Mar 23, 2010

Nasik Ambeng















Nasi ambeng dikatakan makanan tradisi orang Jawa. Yang aku tahu adalah nasi ambeng bukan nasi ambang.

Tapi mungkin istilah nasi ambeng ini sudah dikomersialkan menjadi nasi ambang pula. Cuma aku ingin perbetulkan konsep nasi ambeng itu sendiri. Kami masyarakat Jawa biasa menghidangkan nasi ambeng dalam kenduri-kendara. Bila menyebut nasi ambeng, lauk yang selalunya mesti ada adalah ikan kering, ayam (sama ada dimasak kicap, rendang atau ungkep), sambal goreng Jawa dan serunding kelapa. Kadang-kala ditambah juga urap daun ubi. Ada sesetengah tu pula meletakkan sedikit mee goreng atau mihun goreng. Nasi akan diletakkan dalam satu dulang besar. Lauk-lauk yang aku sebutkan di atas tadi pula diletakkan dalam dulang kecil. Dulang kecil ini pula akan di atas dulang nasi tadi. 4 orang akan makan dalam satu dulang ini. Selesai makan, lebihan nasi dan lauk ini akan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Nasi yg dibungkus ini pula kami sebut ‘berkat” atau kadang-kadang orang menyebut “bontrot”. Kenapa pulak dipanggil berkat? dulu-dulu dalam kenduri kendara seorang kiyai akan dipanggil untuk membacakan doa, jadi lauk-pauk ini di bawa pulang sebagai membawa berkat doa kiyai tersebut.
Gaya makan dalam dulang inilah kami sebut “nasi ambeng” atau diringkaskan nasi ambeng adalah nasi yang dimakan beramai-ramai di dalam satu dulang. Kalau makan dalam pinggan, dah tak nama nasi ambeng begitu juga kalau nasi itu dibungkus asing-asing kita kena sebut “berkat” atau “bontrot” pula. Nasi ambeng adalah satu konsep masyarakat Jawa yang masih dipraktikkan hingga hari ini. Tetapi ada juga yang berasa tidak selesa atau “geli” makan beramai menggunakan satu dulang. Terpulang kepada pandangan masing-masing. Jika kenduri kendara, makan cara begini memudahkan tuan rumah untuk mengemas berbanding makan menggunakan pinggan.

Punca artikel ini keluar pun ada sebabnya, gara2 Group Anak2 Jawa kat facebook menyiarkan gambar nasi ambeng telah menyebabkan aku menjadi terliur atau ngences lalu copy paste artikel kat atas untuk dikongsi bersama.. harap2 takde org lain pulak yg marahkan aku sebab gambar2 yg dihidangkan buleh mencucuk perut..
(selesai je artikel ni ditulis.. aku dah kebulur)

Aku Bangga Jadi Anak Jawa!!

2 comments:

ambeng rice said...

saya jumpa satu kedai:Tanjung Village Food Court,dataran sunway, Kota Damansara. (bawah balai polis kota damansara).tempat 2 baru sebulan buka.skrg puasa dia tutup.lepas raya baru buka.menu dia RM11 ada nasi,mee goreng,serunding,sambal goreng jawa,ayam,daging,ikan keli,bergedil,sayur kacang masak lemak n keluban.try la kalau ter ngences..

Unknown said...

salam ziarah...saya minta izin nak pinjam pic, tadi ke majlis kenduri 40 hari tahlil arwah nenek jiran, kebetulan saya tak ambil gambar....

minta izin saya link yer...

http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/majlis-tahlil-40-hari.html