Mar 21, 2010

Proactive Focus

Masa aku drive kat Mid Valley mencari2 parking hari tuh aku teringatkan sensor parking kat Sunway Pyramid. Aku punyer concern bukan sebab apa cuma idea yg datang dari budak Nescafe Kickstart tu dah menyebabkan ia dibeli oleh pihak Sunway.. oleh sbb idea tu jugak pihak Sunway sanggup membelanjakan RM40++ juta nak implement benda tuh.. puncanya, sbb idea sahaja yg sebelum ni ramai org dah membangkangnya macam tak munasabah...
Satu lagi masa kat kg tadi wife aku share dgn aku cerita pasal ND Lala and Zaidi Omar yg buat bisnes internet and dah jadi jutawan dah pun dah skrg ni.. Yg menarik perhatian aku, bila diorang dah jadi jutawan baru org lain semua mcm bukak mata and baru nak mencuba apa yg dia buat... puncanya nak kaya cepat.. biasanya tak terfikir macamana susah payahnya si budak Nescafe Kickstart and ND Lala tu bersusah payah nak naik dan menempa kejayaan yg diorang kecapi sekarang.. yg kita nampak kesenangannya aje.. kalaulah diorang ni susah, ada ker antara kita ni sanggup nak tolong dia? hehehe aku rasa ada tapi tak seramai yg menyanjung diorang bila dah berjaya..
Aku cerita ni bukan la nak jadi kaya raya macam diorang.. cuma nak membakar semangat aku untuk terus focus... sbb projek nenas yg aku buat ni pun banyak pahit dari manisnya yg aku dengar.. Kata2 Encik Covey aku kena ikut.."Proactive Focus - Positive energy enlarges the circle of influence".. cuba menghindar kata2 dari org yg suka tgk org lain terlungkup.
Benda mcm nilah kalau kita tak kuat semangat buleh jadi lemah dan berhenti separuh jalan..
Nasib baik aku cuma akan terima kata2 dari project partner aku (abg aku) dan wife aku ajer.. org lain aku punyer pandangan cuma buleh dgr ajer dan tersengih balik kat diorang... mintak maaf la.. kita kena focus!!
2 minggu lagi aku kena balik kg lagi.. nak check tanaman kat kebun aku yg dah complete tanam and menguruskan projek seterusnya kat tanah 4 ekar milik En Amat & Seman.. aku pajak dengan diorang ...

Note : Ada org bgtau aku, kenapa aku asyik cerita pasal projek nenas aku jer kat blog ni....
jawapan halus yg aku buleh berikan cuma satu, ini bukan blog org lain tapi blog aku (private limited).. jadi paham sendirilah yek..


Ini nasik ambeng yg aku beli tadi kat hentian pagoh arah selatan.. rasanya tak kusangka sangat sedap dan lagi 2 minggu aku confirm mesti singgah lagi bila balik kg..

1 comment:

naftalena said...

Kuwe ki marai aku pak ngetes lah...ojo main-main sego Ambeng pabret aku seko mbiyen...apiklah nak ono wong jales karo kowe and kondem pasal projekmu...kuwi tandane kuwe wes 60% nang nduwure dea...mringis wai nek aku...wong koyo kuwi tatak wai ndase men bongko koyo Daud..!