleh dgr ajer dan tersengih balik kat diorang... mintak maaf la.. kita kena focus!!
2 minggu lagi aku kena balik kg lagi.. nak check tanaman kat kebun aku yg dah complete tanam and menguruskan projek seterusnya kat tanah 4 ekar milik En Amat & Seman.. aku pajak dengan diorang ...

Note : Ada org bgtau aku, kenapa aku asyik cerita pasal projek nenas aku jer kat blog ni....
jawapan halus yg aku buleh berikan cuma satu, ini bukan blog org lain tapi blog aku (private limited).. jadi paham sendirilah yek..


Ini nasik ambeng yg aku beli tadi kat hentian pagoh arah selatan.. rasanya tak kusangka sangat sedap dan lagi 2 minggu aku confirm mesti singgah lagi bila balik kg..

Ah lega dah sampai kat kg. Pagi bangun pukul 6 and bertolak tadi dalam pukul 7 pagi. 2 kali berhenti sebab nak mencekik pukul 10 pagi dah sampai. Cepat jugak sbb dekat nak terpusing meter kereta aku kerjakan.
Sampai jer terus check kebun..
Sent from my BlackBerry® Celcom

Mar 20, 2010

Balik Kg lagi.. errmm

Esok aku kena balik Batu Pahat lagi, rasanya macam baru lagi aku balik.. anak dan wife aku ikut sekali and petang pulak kena balik ke KL semula.. memang penat kalau nak diikutkan.. mengenangkan kebun punyer pasal, aku kena gagahkan jugak.. walaupun 2 - 3 minggu sekali kena balik.. isshh bukan senang nak senang ... takpelah selalu balik pun takpe yg penting aku pun buleh kerap menjengok org tua aku kat kampung dan menambah baikkan lagi sumber pendapatan aku dimasa depan.....
Aku bukan apa cuma kenapalah setiap minggu jadual aku penuh.. rasa penat pulak.. nak harapkan hari biasa lagilah hampeh tersangkut dgn beban kerja yg sampai tahap 18PL.. hehehe

Breakfast





Bangun awal hari ni aku nak buat breakfast untuk family aku.. bukanlah yg grand2 pun.. cuma terasa nak buat cekodok ikan bilis.. inspirasi dari Khatijah's Kitchen milik penyanyi Khatijah Ibrahim and menu yg aku try last week..
aku gi makan ngan bebudak office and for additional menu sebab perut tak kenyang, aku order cekodok ikan bilis (aku order Rosli bayar).. bila aku rasa aje aku dah tau macamana nak buat.. dia put more egg aku tak tau la berapa banyak tapi lebih la sampai aku buleh rasa kehadiran telur tuh..
sedap memang sedap and hari ni aku nak try buat aku punyer own way of recipe.. reduce kandungan telur and add up some Mauripan inside sbb nak balance up dgn kelembutannya..
tambah ikan bilir lebih sikit, stock ikan bilis and bawang aku kena blender sbb akan ada org keep complaining "Kenapa ayah letak bawang?".. within half and hour siap.. semua org sapu lah with teh tarik buatan wife aku yg setakat ni aku rasa paling sedap.. air tangan isteri tercinta..
aku punyer weekend formula, kalau buat breakfast mungkin tak masak for lunch, kalau tak masak breakfast mungin masak for lunch. Ngeah ngeh!! kitaorang nak kuar jap lagi gi lepak kat Mid Valley and akan balik sebelum tengahari.. petang nak membutalah apa lagi..

Arrghhhh!!!



Feel so different tonite.. think here and there..
Perlukan ketenangan.. Masya-allah..

Sent from my BlackBerry® Celcom

Mar 18, 2010

About a Girl


I found this in FB so let me to re-publish again into my blog.. it's really interesthing guys..

The Impact of TV Commercial

Gara-gara iklan KFC aku dah kena pau dgn anak aku untuk beli secret vision book. Aku rasa diorang buat iklan memang cukup terror sampaikan bebudak mudah terpengaruh.. Sebenarnya si Ashraff dah mintak dari 2-3 minggu lepas tapi aku berjaya mengelak dan membuat muka toya.
Sebelum2 ni memang ada mainan chicky meal tapi yg ni menarik jugak perhatian aku untuk share and ada cerita disebaliknya.
Model pompuan yg melakonkan iklan chicky meal merupakan kwn office aku dan anak yg melakonkan watak anak adalah anak kandung dia.
Menurut GEBU (panggilan dikalangan kwn2) dia kena buat shooting dari pagi sampai malam hanya utk iklan yg tak sampai beberapa saat. Tentang bayaran buleh tahan jugak sebab si anak buleh beli Sony PSP lepas hanya buat keje sehari. Kalau mak tak tau la berapa.
So tahniah buat GEBU sebab buat anak aku terpengaruh. Ngeh ngeh..


Anak dia..


Shoot2


Shoot3


Shoot4


Budak Jakun..


Adik pun nak try..


Everything is red


I really comfortable kalau masuk dalam mulut..


Ini bukan iklan tapi jurugambar dah amik gambar aku masa tengah tunggu kereta siap dicuci.. Balik keje terus pegi tak sempat nak mandi lagi..

Sent from my BlackBerry® Celcom